
Kalau tiada cecair pencuci berus mekap sebenarnya kita boleh sahaja guna baby shampoo.
Mesti ramai yang pakai mekap kat sini kan? Uzu percaya mesti ramai yang pakai berus mekap juga? Ye dak? Uzu dah lama beli set berus mekap ni tapi tak pernah cuci berus mekap. Hahahahahaahaha pengotor tak? Bukan ape, dulu just pakai berus blusher je dan berus kening je.. Yang lain tak pakai sangat..
Dalam 2 minggu ni uzu start pakai berus foundation . Sebab selalunya foundation uzu guna jari je.. Dap dap dap tapi leveh lah guna jari.. Nak p cuci bagai lagi dengan sabun.. So tu sebab uzu beli berus fondation masa kat bangkok tu haa.. Bila dah start pakai berus fondation ni, uzu terpaksa cuci semua berus-berus ni.. Ye lahh dah tak foundation kot.. Tak cuci berus jadi keras.. Lagi satu, tahu tak kenapa muka kita naik jerawat? Haaa sebab berus mekap ni korang tak reti cuci.. *uhukkkkkkk*
Actually, pencuci khas berus mekap susah nak cari tapi ada lah uzu terjumpa kat Sephora haa..Rasa macam mahal sangat nak beli pencuci berus mekap tu.. Better ko beli mekap lain kat Sephora tu ha.. So uzu pon google google camna cara cuci mekap guna benda lain.. Mostly cakap, cuci guna syampoo baby johnsons je ..
Berus yang belum dicuci..
CARA-CARA MEMBERSIHKAN BERUS MEKAP
1. Beli lah shampoo baby. Tak kisah jenis jenama.
2. Rendamkan sekejap dengan air panas suam suam sikit dalam 5-10 minit.. Lebih pun takpe..
3. Gentel-gentel lembut berus mekap korang satu persatu..
4. Siap dicuci !! Lap kan dengan kain .. dan tunggu kering 🙂
Senang kan? Opkos ramai yang dah tau cara ni.. Saja lah nak update pengalaman uzu yg pertama cuci berus mekap.. Lepas ni kena rajin tonyoh tonyoh berus mekap.. Kang jerawat naik.. Hehehe tq kepada yang membaca.. K bye Salam 🙂
Sumber: Uzu-Emas Putih II
Sherry Ibrahim & Didiyana Ehsan Kongsi Tip Penampilan Menarik, Elak Rambut Berbau Di Sebalik Hijab

Sebagai wanita berhijab yang sentiasa on the go, pastinya penampilan harus dititik beratkan. Bukan sahaja tampil cantik dari segi penggayaan busana, tetapi haruslah tampil cantik secara keseluruhan. Sayangnya kalau stail dah on point tetapi, rambut berbau dek penjagaan rambut yang tidak rapi.
Masalah bau kepam di sebalik hijab terjadi apabila wanita tidak mengeringkan rambut dengan baik. Apabila memakai hijab dengan rambut yang masih lembap, maka timbul bau tidak menyenangkan. Mungkin diri sendiri tidak perasan, tetapi orang sekeliling akan berasa tidak selesa. Bayangkan gaya dah menang, tapi berbau. It is a big no no!
Mengakui masalah rambut berbau bukan asing bagi wanita, dua figura popular dunia seni dan fesyen tanah air, Sherry Ibrahim dan Didiyana Ehsan berkongsi cerita ‘rambut’ mereka. Tampil berkongsi kisah berdama Hijabista, mereka memiliki pengalaman tersendiri tentang rambut yang berbau.
“Kalau untuk saya sendiri, cuci rambut setiap hari kerana apabila kita berhijab pastinya kulit kepala akan berpeluh. Tetapi bagi mereka yang tidak mahu mencuci rambut setiap hari, cucilah rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kemudian bila sudah cuci, pastikan keringkan rambut betul-betul.
“Jangan sesekali pakai tudung ketika rambut masih lagi basah, pilih syampu dan perapi yang bersesuai dengan keadaan rambut dan jangan lupa menggunakan serum rambut. Boleh pergi ke salun dan minta nasihat tentang perkara ini. Kalau nak tahu, bila dah berhijab, rutin penjagaan rambut akan menjadi lebih ekstra sebab rambut akan lebih terperap lama dan berpeluh,” ujar penata gaya hijab yang selesa dipanggil Didi ini.
Bagi Sherry Ibrahim pula, dia berpendapat yang penjagaan rambut adalah perkara penting yang perlu diutamakan wanita berhijab. Baginya, “Wanita perlu faham jenis rambut dan kulit kepala. Kita kena tahu jenis rambut barulah kita akan boleh beli produk yang bersesuaian untuk digunakan setiap hari. Produk rambut dan kulit kepala berbeza.
“Bagi mereka yang berhijab, saya saran agar melakukan rawatan sebulan sekali untuk rambut dan kulit kepala. Sebenarnya bila berhijab ni, banyak benda yang perlu kita jaga. Penjagaannya menjadi lebih banyak. Selain syampu, perapi gunakan juga tonik rambut. Lastly, jangan lupa keringkan rambut dengan baik sebelum pakai hijab. Rambut yang basah menimbulkan bau kepam yang kurang menyenangkan.”
Keringkan rambut #siapquickly
Jika dilihat daripada perkongsian dua figura popular ini, pengeringan yang tepat sangat penting dalam langkah penjagaan rambut. Jika behijab lebih perlu extra care apabila melakukan pengeringan. Mengambil langkah terbaik, mereka turut berkongsi mengenai pengering rambut Dyson Supersonic yang efektif untuk membantu hijabi di luar sana siap quickly.
“Saya suka Dyson Supersonic sebab pengawalan haba yang sangat bagus. Kalau sesiapa yang pernah produk ini dan produk pengering rambut lain, ada perbezaannya. Dyson Supersonic habanya boleh dikawal dengan baik dan sewaktu saya cuba ia tidak menyakitkan kulit kepala.
Bagi saya orang yang bertudung, semestinya produk ini harus dibeli sebab ia adalah satu pelaburan yang bagus, bahkan ia turut didatangkan dengan peralatan lain yang sangat best. Bukan sahaja untuk orang bertudung, orang tak pakai tudung pun boleh guna,” kongsinya tentang Dyson Supersonic.
Bagi Sherry pula, pengalamnnya menggunakan Dyson Supersonic sangat menyenangkan tambahan pula untuk wanita yang mahu siap quickly. Ujarnya, “Pengering rambut sangat penting sebab kita perlu mengeringkan rambut dengan baik sebelum mengenakan hijab. Kita bukannya hairstylist, jadi Dyson supersonic sangat best sebab ia cukup mudah digunakan, ringan dan senang dibawa untuk mengenbara.
“Dyson Supersonic ni tidak mengeluarkan haba yang terlalu panas, jadi sesuai untuk kesihatan rambut. Kadang-kadang kalau menggunakan pengering biasa haba yang terlalu panas merosakkan rambut dan kulit kepala. Perkara ini harus dititik beratkan. Pembelian produk Dyson Supersonic ini merupakan pelaburan yang bagus.”
Mendengar perkongsian dua hijabi popular ini, sangat penting untuk menjaga rambut dan kulit kepala biar pun berhijab. Dengan pengering rambut Dyson Supersonic, hijabi di luar sana boleh siap quickly tanpa sebarang masalah. Bersiap dengan pantas, rambut terjaga rapi dan tiada bau kepam biarpun seharian kepala terlindung di sebalik hijab.
Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, dihasilkan dengan objektif menjaga kulit kepala, Dyson Supersonic dilengkapi dengan pengalir angin mudah alih yang senang dipasang dan dicabut bagi memberikan pengaliran angin yang lebih lembut dan mengeringkan dengan cepat.
Maklumat lanjut mengenai Dyson Supersonic DI SINI
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tidak! Bahang El Nino Buat Solekan ‘Cair’! Ini 5 Tip Make Up Kekal ‘On Point’

Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan hijabi menjadi ‘cair’ meleleh, luntur, hingga menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, cakna berkenaan permasalahan ini, Hijabista tampil memberikan solusi dengan berkongsikan beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
1. Skin Preparation
Demi mendapat hasil solekan yang baik, mulakan dengan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah Hijabi. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
2. Jangan Lupa Primer
Di bawah cuaca terik, kita tidak bisa mencegah diri dari berpeluh. Area T-Zone dan bawah mata juga cenderung mengeluarkan lebih banyak minyak ketika panas. Oleh itu, primer akan membantu menjaga solekan agar kekal on-point!
Untuk mencegah soleka ‘cair’ di tengahari, aplikasikan primer sebelum foundation. Selain, membantu mengurangkan penampakkan liang pori dan meratakan warna kulit, primer juga berfungsi sebagai shield antara kulit dan solekan. Dengan begitu, peluh tidak akan berjaya mencemarkan solekan Hijabi.
Artikel Berkaitan: Palet Solekan Kotor Berdebu? Jom Lakukan ‘Spring Cleaning’ Sebelum Raya Ini!
3. WAJIB Pilih Foundation Ringan
Salah satu cara lagi untuk mengelakka. solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Hijabis mesti tak nak foundation menjadi melekit dan menampakkan garis halus ketika berpeluh kan?
Seterusnya, tambahkan sedikit bronzer, blusher, atau highlight, untuk melengkapkan penampilan dengan bedak tabur (loose powder). Selain memberikan hasil akhir yang halus, bedak tabur juga membantu menahan foundation agar kekal pada tempatnya, sekaligus mencegah solekan dari cair meski dipanah terik mentari.
4. Produk Waterproof Adalah Kuncinya!
Solekan pada bahagian mata juga adalah antara yang mudah terkesan jika anda berpeluh akibat cuaca panas. Jadi, untuk mencegah solekan mata menjadi luntur Hijabista mencadangkan agar anda memilih produk solekan yang kalis air (waterproof). Ini demikian kerana, formula waterproof ini sangat penting terutamanya bagi eyeliner dan maskara. Selain itu, penggunaan primer di kelopak mata sebelum melakukan solekan mata adalah antara teknik pentimg untuk membuatkan solekan mata lebih tahan lama.
Teknik khusus untuk mendapatkan solekan mata yang tahan lama adalah dengan melapiskan eye shadow powder di atas pencil liner. Anda juga boleh menggunakan blush on jenis cream dan diikuti blush on jenis serbuk dengan warna senada.
5. Akhir Sekali ‘Lock’ Solekan Dengan ‘Setting Spray’
Untuk benar-benar mengunci solekan pada tempatnya, jangan lupa spraykan wajah dengan sentuhan akhir setting spray. Produk ini membantu memberi lembapan ekstra pada kulit dan memastikan solekan kekal On-Point!
Sekarang, solekan anda akan kekal on-point meskipun cuaca panas!
Artikel Berkaitan: Solekan ‘Cacat’ Jika Salah Pilih Warna Gincu? Ini Cara Pilih Ikut Tona Kulit, ‘Confirm’ Naik Seri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
6 Tip Ini Untuk Elak HIDRASI & Jelmakan SERI Wajah Semulajadi, Tiada Lagi Wajah KUSAM & Tak Bermaya

Dewasa ini ramai hijabi yang berlumba-lumba untuk tampil cantik dan menawan. Setiap produk yang di jual di pasaran pasti akan dicapai untuk dicuba keberkesanannya. Namun tahukah anda, jika air di dalam badan tidak mencukupi boleh menyebabkan dehidrasi sehingga memberi efek pada kulit. Mana mungkin kulit tidak bermaya dan mengelupas tatkala mengoles solekan di wajah ? Ayuh, kita elak hidrasi bersama. Ada 6 cara boleh elak masalah ini dan membuatkan kulit kita kekal cantik secara semulajadi.
1. Air
Minum air dalam jumlah yang tepat. Dua liter atau lapan gelas sehari. Usah minum sekali gus! Bijak membahagikan kadar minuman untuk mendapatkan jumlah yang seimbang.

2. Tembikai
Tembikai dikatakan antara sumber makanan terbaik bagi mengelakkan hidrasi. Ia kaya dengan jus, sekurang-kurangnya mengandungi 90 peratus air lantas membantu menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

3. Air Kelapa
Air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan ‘potassium’ dan bebas lemak. Ia dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi.

4. Tidur Secukupnya
Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya cukup membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.

5. Elakkan Kafein
Kurangkan mengambil minuman berkafeina seperti kopi dan teh kerana ia bakal memberikan kesan sampingan. Misal contoh, kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga barangkali menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

6. Solekan
Gunakan solekan dengan bahan dasar air dan hindari daripada menggunakan bahan solekan dengan kadar minyak yang tinggi.
