Kaum Wanita Lebih Ramai Hadapi Masalah Selulit, Amalkan Rawatan Mudah Ini!

Share

Lebih kurang 85% hingga 90% kaum wanita yang berumur lebih dari 18 tahun
(selepas pubertasi) akan menghadapi masalah selulit (tidak kira sama ada sudah
bersalin atau tidak).

Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi
“gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di bahagian paha, punggung, pinggul
dan dada. Bagi lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang
tertumpu di perut dan dada.

Sumber gambar: Alite Laser

Selulit adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan penampilan kulit berlekuk yang disebabkan oleh lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit. Kadang-kala, kebanyakan orang akan keliru dengan selulit dan ‘stretch mark’. Selulit akan menyebabkan permukaan kulit tampak tidak rata dan berkedut seperti oren. ‘Stretch mark’ pula adalah garisan putih atau rekahan yang muncul pada peha, perut, lengan dan betis.

Sumber gambar: Gorgeous Girl

Selulit boleh diasingkan kepada tiga gred:

Gred 1 : tiada tanda atau gejala klinikal tetapi pemeriksaan mikroskopik yang dilakukan
pada sel-sel lapisan bawah kulit akan mengesan berlakunya perubahan anatomi
Gred 2 : kulit kelihatan pucat, mempunyai suhu yang lebih rendah dan kurang anjal di
samping perubahan anatomi yang dicatatkan di bawah pemeriksaan mikroskopik.
Gred 3 : kulit kelihatan kasar seperti kulit buah oren dengan semua tanda dalam Gred 2
sebelumnya.

Menurut Dr Christie Moey, Pakar Perubatan Estetik, Clique Clinic, selulit biasanya terjadi di
kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada kedua-dua jantina.
“Punca-punca selulit yang terbentuk tidak begitu jelas tetapi terdapat teori yang telah
dikemukakan, seperti selulit dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan dan tidak bersenam. Ramai berpendapat hormon seperti estrogen, insulin, noradrenalin, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentukan
selulit.

Rawatan efektif untuk hilangkan selulit.

Sumber gambar: Harpers Bazaar

Selulit tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Terdapat banyak produk, mesin dan krim yang
boleh rawat selulit tetapi tiada rawatan khusus yang terbukti keberkesanannya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara yang dibuktikan begitu efektif untuk
mengurangkan selulit dan melicinkan selulit seperti lasers (fractional CO2 laser, Picogenesis Cutera), radiofrequency (Sylfirm, Tixel), ultrasound (Ultherapy), suntikan (Rejuran, Ellanse, Radiesse, Belotero, PRP), subcission, dan sebagainya.
“Selulit bukanlah keadaan perubatan yang serius dan rawatan tidak perlu. Sebenarnya, ramai doktor menganggap selulit adalah kejadian biasa,” tambah Dr Christie.

Fakta tentang gejala selulit:

1. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan
selulit.
2. Ia biasanya berlaku di bahagian abdomen, kaki, peha dan kawasan pelvis dan
biasanya terbentuk selepas baling.
3. Selulit boleh berlaku mula dari umur 18 ke atas, tetapi selulit adalah lebih biasa
dengan penuaan, apabila kulit kehilangan keanjalanya.

Sumber gambar: Medical Wave

Cara-cara untuk elak dari mendapat selulit:

1.Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan
rendah lemak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mempunyai serat tinggi
2.Air putih juga dapat beri manfaat pada tubuh dengan memberi kelembapan pada kulit.
3.Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalkan berat badan yang diperlukan.
4.Kurangkan tekanan /stress.
5.Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat.

IKLAN