Bella Dally Amalkan HIIT Kardio Hanya Di Rumah. Patut Tubuh Badan Menawan & Cantik Berseri!

Share

Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.

Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.

Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif. Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.

Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsika beberapa info mengenai senamannya. Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain. Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!

Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’. Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini 4 hingga 5 kali seminggu!

Sumber gambar: Instagram Bella Dally

IKLAN