Usahawan dan ikon fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof meluahkan rasa terharunya dengan usaha petugas-petugas hospital yang bertungkus lumus melakukan tugas mereka bagi mengawal masalah virus covid-19 yang sedang menular ketika ini.
Bagi menghargai usaha mereka itu, beliau mewakili syarikat miliknya iaitu Fashion Valet telah menghadiahkan pendingin hawa mudah alih buat petugas-petugas hospital kerana memahami begitu peritnya bekerja dengan menggunakan sut khas tersebut.
Selepas mengetahui perkara hebat yang dilakukan oleh staf hospital dan sukarelawan, @fadzaanuar dan saya rasa kami perlu lakukan sesuatu. Saya cuba mengenal pasti apa yang mereka perlukan dan mengambil keputusan untuk menyumbang kepada mereka pendingin hawa mudah alih, di atas nama semua orang di Fashion Valet. Kesemua pendingin hawa itu telah pun dihantar ke Hospital Serdang dan InsyaAllah banyak lagi yang akan menyusul.
Ads
Kita juga sedang memikirkan cara untuk menyumbang kepada hospital lain juga yang sedang berusaha untuk membasmi covid-19 dan ramai nampaknya insan di Fashion Valet yang ingin membantu! Kita merungut betapa panasnya jika berada di luar rumah selama dua minit namun cuba kita bayangkan apa yang dilalui oleh staf di hospital yang terpaksa memakai sut satu badan. Terima kasih di atas segala yang telah anda lakukan untuk masyarakat. Sangat berbangga rasanya menjadi sebahagian daripada komuniti yang mengambil berat dan sayangkan di antara satu sama lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun cepat atau lambat bergantung kepada qadak dan qadar Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya. Perkongsian di laman sosial facebook oleh Nur Syuhada cukup memberi kesan kepada jiwa. Dia dan suami sama-sama berusaha untuk mendapatkan anak melalui kaedah rawatan IUI dan IVF. Perjalanan itu cukup mendebarkan dan akhirnya Allah masih belum mengurniakan anak kepada mereka. Tidak berputus asa sebaliknya akan terus berusaha memulakan perjalanan yang baru.
Ikuti perkongsiannya.
Alhamdulillah diberi peluang menjalani rawatan IVF sebulan yang lalu. Perjalanan dari Ipoh ke PPUM 2, 3 kali seminggu kami tempuhi demi usaha ini. Kepenatan & keletihan ditolak ke tepi. Sedikit pun tidak mengurangkan semangat kami. Tidak semudah yang disangka, setiap kali appoinment sangat mendebarkan. Untuk mengetahui perkembangan telur sama ada membesar atau tidak, ketebalan rahim ok atau tak. ivf boleh diteruskan atau tak.
Di hosp, berjumpa ramai kenalan, pengalaman dan perjalanan TTC saya, dengan keadaan bicornuate uterus,rahim terbentuk menjadi dua, berlainan daripada org lain, rupanya ada insan lain yg lebih kuat ujiannya, lebih hebat cabarannya namun lebih kuat semangatnya. Dari situ, syukur dan redha itu sentiasa dalam hati. En suami selalu ingatkan, jangan rasa down dan selalu sedih, tetapi terima bahawa saya merupakan insan terpilih dan istimewa kerana diberi pengalaman lain dari org lain. dulu, pernah dgr suami sembang dgn kawan dia, ‘isteri saya special, tak macam org lain, rahim ada dua’… ya Allah sebaknya.. tak pernah pertikaikan apa yg dah tertulis.. semangat yg dia bawa, saya amik sedikit demi sedikit.
Setiap pagi dan malam perlu injection sendiri, berpantang makan hanya homecook walaupun penat berulang alik ke hospital & sek tapi kami lalui dengan sangat positif. Kami buang jauh2 perasaan stress & negatif. Sentiasa ketawa & tersenyum. Pernah keluar dari mulut doc, very positive couple.
Ya berkat semangat itu, alhamdulillah telur yang dihasilkan membolehkan prosedur OPU (ovum pick up) diteruskan. Saya dibius, tapi sedar bila prosedur belum habis. Sakit? Yes sakit sangat. Hahahah. Doc terpaksa tambah dos ubat bius utk elakkan saya meronta semasa prosedur.
Alhamdulillah selesai dengan bilangan ovum yang agak banyak ET (embrio transfer) akan dijalankan hari ke3 selepas embrio berjaya disenyawakan. Tapi, malam sebelum ET, perut sangat sakit. Ya Allah sakit yang tak tertanggung.
