
Satu tweet menarik dan lucu telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter Indonesia iaitu @ibuibuyakult iaitu mengenai dirinya yang mencuba masker wajah yang dibuat sendiri berasaskan kunyit.
Namun tanpa diduga, warna kuning daripada kunyit tersebut tidak mahu hilang lalu membuatkan wajahnya menjadi kekuningan.
Tweet tersebut terus menjadi viral hingga mendapat lebih 11 ribu retweet setakat ini.
“Kata mama kunyit bagus dipakai buat masker tapi kenapa kuningnya tak boleh hilang? Allahuakbar”
Ramai yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan dan bergurau dengannya selain berkongsikan cara yang sebetulnya untuk dipakai.
“Patutnya pakai kunyit dicampur dengan oatmeal bersama susu barulah tidak menjadi kuning begitu. Oatmeal boleh menghilangkan sisa kulit mati manakala susu mencerahkan kulit”
Ada juga yang mengatakan kenapa susah-susah buat sendiri, di pasarankan sudah ada masker kunyit yang siap dijual?
“Sebentar lagi nasib anda akan bertukar seperti kucing ini.”
Yang ini pun boleh tahan. Ada ke disuruhnya pakai sabun detergent untuk menanggalkannya. Aduh, lucu sungguhlah!
kredit: twitter @ibuibuyakult
Lapar Di Tengah Malam Tapi Takut Gemuk, Menu Sihat Ini Boleh Membantu Kamu!

Kegemukan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita. Tubuh badan yang gemuk boleh membawa kepada penyakit obesiti dan menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, kencing manis ataupun kegagalan buah pinggang.
Tabiat makan di tengah malam seringkali membelenggu kehidupan kita. Tambahan pula apabila dalam tempoh ‘total lockdown’ ini, waktu tidur sudah tidak sama seperti dahulu dan menyebabkan kita mudah berasa lapar di tengah malam. Jadi, untuk mengelakkan tubuh badan menjadi gemuk apabila makan di tengah malam, cuba amalkan menu sihat ini yang boleh membantu kamu untuk kurus dan menyihatkan tubuh badan!
1. Bijirin dan susu.

Secara lazimnya, bijirin akan memberikan sedikit serat, vitamin tambahan, dan mineral, ditambah dengan baik jika anda ingin sesuatu yang manis. Untuk makan di tengah malam, kurangkan sedikit kuantiti pengambilannya dengan mengambil satu hidangan bijirin dalam kira-kira 3/4 cawan. Untuk rasa yang sempurna, tambah sedikit susu, susu badam, atau susu pekat. Pastinya kamu mempunyai snek malam yang cepat dan sihat.
2. Campuran buah beri.

Buah beri adalah makanan yang paling berkhasiat. Kandungan tinggi vitamin dan mineral, ditambah dengan pigmen serta antioksidan yang mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan. Campuran buah beri seperti blueberries, raspberi dan buah beri hitam juga memberikan sebuah hidangan yang menarik. Untuk rasa yang lebih sedap dan berkhasiat tambahkan beberapa jenis kacang cincang atau granola bersama dengan krim cambuk, atau percikan susu badam.
3. Keju & biskut.

Hidangkan beberapa keping keju dengan keropok bijirin penuh. Keju diperkaya dengan sumber kalsium yang tinggi dan mempunyai serat tambahan.
Gunakan pemotong cheese dan potong tipis beberapa cheddar tua, gouda, atau provolone. Keju biru dan brie juga baik, terutama dengan biskut yang sedikit manis.
4. Yogurt dan buah-buahan.

Yogurt adalah sumber kalsium, protein, dan bakteria probiotik yang baik untuk sistem penghadaman. Kamu boleh mulakan dengan yogurt biasa dan menambah rasa dengan buah beri, beberapa kacang cincang, dan beberapa madu.
5. Popcorn.

Popcorn dianggap sebagai bijian, yang menjadikannya lazat dan hebat. Ia juga baik untuk pinggang kamu! Sebenarnya, tiga cawan popcorn yang dipenuhi udara mempunyai kurang daripada 100 kalori dan serat 4 gram.
Lelaki Ini Kongsi Produk Perawatan Yang Dia Pakai, Lelaki & Perempuan Sesuai Gunakan

Memilih produk perawatan wajah sememangnya memerlukan ketelitian. Tidak semestinya produk yang mahal sahaja memberi kesan yang terbaik pada kulit wajah. Hal ini kerana ia lebih kepada kesesuaian.
Maka sebab itulah jika mahu kesan yang terbaik kita mestilah rajin-rajin membuat pemerhatian. Dapatkan info yang secukupnya tentang sesuatu produk sebelum anda mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Melalui perkongsian di laman Facebooknya lelaki ini berkongsi produk perawatan wajah yang mungkin bukan sahaja sesuai untuk kegunaan lelaki tetapi juga wanita.
1. Wardah Vitamin C Face Mist
Face mist dan toner asasnya produk yang sama. Yang penting anda mesti tahu bahan-bahan yang digunakan (untuk tahu fungsi) dan kenal pasti tekstur. Fungsi Wardah face mist adalah untuk mencerahkan kulit kusam serta melembapkan kulit wajah. Ia mampu melembapkan kulit berminyak dengan agak baik.
Pemakaian face mist ini sama macam seperti cara kita memakai toner sebab ia bersifat ringan. Hanya sembur pada tangan kemudian sapu pada seluruh wajah. Jika sembur pada kulit wajah, kebarangkalian semburan akan tersasar adalah sangat tinggi. Oleh itu lebih baik sapu dengan tangan sahaja dan ratakan ke seluruh wajah.
2. Safi Instant Spot Corrector
Produk ini nampak kecil tetapi sangat ‘berkuasa.’ Sapuan pada jerawat akan menjadikan jerawat cepat matang, pecah dan kering. Selain digunakan sebagai spot treatment, anda boleh menyapu gel ini beberapa kali seminggu di bahagian wajah yang cenderung naiknya komedo contohnya pada bahagian hidung. Ia bertujuan supaya blackhead dan jerawat susah hendak ‘naik’ di bahagian ini.
3. Mad Hippie Vitamin C Serum
Kesannya mantap apabila penggunaannya digabungkan bersama dengan Vitamin A. Pakai secara bergilir-gilir. Serum sememangnya amat penting dalam rejim kecantikan kulit wajah. Jangan sesekali skip ya!
4. Aiken Hydra Plus Moisturizer
Ia membantu untuk melembapkan kulit wajah. Ramuan yang terkandung dalam produk ini sangat membantu untuk melembapkan kulit wajah. Harganya juga sangatlah mampu milik. Mudah didapati di drugstore.
5. Boonga Sunscreen
Tidak kira anda berada di luar rumah atau di dalam rumah, sunscren mesti dipakai. Sunscreen ini bertekstur losen yang jenis melembapkan kulit. Jadi untuk kulit berminyak, selepas pakai serum atau toner, boleh terus pakai sunscreen ini. Tidak perlu pelembap lain. Sunscreen ini sendiri adalah pelembap. Sebab kalau tambah pelembap lain, bimbang nanti kulit jadi berminyak.
HIJABISTA: Kesimpulannya penjagaan kulit wajah mestilah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit wajah. Jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang menggunakan sesuatu jenis produk kerana kulit kita tidak sama. Mungkin pada kawan anda berkesan tetapi tidak berkesan kepada anda.
Sumber kredit: Kanda Aziz Top image: Canva
Kalau Mahu Bercuti Di Negara Empat Musim, Jangan Lupa Bawa Enam Produk Ini

Sesekali merancang untuk melancong ke negara empat musim, tentu banyak perkara penting yang perlu diberi perhatian. Lazimnya, jadual perjalanan dan keperluan diri menjadi keutamaan. Namun, ramai yang terlupa mengenai kesan perubahan cuaca yang bakal dihadapi pada kulit.
Oleh itu, apabila hendak ke negara empat musim, ramai akan mencadangkan pemakaian pelbagai jenis losen, krim dan gel untuk melindungi kulit daripada kesan kering.
Keadaan mungkin lebih teruk jika anda masih menggunakan pencuci muka yang sama di negara sejuk. Ini kerana setiap pembersih wajah mempunyai fungsi tersendiri mengikut keperluan pemakai. Berikut, beberapa tip yang boleh diberi perhatian sebelum anda berlepas ke negara empat musim!
LOSEN PELEMBAP
Menggunakan pelembap kulit sepanjang tempoh melancong ke negara sejuk memang penting. Tambahan jika anda mempunyai jenis kulit kering dan sensitif. Suhu sejuk, kering dan berangin boleh memberi kesan buruk kepada kulit. Kulit akan mula merekah, berkeping serta kemerahan kerana terlalu kering. Jika dibiarkan, kulit boleh jadi gatal dan pecah.
Sebab itulah perlunya losen yang kaya dengan fungsi melembap serta mampu mengekalkan kesihatan kulit. Pilih losen mengandungi perahan minyak zaitun, avokado atau mentega shea. Elakkan pelembap kulit yang mengandungi wangian kerana ia mungkin memburukkan lagi keadaan.
Cara pemakaian pelembap juga penting. Sapu pelembap ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi. Ulang pakai di bahagian kulit yang terdedah setiap kali perlu.
PELEMBAP BIBIR
Bibir mudah kering apabila cuaca terlalu panas atau sejuk, kurang air dalam badan serta keletihan. Bagi yang suka mengenakan gincu, pilih asas bibir kaya dengan pelembap. Sapu secara kerap terutama selepas mandi, ketika berada di luar dan sebelum tidur.
Ada kemungkinan pelembap bibir yang biasa digunakan setiap hari tidak sesuai dipakai di negara sejuk. Jadi, buat pilihan tepat sebelum terbang atau beli saja di negara yang bakal dikunjungi. Bagi mereka yang berkulit sensitif, pilih pelembap bibir tanpa warna untuk mengelakkan kesan sampingan. Usah gunakan pengilat bibir dengan kesan kilauan berlebihan kerana ia mungkin menjejaskan penampilan anda.
PERAPI RAMBUT
Tidak kira sama ada anda wanita bertudung atau tidak, berada di negara sejuk boleh menampakkan kesan perubahan kepada rambut. Ini kerana, kebanyakan wanita di negara tropika mencuci rambut dengan air bersuhu normal, tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Mereka juga cenderung memilih syampu dua dalam satu (lengkap dengan perapi) untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.
Berbeza jika berada di negara sejuk, kita cenderung membersihkan diri dengan air suam, merapikan rambut menggunakan pengering dan terdedah kepada suhu lebih rendah ketika berada di luar.
Perubahan sebegini kerap mendatangkan masalah rambut kering, kusut dan mudah putus. Penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan perapi rambut bersesuaian setiap kali selepas mandi. Anda boleh memilih jenis perapi yang perlu dibilas, tanpa bilas atau menggunakan campuran minyak organik seperti argan dan minyak kelapa untuk mengekalkan kesihatan rambut.
PUPUR MUKA
Memandangkan udara di negara sejuk boleh mengeringkan kulit, pertimbangkan untuk membawa bekalan pupur muka sebagai alternatif melembapkan kulit wajah, sekali gus mengurangkan risiko kulit retak.
Pupur muka jenis topeng paling praktikal kerana mudah dibawa. Pilih topeng muka mengandungi pati avokado untuk mengembalikan nutrien pada kulit wajah. Bagi yang mengalami kulit kering, pilih topeng muka dengan pati timun atau aloe vera untuk melegakan kesan perit, sekali gus mengembalikan kelembapan pada wajah.
Pakai selama 15 ke 30 minit sebelum tidur atau amalkan setiap kali sebelum mengenakan sebarang alat solek pada wajah.
TANGAN DAN KUKU
Sering kali kita lupa untuk mengenakan pelembap pada tangan menyebabkan kesan penuaan yang ketara. Tidak kira sama ada di negara tropika mahupun empat musim, pelembap sangat penting untuk tangan dan kuku. Namun, tidak ramai yang menjadikan sapuan pelembap di bahagian berkenaan sebagai tabiat.
Melembapkan tangan dan kuku dengan pelembap bersesuaian ialah cara yang baik untuk mengekalkan kesihatannya. Urutan dan pemakaian sarung tangan selepas memakai pelembap ketika tidur atau sebelum keluar bersiar-siar membantu mengunci lembapan pada kulit.
MENCUCI MUKA
Jangan ingat bahawa cuaca sejuk tidak mengundang risiko jerawat, liang wajah tersumbat dan sebagainya. Jika anda biasa menggunakan penanggal solekan jenis cecair, ada eloknya jika memilih jenis minyak ketika di negara sejuk.
Ini kerana penanggal mekap jenis cecair mungkin boleh merosakkan tekstur kulit dan meningkatkan lagi risiko kulit kering serta retak. Berbeza dengan minyak, kulit lebih mudah dibersihkan, sekali gus mengekalkan kelembapan wajah. Kemudian, pilih pembersih muka tanpa buih untuk mengelak kulit kering.
Seeloknya, dapatkan produk penjagaan diri dan wajah yang bersesuaian dengan suhu dan cuaca negara yang hendak dikunjungi. Dapatkan maklumat dan cadangan terbaik menerusi carian di Internet dan cuba sendiri produk dalam tempoh 24 jam untuk melihat kesannya kepada kulit.