Kulit yang tidak disapukan dengan pelembap akan kelihatan kering, kasar dan kusam. Antara tanda kulit kering adalah terbentuk garis kedut halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam.

Photo by Cotton Broi from Pexels

Maka sebab itulah pentingnya untuk kita menggunakan pelembap wajah. Pelembap wajah adalah sebahagian perawatan yang sangat penting bagi memastikan kulit wajah kekal terpelihara. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Walau bagaimanapun tanpa kita sedari ada kesalahan yang mungkin kita lakukan ketika menggunakan pelembap wajah. Mungkin selama ini kita melakukannya dan menjadi tabiat harian. Jom kita semak kesalahan-kesalahan yang kebiasaannya kita buat.

TIDAK MENGGUNAKAN PELEMBAP YANG MENGANDUNGI SPF

Photo by Anna Shvets from Pexels

Walaupun cuaca tidak terlalu panas, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menggunakan sunblock/sunsccreen. Pendedahan pada sinar ultraviolet boleh menyebabkan kanser kulit dan kedutan pada kulit wajah. Oleh itu pastikan anda memakai sunblock/sunsreen walaupun ketika berada di rumah.

MENGGUNAKAN KRIM SIANG PADA WAKTU MALAM

 

IKLAN
Photo by Karolina Grabows fromm Pexels

Tidak hanya membazirkan wang, tetapi penggunaan krim siang pada waktu malam juga tidak baik untuk kesihatan kulit wajah. Kulit berada di puncak pemulihan pada waktu malam. Kebanyakan sel berubah dan tumbuh semula ketika tidur mencapai tahap Rapid Eye Movement (REM).

Maka sebab itulah kita perlu menggunakan produk yang dapat membantu tahap pertumbuhan semula kulit pada waktu malam. Krim malam dibuat dengan bahan-bahan penting, seperti retinol dan peptida yang membantu menenangkan dan memperbaiki kulit. Krim malam selalunya lebih tebal dan ‘dilengkapi’ dengan formulasi yang bertujuan untuk penjagaan kulit pada waktu malam.

TIDAK MELAKUKAN UJIAN PADA KULIT KETIKA MEMBELI PELEMBAP WAJAH 

Photo by Anna Shvets from Pexels

Sama seperti ketika hendak membeli produk solekan, anda juga perlu membuat ujian sebelum membeli mana-mana pelembap wajah. Pakar dermatologi dan pakar bedah kosmetik bertauliah di New York, Dandu Engelman, M.D. mencadangkan agar mencuba produk pelembap yang akan dibeli di leher, seminggu sebelum menggunakannya di seluruh wajah.

IKLAN

Semak juga bahan-bahan yang terkandung di dalamm sesuatu produk. Bahan seperti AHA, BHA, retimol, formaldehid, phthalates, atau ekstrak tumbuhan tidak sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kulit jenis sensitif. Ini penting bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana mereka mesti mengelakkan wangian, paraben, dan minyak pati dalam produk perawatan kulit wajah.

MENYAPU PELEMBAP PADA KULIT KERING

Photo by Dhyamis Kleber from Pexels

Selain menggunakan pelembap ketika wajah yang telah siap ‘dibersihkan’ bagi mendapatkan hasil yang sempurna, pelembap juga akan berfungsi dengan berkesan pada kulit yang sedikit lembap. Ini kerana pelembap dapat meresap dengan sempurna ke dalam kulit yang lembap dan lembapan pada kulit terkunci lebih lama. Maka sebab itulah kita disarankan segera menggunakan pelembap wajah selepas mandi. Hal ini keran ketika ini kulit masih berada dalam keadaan lembap.

TIDAK MENGGUNAKAN PELEMBAP WAJAH MENGIKUT JENIS KULIT

IKLAN
Photo by Elly Fairytale from Pexels

Pilih hanya pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, gunakan pelembap wajah yang mengandungi asid hyaluronik dan ceramides. Kandungan ini dianggap dapat mengekalkan kelembapan dan melembutkan tekstur kulit. Ceramides mampu melindungi kulit, sementara asid hyaluronik mempunyai kemampuan tinggi menahan air. Supaya kulit akan terhidrat.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, serum gel atau produk bebas minyak boleh menjadi pilihan yang tepat. Pemilik kulit yang mudah berjerawat mesti berhati-hati dalam memilih ramuan produk agar tidak menyebabkan jerawat pada kulit. Contohnya, alkohol, minyak berkepekatan tinggi, atau petrolatum. Mereka yang mempunyai kulit jenis berjerawat lebih sesuai menggunakan produk yang mengandungi adapalene, benzoil peroksida dan asid salisilik yang bertujuan mencegah jerawat.

MENGGUNAKAN MINYAK SEBAGAI PELEMBAP 

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Minyak (tidak kira sebarang minyak) baik untuk menghidrat kulit dan menenangkan kulit kering. Walau bagaimanapun, minyak tidak sesuai digunakan sebagai pengganti pelembap. Hal ini kerana produk berasaskan minyak mengandungi emolien yang hanya merawat kulit di permukaan sahaja. Boleh sahaja menggunakan minyak pada kulit wajah tetapi setelah menggunakan pelembap, sama ada waktu siang atau pun pada waktu malam.

HIJABISTA: Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat.

Sumber kredit: Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI