Kerana Wanita Ini Bekas Pelajar RMC & Kini Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Cebur Diri Dalam Politik

Share

Kemenangan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertanding atas tiket Parlimen di Muar nyata memang telah diduga, dengan majoriti cukup besar. Ternyata kehadirannya walaupun sebagai orang baru dialukan penduduk sekitar. Sebenarnya pembabitan Syed Saddiq dalam arena politik ini adalah disebabkan oleh seorang wanita.

Beliau yang memuat turut status di laman sosialnya memberitahu wanita bernama Afiqah Zulkifli inilah yang menjadi sebab utama pembabitannya dalam politik.

Menurut Ahli Parlimen Muar yang baru berusia 25 tahun ini berkata, Afiqah merupakan pemimpin pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).

Afiqah yang pernah menjadi hos untuk satu pertandingan debat mengenai GST antara UMNO dan PKR dan disebabkan pembabitannya itu dia telah digantung oleh pihak universiti selama dua semester.

Menurutnya lagi kejadian itu menyebabkan dia rasa begitu marah. Ini kerana sebagai pemidato beliau boleh membahaskan beberapa isu sensitif tetapi Afiqah tidak boleh.

Oleh sebab itu pembabitannya dalam politik ini juga akan membolehkan beiliau untuk memberi kebebasan kepada universiti dan memulihkan autonomi dan maruah mereka. Beliau juga berazam mahu memperkasakan pelajar seperti yang tidak berlaku sebelum ini.

Dan hari ini wanita itu adalah penyokong kepada borang pencalonannya dalam PRU lalu. Katanya lagi jika Afiqah hilang di saat akhir pastinya pencalonan beliau akan hilang kelayakan.

Di akhir katanya, beliau yang juga pernah menerima anugerah Pendebat Terbaik Asia mewakili Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia percaya dengan wanita ini sebagaimana beliau percaya untuk melihat masa depan bersama Malaysia baru yang lebih baik.

Walau bagaimanapun Afiqa bukanlah teman wanita beliau kerana dia sudahpun berkahwin dengan jejaka pilihannya dan mempunyai seorang cahaya mata.

Pastinya selepas ini populariti Syed Saddiq yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan pelajar Undang-Undang dari UIAM ini akan melonjak naik. Bukan sahaja kerana kebijaksanaannya memperjuangkan sesuatu isu, tetapi juga kerana mempunyai personaliti menarik dan mempesona.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ & AFIQAH ZULKIFLI

 

IKLAN