Ramai yang tertawan apabila melihat penampilan anak-anak gadis Abby Abadi yang sentiasa tampil sopan di khalayak ramai.
Sering ditanya bagaimana mendidik anak perempuan untuk menutup aurat seawal usia remaja, pelakon drama Gerak Khas itu telah berkongsikan caranya di laman instagram miliknya.
Kenalkan ALLAH seawal usianya masih bayi lagi…
Didikan awal ❤️
🦋Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak baby lagi
Ads
Ada yg tanya pada Sy mcmana Sy didik anak2 perempuan buleh bertudung/menutup aurat seawal usia. Serba sedikit yg Sy buleh kongsikan: Jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sbg Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi.
Bagaimana caranya? Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut & didengarkan dengan nama2 ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH 😘
Anak kedua dan ketiga Abby Abadi bersama Norman Hakim, Marissa Dania Hakim & Maria Danisha Hakim.
🦋Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil
Ads
Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan. Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi…🤭
🦋 Menutup aurat /Bertudung Buleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah..tp jgn terlalu memaksa
Ads
Paling penting: Hantar ke sekolah yg baik & memberi pendidikan dunia akhirat juga. Sebab akan jadi rutin anak2 bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad & ISLAM, akan terbentuk lah peribadi Umat Muhammad inshaallah bila kita usaha sebaik & semampu kita, ALLAH akan permudahkan & bg jalan 😘😇
Ps: Sy jual half pleats satin, inner neck. handsock. click link di bio IG utk terus order k. Semua Sy jual pun sbb galakkan Sy dan anak2 pakai yg terbaik utk jaga diri . Semoga ALLAH redha & sentiasa memayungi kita dengan rahmatNYA.. Amin 😘
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat kejelitaan selebriti yang hadir di majlis tertentu menyebabkan kita juga teringin untuk bersiap begitu, terutama untuk majlis pernikahan atau perkahwinan. Kebanyakan dari mereka menggunakan khidmat jurusolek untuk memastikan penampilan lebih menawan berbanding kebiasaan.
Namun sebilangan jurusolek yang popular dan kreatif ini adalah lelaki dan pastinya menjadi kekangan kita sebagai wanita Muslim dek kerana batas aurat.
Walaupun begitu, ada juga sebahagian jurusolek lelaki yang tetap menjaga batas aurat dengan pelanggan perempuan mereka. Salah seorang adalah jurusolek popular Syedewa.
Pemilik nama sebenar Syed Mohamad Fahmi Syed Shabtar ini sering menyolek wajah selebriti terkenal seperti Nora Danish, Neelofa, Che Ta, Scha Al-Yahya, Nabila Razali dan beberapa lagi artis popular lain.
Baru-baru ini dia ada muat turut video demo solekan di laman twitter dan instagramnya. Apa yang menarik perhatian netizen apabila, Syedewa menggunakan sarung tangan untuk menyolek bakal pengantin.
Rata-rata netizen memuji cara Syedewa ini yang tahu untuk menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan.
Malah bakal pengantin juga dilihat pastinya tidak rasa ragu-ragu menggunakan khidmat jurusolek lelaki kerana penggunaan sarung tangan berkenaan.
Dalam video itu juga netizen meninggalkan maklum balas mengenai penggunaan sarung tangan berkenaan. Masing-masing mengkagumi hasil kerja jurusolek popular ini.
Kadangkala bila hidup terlihat serba sempurna, itulah waktu dimana kita sering alpa dan semakin menjauh dari yang maha esa! Itulah juga apa yang dialami oleh usahawanita yang juga pengasas Mutyara, Tya Arifin.
Menurutnya, meski dikurniakan segalanya dalam kehidupan, namun dia tetap mempunyai ruang kosong dalam diri yang sering meminta untuk diisi.
Justeru, tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, ibu kepada dua anak ini mendedahkan, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
“Sebab terbesar saya memutuskan untuk menutup aurat ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu jadi wanita dan hamba yang kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta, tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Untuk rekod, tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin merasa sebak kerana pada mulanya dia langsung tiada perancangan untuk berhijab, namun Februari 2020 merupakan titik perubahan terindah dalam kehidupanya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Dalam dunia digital tanpa sempadan ini, ramai hijabi di luar sana yang memasang impian untuk bergelar instafamous atau influencer. Maklum sahaja jika rajin dan bersungguh, influencer ini akan memperoleh pendapatan cecah 7 angka sebulan. Walaupun bukan dari kalangan selebriti, tetapi ada antara mereka ini yang mempunyai follower melebihi 1 juta di laman instagram.
Malah sebagai influencer, perkembangan mereka di media sosial juga sentiasa di nanti follower masing-masing.
Jadi tidak hairanlah jika kita lihat, semua foto #OOTD yang dimuat turun sangat cantik dan menarik sekali.
Mereka ini juga turut menjadi inspirasi buat hijab yang mahu bergelar instafamous berjaya satu hari nanti.
Ramai juga menjadikan instafamous atau influencer popular seperti Vivy Yusof, Nonones atau Syafiqah Aina yang mula dikenali sebagai blogger sebelum berjaya dalam bidang masing-masing.
Ada antaranya yang sudah berkahwin dan mempunya anak, tetapi masih tetap mendapat perhatian netizen.
Ayuh, Hijabista senaraikan, antara influencer yang mempunyai follower melebihi setengah juta di laman instagram masing-masing.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.