Pagi sebelum ET, jumpa prof mukhri dan scan. Rupanya ovari membengkak disebabkan kebocoran darah dari ovari selepas OPU. Sebab itu perut terasa sakit yg amat sangat. Prof beri pilihan samada nak teruskan ET atau tangguh. Selepas berbincang, kami teruskan juga proses ET. Sebelum prosedur, embriologist tunjukkan embrio yg berjaya disenyawakan. yaa gred A. terbentuk dengan sempurna.
Alhamdulillah sebak rasanya bila dapat tengok embrio yang telah disenyawakan dalam screen. Kuatkan semangat, buang perasaan sakit, prosedur ET berjalan dengan lancar. Melihat sendiri embrio masuk melalui rahim, menitis juga air mata. Dalam hati, panjatkan doa semoga embrio dan rahim cukup kuat untuk menempel..
2minggu yang lebih mendebarkan sebelum ujian darah. Sakit perut semakin berkurang dari hari ke hari. Hanya bedrest dan dilayan bagai sang puteri. Hahahaha thank you so much en suami atas pengorbanan ini. Tak terbalas rasanya. Sob sob sob Thanks juga mak & bapak serta semua family. No phone, Al quran jadi peneman. Ajaibnya al-quran, doa yang diamalkan sebelum ini, terdapat pada helaian yg dibaca. Seolah Allah beritahu bahawa Dia sentiasa ada. Hebat. Sejak 1st injection bergantung harap dengan doa dan tanamkan reda apa sahaja ketentuan.
Tiada perubahan yang ketara cuma perut terasa cramp kadang kala. Nasib baik cuti sek seminggu.. buka sahaja sesi persekolahan isnin, ke sek seperti biasa. Thanks utk kata2 semangat drpd rakan2. Malam sebelum tidur, ada spotting darah. Dalam hati, ya Allah apa sahaja kemungkinan kami terima. Tepat jam 230am, ke toilet. Ya Allah, darah banyak keluar. Ternyata keputusan IVF kali ini tidak berjaya. Sedih, tapi tahan air mata. Suami terjaga, tanpa banyak soalan, dia peluk erat seakan sudah mengerti dan tiba2 air mata yg ditahan terlepas jua.
Darah semakin banyak, mengalir hingga ke lantai, perut semakin sakit, tapi gagahkan diri ke sek. Seperti ada seketul kecil yang keluar. Terjadinya peristiwa yg tak disangka. Overstress mungkin. Pengsan di sek tatkala sedang mengajar dlm kelas. Ternyata, saya punya rakan2 terbaik. Million thanks to all teachers & staff. Kalian sahabat terbaik pernah hadir dalam hidup saya dilayan seperti sebuah keluarga. Terharu. Ambulans bawa ke hosp kampar dan dirujuk ke pantai hospital memandangkan sudah biasa dgn rawatan drpd doc Jaya Balan.
2 hari admitted ward. Doc beri ubat bekukan darah sebab darah banyak hilang. Doc scan untuk pastikan rahim clear. Jika tidak, perlu d&c. Alhamdulillah, semakin sihat dan tak perlu d&c. Bedrest again.
Terasa bersalah sangat kerana buat semua risau. Husband, family & all my friends. All of them send me motivational text non stop. Bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti mereka dalam hidup.
Sekarang, sedaya upaya untuk jadi kuat, jadi tenang, jadi lebih positif. Semua yg berlaku ketentuan Allah yg terbaik dalam hidup kami. Kami akan sentiasa berusaha, berikhtiar dan tak kan sesekali give up. Kami tak akan persoal kenapa tidak berjaya. walaupun embrio gred yang terbaik, walau berjuta sperm yg aktif, walau ketebalan dinding rahim yang cantik, yang menjadikan semua itu hanya ketentuan Allah. Setakat sindiran dan komen sinis drpd segelintir hamba Allah, takkan berbekas dalam hati ini. InsyaAllah.. kerana ujian dan dugaan yang datang dlm hidup kami sangat mengajar kami erti bersyukur dan redha..
IVF may be the hardest thing yg pernah saya lakukan.. I accept the fact that it was not our rezeki yet. Inilah liku2 perjalanan ivf pertama kami. Pengalaman berharga dan tak ternilai. Selepas ini, kami akan mulakan perjalanan yg baru.
Doakan kami!
