Salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat Al-Kursi. Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.
Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW. Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat Al-Kursi serta zikir lain.
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi.Ia juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT AL-KURSI
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
Ads
4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
Ads
7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
Ads
11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Sebagai umat Islam, sudah pasti keredhaan dari Allah S.W.T menjadi fokus utama kita dalam kehidupan harian. Untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah maksiat atapun melakukan perbuatan yang syirik, kita haruslah sentiasa meminta petunjuk dari Allah S.W.T. Antara amalan yang boleh kita amalkan ialah dengan membaca doa Nabi Sulaiman.
Doa Nabi Sulaiman dibaca untuk diberi petunjuk dari Allah S.W.T, mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan kesakitan serta menundukkan haiwan buas.
Doa Nabi Sulaiman ini sangat kuat kesannya. Ia sering diamalkan Nabi Sulaiman dalam meminta petunjuk, memohon dipermudahkan dan mendapatkan kekayaan serta kejayaan. Seperti kita tahu, Nabi Sulaiman adalah raja segala makhluk, betapa besarnya rezeki Allah SWT turunkan kepada Nabi Sulaiman.
Ertinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
1. Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan.
Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan. Jika kamu sedang mengalami kesulitan hidup, atau berharap agar status kewangan menjadi lebih baik, amalkanlah doa agar rezeki lancar seperti yang terdapat dalam QS Shaad ayat 35 berikut ini.
Ertinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
2. Doa Nabi Sulaiman Untuk Menundukan Haiwan dan Mengusir Jin
Ertinya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Janganlah kamu berlaku sombong kepadaku, dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.
Semoga kita diberi petunjuk dari Allah S.W.T dan dipelihara dari perkara-perkara yang tidak elok. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal pelakon jelita Nora Danish yang dahulu namanya berada dipuncak kerana memegang watak utama sitkom Puteri hingga tagline ‘Kita Enjoy’ menjadi fenomena di Malaysia.
Terdahulu, bekas isteri kepada Mohamad Nedim Nazri berjaya menjadi sorotan wargamaya apabila dia memenuhi jemputan, menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan artis, Betty Rahmad.
Ini demikian kerana, Nora kelihatan anggun dan menawan menggayakan persalinan sopan jubah berserta tudung dalam rona warna putih kekuningan. Hijabista difahamkan persalinan berkenaan merupakan hadiah pemberian arwah Siti Sarah Raisuddin kepadanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi sebuah muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Jelas, Nora dia sememangnya berniat memakai persalinan pemberian arwah Sarah ke majlis-majlis ilmu, kerana ingin ‘menghadiahkan’ semula pahala dan mahu pahala terus mengalir kepada arwah.
“Jubah dan tudung pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu hari ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
“Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meningggalkan kita,” tulis pelakon berusia 412 tahun itu.
Menerusi hantaran sama, dapat dilihat Nora memuatnaik beberapa keping gambar dia bersama tetamu lain. Malah, Nora turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana berkongsi ilmu serta doa.
“Terima kasih mu (Betty) atas jemputan ini dan terima kasih tau sebab selalu ingat kat ku. Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa.
“Setiap kata2 masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmatiNya,” kata Nora.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon warganet tentang perkara ini. Kebanyakkan netizen menyifatkan pelakon filem Polis Evo itu amat beruntung dikelilingi rakan-rakan yang sanggup menuntunya ke arah kebaikan.
Selain itu, netizen juga memuji penampilan Nora yang ‘patuh syariah’ dan menutup aurat dengan sempurna serta berharap agar suatu hari nanti Nora akan dikurniakan istiqamah dalam penghijrahanya berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Zaman semua di hujung jari ini menyebabkan ramai antara kita yang senang membeli belah dalam talian sahaja. Terdapat juga faktor lain menyumbang kepada situasi ini seperti malas nak drive, susah cari parking ataupun tidak gemar bersesak-sesak-sesak dengan orang lain di luar.
Keadaan ini menyebabkan ramai yang hanya membeli belah dalam talian. Selain itu ada juga segelintir yang menjadi Personal Shopper atau PS. Lagi memudahkan urusan untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk bershopping.
