Bosan Dengan Kek Batik Coklat, Jom Cuba Kek Batik White Coffee. Pasti Terangkat!

Share

Kek batik paling popular diseantero dunia, pemanis mulut yang bahanya dari coklat atau pun koko. Itu adalah kebiasaan yang terlihat di pasaran dan memang digemari ramai. Kek batik memang mudah disediakan dan tidak perlu kek ini bantat dan meman ia akan tetap sempurna.

Tapi berbeza dengan perkongsian Ika Junaidi, kek batik ini telah dipelbagai khas untuk penggemar kopi. Anda yang ‘hantu kopi’ pasti menggemari kek batik versi ini. Apa kata cuba resepi kek batik white coffee seperti dikongsikan Ika Junaidi ini. Nampak sedap!

Bahan-bahannya:

  • 500 gram biskut Marie
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 6 sachet kopi 3 in 1

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
  3. Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan ke dalam loyang acuan.
  5. Simpan dalam peti ais semalaman.

Lapisan ikut kreativiti:

BACA JUGA ARTIKEL INI: Nampak Macam Kek Batik Tapi Sebenarnya Puding Biskut Marie, Jom Try Buat!

Sumber: Ika Junaidi

IKLAN