Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
“Kita harus pandailah menggunakannya. Tapi yang paling normal adalah dengan berserah. Hari ini kalau tudung okay, okay. Kalau tidak reda sahajalah. “
Teringat dulu waktu zaman sekolah ada yang siap masukkan plastik ke dalam tudung supaya terletak cantik. Boleh ’emo’ seharian tau kalau tudung tak menjadi! Sis pula suka yang mana? Bawal atau selendang?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi mereka yang baru berhijab pasti agak sukar memilih hijab bersesuaian. Misalnya jika anda tersalah pilih akan menampakkan diri seperti memakai kain keras yang kejung dan menyebabkan penampilan sedikit cacat.
Namun usah risau, HIJABISTA senaraikan beberapa tip dan trik bagi mereka yang baru berhijab untuk nampak cantik dan menarik sepanjang hari. Ayuh, buat pilihan dengan betul hijab apa sesuai digayakan supaya penampilan tetap menyerlah walaupun pertama kali berhijab.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Fabrik yang mudah menyerap peluh seperti kain kapas dan kain bawal. Jangan memilih jenis satin kerana ia akan merosakkan penampilan anda ketika berpeluh. Namun, jika majlis diadakan di tempat yang berhawa dingin mungkin tidak salahnya untuk menggayakan apa sahaja jenis material hijab.
Hijab berona gelap dan kusam. Selain memberikan impak gaya yang kurang menarik, ia juga akan membuatkan akan berasa sedikit panas kerana faktor warnanya.
Untuk anda yang bertubuh sedikit besar, elakkan padanan corak berbunga besar untuk kombinasi hijab dan baju kurung. Apa kata anda gayakan busana kurung polos bersama hijab berbunga. ‘Less is more’.
4. Untuk mendapatkan penampilan yang lebih manis, pilih seleksi hijab berona pastel seperti merah jambu lembut, biru air dan juga kuning langsat.
6. Usah gentar untuk bergaya sedikit luar biasa. Dewasa ini, banyak koleksi hijab yang glamor dan ditaburi permata. Ayuh, kita gayakan.
7. Pilih aksesori hijab seperti kerongsang dan pin yang comel. Bagi hijab yang polos, anda digalakkan untuk menjadikan kerongsang sebagai hiasan, namun jika sarat dengan corak, tidak digalakkan untuk bergaya berlebihan. Kalung bib juga pelengkap riasan wajahmu…cubalah!
8. Usah terlalu motif sarat; terkadang ia tidak secocok dengan kita. Berpada-padalah dalam memilih motif hijab.
Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatil. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya ‘turban’ atau semi-‘turban’ untuk kelainan.
Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekali gus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. Sebaliknya, pilih stail hijab yang boleh membuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk hijab di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!