Dalam keadaan pandemik Covid 19 sekarang ini memerlukan kita memakai pelitup muka jika mahu keluar ke mana-mana. Keadaan ini tentunya membuatkan sesetengah orang mengalami masalah jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka.

Keadaan menjadi bertambah teruk apabila seseorang itu perlu memakai pelitup muka sepanjang tempoh waktu bekerja. Sudah tentu kulit wajah lebih terdedah dengan masalah jerawat apatahlagi jika seseorang itu memiliki jenis kulit sensitif.

BAGAIMANA MENGAWAL JERAWAT PUNCA PELITUP MUKA

IKLAN

Bagaimana hendak mengawal masalah jerawat yang disebabkan oleh penggunaan pelitup muka untuk kulit berminyak.

1. Cuci muka pada waktu tengah hari. Sepanjang pagi hingga waktu tengah hari, kita sudah mengumpul pelbagai kotoran pada kulit termasuk sisa-sisa produk yang kita gunakan pada waktu pagi. Potensi untuk jerawat tumbuh akibat penyumbatan pori-pori dan bakteria adalah tinggi. Jadi, pastikan anda mencuci muka pada waktu tengah hari menggunakan produk pencuci muka yang lembut dan paling berkesan dengan anda.

IKLAN

2. Tukar pelitup muka. Untuk kulit berminyak yang cenderung berjerawat, tukarlah pelitup muka baru selepas waktu rehat tengah hari. Kotoran dan kuman yang ada pada pelitup muka boleh menyumbang kepada tumbuhnya jerawat.

3. Ringkaskan rutin. Kulit kita cenderung untuk lebih berminyak pada waktu tengah hari faktor cuaca panas, kenyang dan banyak bergerak. Jadi, kurangkan risiko penyumbatan pori dengan tidak menggunakan terlalu banyak produk. Sunscreen dan serum sahaja pun sudah cukup untuk rutin tengah harian.

IKLAN

4. Pakai BHA (Salicylic Acid). Pastikan pori-pori sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat dengan penggunaan produk yang ada BHA. BHA berupaya masuk ke dalam pori dan menguraikan kotoran-kotoran. Hasilnya, kulit kekal bersih, pori tidak tersumbat dan jerawat tidak mudah-mudah membiak. Seeloknya produk BHA yang dalam bentuk cecair (serum, toner), kerana ia tidak merimaskan kulit. Pakai pada waktu malam.

HIJABISTA: Jika anda jenis kuat berpeluh, elakkan daripada menggunakan satu pelitup muka untuk sepanjang hari. Ia bagi mengurangkan risiko kulit wajah ditumbuhi jerawat. 

Sumber kredit: Kanda Aziz

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI