Dunia hari ini semakin ‘kronik’. Kronik bermaksud semuanya menjadi cacamarba kerana sistem ekonomi, kesihatan, politik ataupun apa sahaja sudah menjadi tidak keruan sejak kebelakangan ini disebabkan oleh virus Covid-19 yang menular di seluruh dunia.

Kesannya, dalam negara kita khususnya, ramai diantara kita yang kehilangan kerja disebabkan syarikat tidak mampu untuk membayar subsidi dan memberi gaji kepada pekerja, perniagaan kecil terpaksa tutup kerana tidak mempunyai ‘demand & supply’ yang tinggi dan akhirnya ‘gulung tikar’, perniagaan besar juga turut terjejas kerana permintaan masyarakat sudah beralih kepada keperluan daripada kehendak, ibu meninggalkan anak-anaknya kerana maut disebabkan virus ini, ataupun ada juga ibu-bapa kehilangan anak-anak mereka yang dijangkita wabak Covid-19 ini.

Masa berjalan begitu cepat dan virus menular hanya ‘sesaat’ sahaja sehinggakan saat ini, angka kes baru sudah lebih dari 15 ribu kes. Pastinya ia memberi rasa tertekan yang teruk serta kemurungan kepada sesetengah daripada kita.

Sabar! Usah lakukan perkara yang tidak bermoral! Ambil nafas seketika, hirup udara segar dan tenangkan diri dengan amalan meditasi kerana ia banyak memberi kebaikan pada diri kamu!

  1. Dapat mengurangkan rasa stres

Rasa stres boleh muncul setiap kali jika kita mengalami masalah perihal kerja, keluarga mahupun peribadi. Apabila stres, kadar hormon kortisol di dalam tubuh akan meningkat dan tubuh badan kita akan mengeluarkan bahan kimia yang dikenali sebagai sitokin. Ia mampu mengganggu tidur, meningkatkan tekanan darah, menjadikan kita mudah cemas. Akhirnya, kita boleh menghidapi penyakit jantung, darah tinggi dan sakit kepala. Oleh itu, luangkan 10-15 minit waktu kamu dengan amalan meditasi ini yang mampu untuk mengurangkan rasa stres.

IKLAN

2. Melawan kemurungan

Jika anda mengalami stres dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang rawatan, ia boleh berakhir dengan kemurungan. Amalan meditasi ini memberikan ketenangan dan kedamaian yang boleh dijadikan terapi untuk melawan kemurungan. Kamu boleh melakukan meditasi ini di kawasan yang sunyi sambil diiringi dengan alunan muzik perlahan untuk menambahkan rasa selesa pada tubuh badan dan memberi ketenangan kepada jiwa.

3. Mengawal rasa cemas

IKLAN

Selain stres, sesetengah individu juga mudah berasa cemas dengan berlebihan. Rasa cemas ini jika berlanjutan boleh menyebabkan penyakit jantung dan juga darah tinggi tanpa kita sedari. Apabila kamu melakukan meditasi, secara tidak langsung ia boleh mengawal rasa cemas kamu kerana ia mampu menenangkan jiwa kamu dan hilangkan perasaan ‘overthinking’ yang boleh menyebabkan rasa cemas. Oleh itu, jika kamu seorang yang mudah cemas, lakukanlah meditasi ini setiap masa!

4. Meningkatkan kualiti tidur

IKLAN

Rasa stres, kemurungan mahupun cemas boleh menjadikan kita sukar untuk tidur. Kondisi mental yang tidak stabil dan ditambah pula dengan tubuh yang tidak mendapat rehat yang secukupnya menjadikan keadaan semakin serius! 

Meditasi dapat menenangkan fikiran seseorang, membantu tubuh melepaskan ketegangan, dan menjadikan otot-otot badan berehat dan ringan sehingga dapat tidur lebih baik. Ketepikan dahulu bantuan ubat-ubatan seperti ubat tidur dan sebagainya kerana ia akan menjejaskan kesihatan kamu. 

5. Menurunkan tekanan darah 

Apabila kita melakukan meditasi, ia dapat mengurangkan stres, kemurungan dan mengawal rasa cemas. Secara tidak langsung, ia dapat menstabilkan emosi serta dapat menurunkan tekanan darah. Tahukah kamu, apabila kita stres, jantung akan berfungsi lebih dari yang sepatutnya. Ia boleh merosakkan fungsi jantung dan akan menyebabkan ‘cardiac arrest’. Meditasi dapat mengurangi ketegangan pada jantung sehingga tekanan darah akan menurun.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI