Setiap wanita memiliki jenis kulit yang berbeza-beza. Untuk memiliki kulit yang cantik, anda perlu menjaganya dengan rapi. Tetapi, anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu produk.

Penjagaan wajah yang paling asas bermula dengan pencuci, toner dan moisturizer. Ramai wanita hanya mementingkan pemilihan pencuci muka hingga melupakan kepentingan toner dan moisturizer.

Tahukah anda bahawa toner merupakan item yang penting untuk membersihkan sisa-sisa solekan dan kotoran yang menempel pada wajah.

Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, pori-pori boleh tersumbat hingga menyebabkan kemunculan jerawat. Tetapi, anda tidak boleh memakai sembarangan toner. Pilih toner mengikut kesesuaian kulit anda.

Nak tahu caranya? Ikut tip ini.

Kulit Kering

Untuk wanita yang memiliki kulit jenis kering, hindari daripada memakai toner yang mengandungi alkohol. Alkohol boleh menghilangkan kelembapan alami pada wajah.

Sebaiknya, pilih toner yang memiliki bahan pelembap yang mampu melembapkan kulit. Ia akan membantu menghidrat dan melembutkan kulit wajah anda.

 

Kulit Berminyak

Buat anda yang memiliki kulit berminyak, pilih toner yang ada kandungan astringen. Zat tersebut akan mengurangkan dan mengawal minyak, menyegarkan kulit serta mengecilkan pori-pori. Astringen dikatakan boleh didapati di dalam timun.

 

Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi memang agak sukar kerana ia memerlukan dua jenis toner yang berbeza. Anda disarankan untuk menggunakan dua jenis toner sekali gus.

Untuk T-Zon atau area dahi, hidung dan sekitar pipi yang lebih cenderung berminyak, anda digalakkan untuk memakai toner khusus untuk kulit berminyak.

Untuk kawasan selain T-Zon, anda boleh menggunakan toner yang tiada kandungan alkohol kerana kulit akan jadi semakin kering jika tersalah memilih toner.