2012 bermulalah episod mengorek pengalaman insan senasib di alam maya.. maka lawatan pertama di LPPKN ipoh berjalan lancar. Ujian darah, sperm test dan HSG (urgh paling sakit ok macam mimpi ngeri Dan seperti yg dijangkakan, dapatan HSG ada masalah.. doc sarankan supaya laparascopy dijalankan bagi mengenal pasti kedudukan rahim lebih detail. disebabkan baru mula bekerja dan tiada simpanan yg banyak dalam bank, maka kami mengambil keputusan utk teruskan di hospital lain.. laparascopy dan hysterscopy dijalankan.. hasilnya saya mempunyai dua rahim. Laluan utk ke rahim kanan lebih kecil berbanding laluan ke rahim kiri. So saiz rahim yg lebih besar diperlukan. Yes kes yg jarang dijumpai. Saya dibekalkan clomid dan gonal-f. Berjumpa dengan ramai doc yg berlainan disebabkan doc pakar yg jalankan operation saya sangat2 diperlukan perkhidmatannya di hospital lain. 3 times iui namun keputusannya masih lagi hampa.. jun 2013, nov 2013, jan 2014.
Doc pernah menyatakan bahawa iui hanya 3 kali. Jika tidak berjaya maka rawatan ivf diperlukan.. kos mencecah belasan ribu ringgit biarpun di hospital kerajaan membuatkan kami berfikir panjang.. saya dan suami mula ke hospital lain utk bertanya pendapat doc lain.. dan kami mengambil keputusan untuk ke hospital swasta di ipoh memandangkan kos rawatan ivf tidak banyak beza dan hanya seorang doc yg akan saya berurusan. saya sangkakan pelangi yg bakal menjelma tetapi lain pula jadinya.. saya terpaksa melakukan sekali lagi laparascopy disebabkan cyst kembali membesar dan mengganggu proses penghasilan kilang telur. Walau diuji satu demi satu, kami tetap cekal dan bahagia tak pernah kurang. Selama rawatan di hospital, saya juga teruskan dengan rawatan alternatif. Berurut, darul syifa, makan makanan sunnah, suplement org beritahu apa sahaja semua kami cuba.
Dis 2015, cyst berjaya dikeluarkan. Bagai terhempas batu di kepala, dapatan doc berlainan. Rahim kanan yang lebih besar. Tidak perlu salahkan sesiapa mungkin sahaja ujian yg perlu saya harungi. Selepas beberapa bulan berehat, doc cadangkan agar iui dilakukan sekali lagi. Iui 4 pada sept 2016 menemui kegagalan. Saya teruskan dgn iui 5 pada jan 2017. Juga hampa.. kami berehat memandangkan banyak urusan kerja yg mesti diselesaikan.. selepas murid habis exam, saya kembali ke hospital. Doc cadangkan agar teruskan dgn ivf sahaja memandangkan 5 kali iui masih tiada sinar cahaya..
Namun kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan. Walaupun gagal, Nur Syuhada tetap merasai pengalaman berharga paling tidak ternilai.
Hijabista doakan semoga pasangan ini kuat menghadapi dugaan Tuhan. Kisah mereka menjadi inspiasi buat hijabi di luar sana. Walau apa sahaja yang dilakukan jangan cepat putus asa dan jangan sesekali menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bergelar public figure, setiap perkara yang dilakukan pasti menjadi perhatian dan ingin diketahui ramai terutama di kalangan peminat-peminat tegar.
Ini termasuklah mengingati tarikh-tarikh penting seperti anniversay dan birthday selebriti kegemaran mereka.
Hijabista senaraikan 10 selebriti jelita Malaysia yang bergelar ‘March babies’ tahun ini. Mana tahu, kebetulan ada antara selebriti-selebriti ini yang sama dengan tarikh lahir sis, kan?
ELFIRA LOY
Pelakon berusia 30 tahun ini dilahirkan pada 8 Mac 1994. Elfira kini ibu kepada sepasang cahaya mata yang sangat comel.
WAWA ZAINAL
Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik yang juga usahawan sukses Wawa Zainal. Wawa merupakan ibu kepada empat anak. Pada 12 Mac 2024 genaplah usia isteri kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini yang ke-32 tahun.
FARAH NABILAH
Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dengan rangkaian drama terbaharu, Farah Nabilah kini kelihatan semakin tenang dan bahagia bersama keluarga kecilnya. Mencecah usia 32 tahun pada 10 Mac 2024, ibu kepada dua cahaya mata ini kelihatan semakin berseri-seri.
EMMA MAEMBONG
Pelakon berketurunan Melayu-Scotland ini sememangnya memiliki kecantikan yang tersendiri pada usia 32 tahun. Dilahirkan pada 27 Mac 1992, Emma kini merupakan ibu kepada dua ‘hero’ yang sangat comel!
SITI SALEHA
Berusia 34 tahun, pelakon Siti Saleha tetap menawan dalam gayanya yang tersendiri. Pada 14 Mac 2024, genaplah usia Siti Saleha yang ke-34 tahun.
AZAR AZMI
Terdahulu, pelakon berbakat besar Azar Azmi yang dilahirkan pada 13 Mac 1989 ini merupakan seorang model. Azar juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010. Mac ini menjadi bulan istimewa buat Azar kerana bakal mencecah usia 35 tahun.
DATIN LISA SURIHANI
Sweet dan tenangnya apabila menatap wajah Datin Lisa Surihani. Pengacara dan pelakon berusia 38 tahun ini merupakan ibu kepada tiga cahayamata. Pelakon dan pengacara ini dilahirkaan pada 23 Mac 1986.
FASHA SANDHA
Pelakon yang juga isteri tercinta kepada Aidil Aziz ini nampak semakin glowing dan awet muda! Tahun ini, ibu kepada tiga cahaya mata ini bakal mencecah usia yang ke-40 tahun pada 28 Mac 2024.
NORA DANISH
Biarpun usia mencecah 42 tahun, wajah pelakon cantik ini tetap kelihatan baby face!
Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 dan kini ibu kepada dua anak.
ROZITA CHE WAN
Kalau tak berfesyen bukan Che Ta lah, kan? Pada usia 51 tahun, usahawan dan pelakon yang berasal dari Kedah ini masih menitikberatkan soal gaya dan kecantikan. Ibu kepada tiga cahaya mata ini dilahirkan pada 9 Mac 1973.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu adalah ratu hati dan penyeri dalam kehidupan anak-anak dan suami, tanpa figura seorang ibu maka pincanglah kehidupan sebuah institusi kekeluargaan itu.
Begitulah apa yang dirasakan oleh ‘content creator Tik Tok, Siti Hawa Sidek atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ain, apabila ibunya baru sahaja di jemput ilahi kerana menghidap barah tahap empat.
Memandangkan ada yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan ibunya meninggal dunia, Ain tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ain menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini dimana beliau turut berkongsi momen-momen akhir sebelum ibunya meninggal dunia.
“Syurga buatmu mama ❤,” tulis Ain ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Hijabista difahamkan bahawa mama merupakan antara ‘tulang belakang’ bagi Ain kerana ibunya itu sering menemani dirinya melakukan kandungan-kandungan lucu di laman TikTok sejak 2021 lagi.
Menurut Ain, meskipun dia sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika itu, kerana ibunya itu menghidap kanser tahap empat dan sudah terlalu lemah apabila dibawa ke hospital.
“Mama memang dah terbaring lemah, makan minum semua dah tak boleh masuk. Nak tak nak papa terpaksa panggil ambulans. Mama kemudian dimasukkan ke wad kecemasan zon merah.
“Doktor kemudian bagitahu Ain, kanser mama dah tahap empat yang sangat kritikal. Dia tak boleh bedah dan tak boleh buat apa-apa jadi dia akan buat untuk keselesaan mama je,” katanya.
Justeru, Doktor meminta agar Ain memaklumkan perkembangan ibunya itu kepada keluarga terdekat, kerana mama sudah semakin kritikal dan gusar sekiranya beliau tidak dapat bertahan lebih lama.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Ain terkilan adalah kerana dia tidak dapat bersama-sama mama ketika syurganya itu menghembuskan nafas terakhir.
Namun, Ain menyatakan dirinya redha walaupun terpaksa menelan sesalan terhadap apa yang telah berlaku dan berjanji akan selalu mengirimkan doa buat ibu tersayang.
“Korang yang kenal mama tolong doakan mama. Mama selalu hiburkan korang kan, korang doakan mama, baca al-Fatihah untuk mama,” ujar Ain.
Meninjau ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya memberikan sokongan penuh terhadap Ain dan turut sama merasai kesakitan kehilangan orang yang disayangi, selain mendoakan yang terbaik buat Ain.
“Salam takziah Ain.. Insya-Allah Ain akan jumpa mama dekat sana nanti kita semua akan pergi ke negeri abadi.
“Innalilahi wainnailaihi rojiun, I fans sangat sama mama Ain 😭
“Alfatihah buat mama Ain.. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” tulis wargamaya.
Sekadar info, Ain memaklumkan bahawa ibunya mengalami sesak nafas kronik dan sudah terlalu lemah sewaktu bapanya menghubungi ambulans untuk membawa ibunya ke hospital.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.