Ternyata kerjaya sebagai personel shopper ini kian diminati dan mendapat tempat di kalangan mereka terutama yang baru lepasan ijazah. Tugas sebagai PS ini waktu kerjanya lebih fleksibel dan sesuai bagi mereka tidak suka makan gaji. Malah pendapatan mereka juga dianggap lumayan.
Baru-baru ini tular di mana seorang personal shopper, Rafidah, 28 tahun yang telah lama bermaustautin di Kanada menceritakan pengalamannya bergelar PS.
Bercerita kepada Hijabista, bagaimana dia bermula menjadi seperti hari ini. Menurutnya dia adalah seorang freelance translator di Kanada dan secara tidak langsung terus bertindak sebagai PS.
Sebenarnya sudah hampir empat tahun Rafidah menjadi PS. Bukan sebarangan barang yang dijual secara online, tetapi kebanyakannya adalah barangan berjenama. Antaranya COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, (LE CREUSET FROM FRANCE). Dia juga turut menerima tempahan barangan berjenama EROPAH seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL, GIVENCY. Istimewanya Rafidah juga turut menawarkan ANSURAN SEBANYAK 3 KALI atau MENERIMA BAYARAN PENUH.
Menceritakan pengalamannya, dia ketika itu hanya memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan.
“Oleh sebab saya tinggal di Montreal, Kanada, saya telah pergi sendiri ke outlet dan butik untuk membeli beg dan kemudiannya membuat promosi dengan meletakkan gambar-gambar koleksi beg tangan dan kitchenware di personal FB miliknya.
“Dan apabila pelanggan telah ramai, Rafidah mula membuka FB ppage sendiri https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah Daripada situlah dia membina repo yang baik dengan follower baru dan lama. Bukan mudah untuk mengumpul follower tetapi setiap hari ada sahaja post yang di update,” ujar Rafidah yang menjual barangan ini kerana ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik .
Menurut Rafidah, bukan mudah untuk berjaya dan dia juga tidak lokek berkongsi bagaimana untuk menjadi PS yang berjaya terutama bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini.
2. Mesti minat dengan urusan jual beli terutamanya barang yang dijual, pandai berkomunikasi dengan pelanggan adalah kunci utama kerana kebanyakan pembeli adalah ‘stranger’ dan punya pelbagai karenah.
3. Harus jujur dengan apa yang dijual. Maksudnya tahu asal usul barang tu. Jika original beritahu secara terperinci, kalau barang tiruan beritahu tiruan. Jangan sesekali menipu pelanggan.
4. Bina platform business di FB personal, cipta FB page atau cipta Instagram account khusus untuk mempromosikan barang yang dijual.
5. Kepercayaan pelanggan juga amat penting untuk menjadi PS. Bila pembeli percaya PS, mereka pasti akan membeli lagi dengan kita pada masa akan datang. Paling kurang pun mereka akan memberitahu rakan2, keluarga dan mempromosi business anda di sosial media.
6. Cipta strategi pemasaran dan promosi dengan kreatif, seperti share video shopping trip, rajin buat demo barangan yang dijual, sediakan ansuran dan sebagainya.
7. Saya pastikan customer saya adalah rakan alam maya. Saya treat mereka sebaik mungkin. Saya kongsikan percutian, tips agar mereka merasakan seperti bershopping bersama2 saya.
8. Bertanggungjawab dengan sebarang kecelakaan. Contohnya saya sedaya upaya akan selesaikan masalah dalam proses penghantaran, jika tidak dapat diselesaikan, refund duit customer.
Menurut Rafidah sejak memulakan bisnes ini dia juga menerima banyak maklum balas dari pelanggan terutama soal penipuan barang. Justeru dia turut member tip untuk para online shopper agar tidak rugi duit dan masa.
1. KENAL PASTI PENJUAL – Lihat post terdahulu penjual dan tahu latar belakang siapakah penjual anda. – Anda harus semak barang apa yang dijual. Datang dari mana dan betul atau tidak barang itu wujud. – Nak tahu wujud, kena lihat review dan komen pembeli. ( Saya yakin bahawa pembeli yang baik untuk penjual yang baik. InshaAllah).
2. BACA, BACA, BACA – Jangan seronok tengok gambar barang sehingga lupa untuk lakukan poin no. 1. Kalau tidak baca, kebarangkalian anda kena tipu sangat tinggi. – Pembeli yang bijak akan baca semua TERMA & SYARAT. Biar jadi informatif dan ambil tahu apa yang mahu dibeli dari asyik nak minta di ‘PM’. Bila sudah tahu syarat, jika ada masalah nanti dapatlah dibetulkan dan jika anda yang salah, anda tidaklah kelihatan bodoh apabila marah atau beremosi dengan penjual sedangkan diri sendiri yang salah. – Setelah beli barang, baca informasi terkini dari penjual untuk apa-apa perubahan tentang harga, tarikh bayaran, penghantaran, penerimaan dan lain-lain lagi. Ini sangat penting kerana penjual anda kadang kala tidak dapat membalas dengan segera kerana berada di luar kawasan atau berbeza waktu dari Malaysia. – Baca ‘latest post’ di FB page, blog, website penjual anda.
3. PEMBELI BIJAK VS MALAS – Setelah membuat tempahan, sila buat bayaran deposit atau langsaikan dengan segera. Jika lambat barang mungkin terlepas. – Hargai masa penjual dan masa anda sendiri juga. Jika anda yakin dengan barang yang nak dibeli minimumkan waktu pembelian. Itulah sebabnya anda gunakan internet berbanding keluar membeli sendiri. – Jangan bermain-main dengan penjual. Terus terang jika mahu atau tidak. Say YES OR NO. Beli barang ikut kemampuan anda. (Jangan sampai berhutang ya). Berdolak dalih atau buat bayaran lambat akan merumitkan keadaan kemungkinan habis ‘burned’ semua duit anda nanti. Ikutlah terma bayaran. Kalau minta bayar waktu ini, bayar. Jangan ikut sesuka hati nak bayar bila. Ada masalah membayar beritahu penjual secepat mungkin. Jangan senyap kerana masalah boleh dibincangkan. Penjual yang baik akan memahami dan bertolak ansur. – Jika anda tidak lakukan poin 1 & 2 kerana malas, anda mungkin akan ditipu! Jadilah pembeli bijak supaya tak menyesal kemudian hari. – ELAKKAN minta IC penjual, mahu laporkan pada Polis dan lain-lain. This is ridiculous! Jika anda sudah cukup informasi tentang barang, kaji latar belakang penjual, membaca, buat sedikit research maka anda tak perlu buang masa untuk tanya soalan yang bukan-bukan. Be a Smart Shopper! – Berikanlah kepercayaan kepada penjual setelah anda yakin dengan mereka. Sekiranya terjadi masalah carilah penyelesaian terbaik. Win-win Situation. – Berkomunikasilah dengan baik ketika berurusan.
4. CATAT INFORMASI – Semua bayaran yang diberikan dan baki bayaran perlu direkod. Jika anda sendiri tidak tahu, anda mudah ditipu penjual. – Simpan nombor akaun penjual dan rekod bayaran (printscreen atau tulis di buku). Jika ada kesalahan boleh tunjukkan bukti kepada bank dan penjual. – Kira sendiri peratusan bayaran deposit dan bayaran ansuran kemudian rekodkan. Bergantung sepenuhnya kepada penjual adalah tidak digalakkan kerana kesalahan mungkin berlaku. Anda akan rugi masa kerana perlu semak mesej lepas dan buat pengiraan semula.
Melihat kejayaannya mencipta nama sebagai PS di luar negara, admin sempat bertanya berapa pendapatannya yang berjaya diperoleh. Menurut Rafidah yang setahun sekali balik ke Malaysia ini memberitahu pendapatannya sangat subjektif dan mengikut sales. Apabila ditanya adakah mencecah RM10k sebulan, Rafidah yang dihubungi melalui alam maya ini hanya memberitahu boleh dapat lebih daripada itu. Siapa berminat boleh juga melayari websitenya www.sellection.com atau di laman IG, @sellection.byrafidah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.