Banyak makanan yang membantu dalam penjagaan rahim. Antaranya ialah nenas. Nenas mengandungi enjim bromalin. Selain Nenas, betik juga elok diamalkan dan ia bagus untuk rahim. Ini kerana betik mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.

Selain itu, amalkan juga makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesterone. Amalkan juga makan keladi kerana ia ada sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai juga bagus kerana bahan-bahan ini ada kesan-kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyakkan juga makan sayur-sayuran khususnya yang berwarna hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, taugeh dan lain-lain.


.

Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga baik untuk menjaga rahim. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal dan buah naga. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk penjagaan rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.

IKLAN

Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi anti okidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari. Amalkan juga pengambilan suplement multivitamin, vitamin C (1GM) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari.


.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah/melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.

IKLAN


.

Bila sistem ini gagal akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang melalui pembedahan dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

IKLAN

Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

Ini antara amalan doa yang boleh diamalkan selain selawat dan zikir untuk menjaga rahim. Hafal dan amalkan.


.

Sumber: Facebook: Dr Hamid Arshat

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI