Aduh! Malunya bila perut buncit. Hendak pakai seluar dan skirt kembang pun rasa tidak berkeyakinan langsung. Tidak dapat dinafikan perut buncit akan menyebabkan stamina diri seseorang juga akan terjejas. Ia juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Stamina juga semakin menurun apabila perut menjadi buncit. Maka sebab itulah kita perlu memastikan perut tidak buncit. Berikut perkongsian daripada Dr Rizal tentang cara-cara untuk mengempiskan perut.

Photo by Anna Shvets from Pexels

7 CARA KEMPISKAN PERUT

Kenapa perlu kempiskan perut? Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja. Berikut perkongsian Dr Rizal tentang kadeah-kaedah mengempiskan perut yang dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.

1. Ambil makanan kaya protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

2. Urus stres dengan bijaksana. Stres boleh menyebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak. Gembira sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek-tempek.

IKLAN
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Ia juga dengan bangganya menyebabkan selera meningkat. Tahap selera meningkat dan memuncak. Semua nampak sedap.

3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ini sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ini. Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.

IKLAN

4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat mempercepatkan misi mengempiskan perut.

Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels

5. Tidur – kajian selama 16 tahun mendapati bahawa wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang tidur 7 jam.

Photo by Ivan Oboleninov from Pexels

Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”

IKLAN

6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000 mg sehari. Cari yang anti refluk. Tiada merkuri.

Photo by ready made from Pexels

7. Ambil makanan tinggi serat. Serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan akan membentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat untuk melepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa hendak berjajan. Perut terisi maka fokus pun meninggi.

Photo by Pixabay by Pexels

Ada banyak lagi tip. 7 ini pun sudah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?

HIJABISTA: Perut yang kempis dan landai menjadikan kita lebih berkeyakinan ketika menggayakan apa jua jenis fesyen. 

Sumber kredit: Dr Rizal Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI