“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”

Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok filem. Stailkan?

Lebih teruk ada yang guna sampai keesokan harinya sewaktu tidur. Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh menyebabkan telinga jadi pekak?

Photo by Sound On from Pexels

 

Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi (alat audio, konsert & tempat kerja)

IKLAN

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.

TIP ELAK JADI PEKAK DI USIA MUDA

1️⃣ Elak penggunaan ‘earbud’

Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.

2️⃣ Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit

Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

 

IKLAN
3️⃣ Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan

Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.

Photo by Zoltan Tasi on Unsplash
4️⃣ Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh

Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.

5️⃣ Minimumkan Penggunaan Earphone

Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Takut pulak bila tahu kesan buruk penggunaan earphone ini. Tak mahulah muda-muda dah hilang pendengarankan. Okay, lepas ni kena pastikanlah tak menggunakannya lebih dari had waktu yang ditetapkan dan tak pasang terlalu kuat. Hargailah deria pendengaran kita.

IKLAN
Photo by Aaina Sharma on Unsplash

 

SUMBER: Dr. Ahmad Samhan, https://t.me/drsamhan

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI