Mungkin anda tertanya-tanya mengapa rambut anda rosak bercabang dan sebagainya sedangkan anda melakukan perawatan rambut secara rutin. Hakikatnya tanpa anda sedari anda telah melakukan kesalahan ketika mencuci rambut anda.

Kesalahan ketika mencuci rambut akan menyebabkan rambut hilang kelembapan semula jadi sehingga akhirnya rambut menjadi tidak bermaya, kusam dan rosak. Berikut dikongsikan kesalahan-kesalahan yang mungkin anda lakukan tanpa anda sedari ketika mencuci rambut..

Terlalu Kerap Mencuci Rambut

Perbuatan mencuci rambut terlalu kerap hanya akan menjadikan rambut jadi lebih kering Ianya juga akan merosakkan struktur rambut anda. Seelok-eloknya cuci rambut anda sekali sehari atau dua kali sehari bergantung kepada aktiviti harian anda. Dengan melakukan hal tersebut, minyak semula jadi rambut anda akan kekal terpelihara dan kelembapan rambut anda akan tetap terjaga.

Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by cottonbro from Pexels

Mencuci Rambut Dengan Air Suam Terlalu Kerap

Tidak dapat dinafikan mandi dengan air suam akan memberikan rasa segar pada tubuh. Walau bagaimanapun, air suam memberikan kesan yang tidak elok kepada rammbut anda. Hal ini kerana air suam akan menyebabkan kelembapan pada rambut anda hilang ketika mencuci rambut. Sebaiknya cuci rambut anda dengan air suhu bilik. Ia dapat menjaga kelembapan semula jadi rambut anda.

Ads
Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by Pixabay fro Pexels

Terlalu Kuat Mengurut Kulit Kepala

Ketika mencuci rambut, anda pasti gemar mengurut kepala. Namun perbuatan mengurut kulit kepala dengan kuat ketika mencuci rambut hanya akan merosakkan rambut anda sehingga memberikan kesan keguguran rambut. Lakukan urutan pada kulit kepala secara lembut.

Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by Element5 Digital from Pexels

Menggunakan Syampu Yang Tidak Sesuai Dengan Jenis Rambut

Pastikan anda menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.Ia bagi memastikan kesihatan rambu anda tetap terjaga. Jika anda memiliki kulit kepala berminyak, gunakan syampu dengan label clarifying yang ringan tanpa tambahan pelembap. Jika rambut anda jenis kering dan kasar, gunakan syampu dengan label hydrating atau moisturizing, agar rambut anda kembali halus dan lembut.

Ads
Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Tidak Sabar Ketika Menggunakan Perapi Rambut

Berbanding ketika menggunakan syampu, penggunaan perapi rambut memerlukan waktu yang sedikit lama. Biarkan perapi rambut selama tiga hingga lima minit pada rambut anda agar ia dapat meresap dengan sempurna dan bekerja dengan lebih efektif. Dengan cara itu, perapi rambut anda akan memberikan hasil yang maksimum.

Ads
Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by Charisse Kenion on Unsplash

Tidak Menggunakan Vitamin Rambut

Penggunaan syampu dan perapi rambut sahaja tidak cukup bagi mendapatkan rambut yang bersinar, lembut, dan cantik. Ia perlu ditambah dengan penggunaan vitamin untuk rambut. Selalu gunakan vitamin rambut setiap kali selesai mencuci rambut. Ia bagi memastikan rambut anda kekal ternutrisi.

Kesalahan Perlu Elak Ketika Mencuci Rambut, Mungkin Kita Selalu Buat Salah Satunya Salah Cara Guna Perapi Rambut
Photo by Apothecary 87 on Unsplash

HIJABISTA: Bermula sekarang, hentikan daripada melakukan kesalahan-kesalahan ini ketika mencuci rambut. Mungkin ini antara penyebab berlakunya kerosakan pada rabut anda yang mungkin selama ini tidak anda sedari.

Sumber kredit: Photo by Element5 Digital on Unsplash

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI