Keadaan pelakon jelita, Ardell Aryana kini mengejutkan ramai apabila dalam video yang baru dimuat naiknya di Instagram. Sebelum ini,dia dikhabarkan menghidap kanser. Dalam videonya itu, dia dilihat sedang berkerusi roda sambil ditolak oleh ibu tercinta.
Di balik senyumannya, siapa tahu luka yang ada dihatinya bukan? Diharapkan agar Ardell terus kuat dan cepat sembuh daripada segala kesakitan yang Ardell hadapi. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.
Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.
Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.
Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.
Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.
Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday macam Abang Long dan Kak Mah.
Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
Cuba hijabi sekalian lihat tapak seterika di rumah anda, adakah ia masih berkilat ataupun sudah hitam? Kalau ada kesan hitam, memang terus hilang ‘mood’ lagi-lagi apabila tengah kelam kabut nak keluar!
Pernah tak, sedang anda nak cepat mengejar masa, ketika itulah baju terbakar terkena seterika? Belum cukup stress kerana terlewat dan baju koyak, ada pula tompokan hitam pada peralatan elektrik itu.
Tak perlu membazir duit untuk membeli seterika baru…Anda boleh cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat pada seterika anda. Mana tahu, seterika anda masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru!
Ada beberapa cara ‘bersihkan’ kembali seterika yang boleh anda lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah. Berikut hijabista kongsikan kaedah yang membantu hilangkan kesan hitam seterika anda!
Kaedah pertama, anda boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa digunakan untuk buat kek. Selain digunakan untuk membuat kek, soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.
Caranya ialah:
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kertas pasir untuk menghilangkan kesan hitam di seterika. Caranya juga amat mudah.
Anda hanya perlu memanaskan seterika dan terus gosok permukaannya dengan kertas pasir. Seeloknya gosok menggunakan bahagian yang kasar dulu, kemudian barulah bertukar kepada kertas pasir yang lebih halus dan nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih. Jangan lupa untuk alas kertas pasir dengan kain atau span terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada melecur.
Siapa sangka ubat gigi membantu hilangkan kesan hitam di seterika kan? Bahkan, caranya juga sangat mudah dan tak perlu untuk panaskan seterika!
Caranya, anda perlu gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hitam tersebut. Biarkan seketika kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih. Anda boleh membuat langkah ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan berkesan.
Buat anda yang sering berkunjung di kedai Eco atau kedai DIY, mesti anda perasan kan ada dijual span magik ataupun magic sponge ini. Ianya memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hitam yang melekat pada seterika.
Caranya amat mudah, basahkan dulu span tersebut, sapukan sedikit sahaja krim pencuci pinggan pada span dan gosok tapak seterika anda sehingga warna hitam tersebut hilang. Kaedah ini memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan. Anda boleh mencari span ini di kedai-kedai serbaneka berdekatan rumah anda ataupun beli online contohnya di Lazada atau Shopee. Sekarang semuanya di hujung jari!
Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika adalah dengan menggunakan garam. Siapa sahaja yang tidak mempunyai garam di dapur rumah kan. Caranya juga sangat mudah dan anda hanya memerlukan sekitar segenggam garam dan kerajang aluminium (aluminium foil).
Mula-mula, taburkan garam di atas aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum. Setelah itu, gosokkan seterika pada garam di atas kerajang aluminium tadi. Lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan hitam mula menghilang. Jika tiada aluminium foil, anda boleh juga menggunakan surat khabar.
Lilin juga boleh membantu menghapuskan kesan hitam yang ada pada seterika lama di rumah. Caranya lebih kurang sama sahaja.
Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk atau kain yang tak digunakan lagi. Setelah itu, kain yang sudah melekat dengan lilin tersebut tidak boleh digunakan lagi dan seharusnya dibuang sahaja. Pasti permukaan seterika anda akan kembali licin!
Berikut adalah kaedah-kaedah yang Hijabista sarankan untuk anda cuba dirumah. Jadi sebelum anda membelanjakan duit untuk membeli seterika baru, cubalah teknik ini untuk membersihkan kesan hitam pada seterika. Seterika anda juga akan lebih cantik, bersih, berkilat dan tampak seperti seterika baharu. Selamat mencuba!
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebahagiaan buat ibu bapa apabila melihat langkah demi langkah dari kecil hingga dewasa anak mereka kian berjaya. Tangisan gembira pula menjadi bukti tanda syukur mereka yang susah di gambarkan.
Sekali lagi Rozita Che Wan bangga dengan kejayaan yang di peroleh oleh anak sulungnya pula dengan Ijazah Sarjana Muda Berganda (Double degree). Che Ta kini double happy dengan kedua anaknya yang peroleh double degree.
Sekali lagi Che Ta berkongsi kejayaan anak sulungnya, Ammar Effendy, menamatkan pelajarannya dengan Ijazah Sarjana Muda Berganda (double degree). Kelihatan dia sangat bersyukur apabila teruja untuk berkongsi di laman Instagram miliknya itu.
Rozita binti Abu Bakar atau gemar di kenali sebagai Che Ta tidak sahaja memuat naik posting bersahaja, malah, dia juga menukilkan kejayaan anak-anaknya itu mempunyai kisahnya tersendiri. Cukup buat titipan semua bahawa Che Ta bersusah payah untuk memberikan yang terbaik buat pendidikan anak-anaknya.
“Allahamdulillah syukur 🤲 Allah bagi saya anak- anak yg cerdik dan mudah utk saya bela,
“12 tahun masa jadi “single mom” dlm kepala otak cuma ada azam nak besaqkan anak2 dan bagi yg terbaik ja utk depa ! tk dak langsung pikiaq utk diqi seniqi !” katanya.
Pelakon dan usahawan terkenal itu berjaya memberikan didikan yang terbaik buat anak-anaknya meski pun dia pernah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal selama 12 tahun. Tetapi kisahnya itu di kongsikan sebagai pembakar semangat buat dirinya serta mereka yang mengikuti perkembangannya di Instagram.
“depa dpt masuk MRSM , lepaih tu upgrade masuk KYS then dpt straight A’s , masuk TAYLOR’s University,
“utk kami yg income tk tetap masa tu nak bayaq fees KYS perghhhhhh mencanak jgk la caqi duit ! tapi Allah permudahkan segalanya 🤲.”
Che Ta juga mengambil kesempatan ini untuk menceritakan bagaimana perjalanan ringkas pendidikan kedua anak bujangnya itu. Ternyata mereka berdua seorang pelajar pintar yang sekaligus merangkul straight A’s dalam SPM.
Terdahulu pelakon berusia 49 tahun itu juga telah berkongsikan anak keduanya, Aniq Ezra, turut mendapat double degree dalam pelajarannya. Memang tak di sangkal lagi, kejayaan kedua-dua anaknya itu membuahkan hasil atas pengorbanannya selama ini. Tahniah di ucapkan buat Aniq dan Ammar! Double happy mak hangpa!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.