Kalau dah namanya wanita, pastinya anda suka mengenakan solekan pada wajah walaupun sekadar menyapu pelembap bibir. Satu masalah yang sering dihadapi oleh para pencinta makeup ini adalah memilih foundation yang sesuai mengikut tona kulit.
Kadangkala, warna yang dibeli terlalu terang atau terlalu gelap. Lebih malang jika foundation yang dibeli sama sekali tidak mampu menutup kekurangan pada wajah anda.
Jangan pening hijabi! Hijabista memahami kekeliruan anda ketika membeli foundation. Jadi, ini 5 tip mudah yang boleh anda praktikkan sewaktu membeli foundation agar tidak tersalah pilih warna.
1. Sesuaikan Dengan Jenis & Tona Kulit
Pemilihan foundation tidak hanya terbatas dengan tona kulit sahaja. Anda juga harus memadankan foundation dengan jenis kulit anda.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kulit yang berminyak, lebih baik anda gunakan foundation yang bebas minyak atau oil-free. Berbeza jika anda mempunyai kulit yang kering, anda harus gunakan foundation yang memiliki kandungan pelembap.
IKLAN
2. Baca Review
Setelah anda tahu jenis dan warna foundation yang sesuai dengan anda, lebih baik jika anda baca review terlebih dahulu. Fungsinya adalah untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut.
Cara paling mudah untuk menentukan sama ada warna foundation tersebut benar-benar sesuai dengan kulit anda adalah dengan mencubanya. Kebiasannya, anda akan calitkan pada bahagian belakang tangan sedangkan sebenarnya warna tangan dan wajah itu jauh berbeza.
Untuk result yang lebih baik, cuba calitkan pada bahagian di antara leher dan dagu atau pada bahagian leher berhampiran telinga.
IKLAN
4. Cuba Di Bawah Cahaya Matahari
Kadangkala, cahaya lampu yang ada di kedai makeup terlalu terang dan kuat sehingga warna foundation kelihatan lebih terang daripada yang sepatutnya. Lebih baik anda keluar daripada kedai dan lihat di bawah cahaya matahari sama ada ia sesuai atau tidak dengan warna kulit anda.
5. Minta Sample
Jika anda masih ada keraguan untuk membeli foundation tersebut, minta sahaja sample pada jurukedai tersebut. Jika sesuai, barulah anda boleh beli botol yang besar.
Ada orang mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan kulit wajah yang berjerawat. Tetapi ada juga yang mengambil masa tak sampai sebulan untuk menyelasaikan masalah kulit wajah ini.
Perkongsian wanita ini Sabrina Shuhaimi di laman sosial memberitahu cara serta produk digunakan sebagai rutin penjagaan wajah dan berjaya menghilangkan jerawat tak sampai sebulan.
Menurutnya sebelum itu jerawat naik agak teruk ketika dirinya berada di awal kehamilan hingga waktunya untuk bersalin. Keadaan ini menyebabkan dirinya rasa down hingga rasa hilang keyakinan untuk berjumpa orang lain.
Akhirnya setelah mengkaji semua penyakit kulit yang dialami terdahulu, dia berjaya menemukan produk bersesuaian dengan rutin penjagaan yang betul.
INI PRODUK & RUTIN PENJAGAAN MUKA YANG SAB GUNA UTK HILANGKAN #JERAWAT TAK SAMPAI SEBULAN!
Kalau korang tak pernah ikut status Sab, meh nak cerita. Jerawat Sab naik teruk yakmat sejak awal trimester preknen last year dan jadi makin teruk sampai ke hujung nak bersalin.
Kalini, bukan sebab salah produk macam 3 tahun lepas. Ok, malas nk cerita panjang bab down tahap cemana sumpah insecure gila nak jumpa orang. Dengan hidung kembang, jerawat penuh.
Tapi jauh lebih baik dari zaman breakout sebab produk dulu. Bila orang nampak takde pun yang hina ke apa. Ayat biasa,
“Alah takpe masa preknen je tu. Nanti lepas bersalin elok lah muka tu balik..,”
Terlalu di momok kan dengan ayat ‘NANTI LEPAS HABIS BERSALIN ELOK LAH!,’ maka Sab bayangkan lepas je baby keluar kulit akan terus ploles, leher akan terus putih.
Ala, macam cerita dayang senandung yang transform jadi putih melepak lepas bersalin tu. Malangnya, makin teruk!
Jadi, Sab study semula mengenai kulit dan susun semula rutin skincare. Hasilnya? Nahhhh jerawat timbul semua tak muncul dannnn parut makin pudar!
Ini rutin & produk yang Sab gunakan (produk dalam gambar). Ohhh ya. Kulit Sab jenis kombinasi tau! Ingat, apa pun yang serasi dengan orang lain tak semestinya serasi dengan kita.
Banyak kena bakar duit. Rezeki Sab first trial alhamdulilah semua bagi kesan positif!
So far kesan dia minimum. Yang ni harga agak mahal tapiii helpful untuk pudarkan dark circle! Suami Sab yang beli sebab dia kesian masa awal pantang Sab tak cukup tidur mata lebam gilaaa.
Korang pernah dengar double cleasing? Apa yang Sab dapati, bila start buat double cleansing ni muka memang rasa sangat bersih!
Pakai makeup atau tak, memang Sab akan buat double cleansing. Heimish ni, dia dalam bentuk solid. Nak guna amik sikit apply kat muka. Dia akan jadi minyak yang bersihkan muka kita.
Sumpah best!
Untuk malam, Sab ulang semua step yang sama macam siang dari cleanser sampai lahhh ke eye cream. Tak perlu sunblock ya malam! Kemudian, Sab gantikan yang di bawah
#SpotCream (Malam)
Brand : Mario Badescue Kat mana nak beli : Sephora
Benda ni mahal. Sebotol RM90. Tapiiiiiii memang serius membantu gila kecutkan jerawat tanpa tinggalkan kesan dengan SANGAT PANTAS!
2-3 hari dah kecut. Seriussss tak tipu. Tolong lah cuba. Benda ni tahan berbulan bulan. Kalau tahan 6 bulan lebih kurang berapa je spend kan?
Untuk yang ada masalah kulit muka, ikut je rutin skincare Sab cadangkan. Produk tu yang korang boleh adjust ikut kesesuaian. Apa pun memang kena study dan yang pasti keluar duit sikit.
Namunnn bagi Sab masih berbaloi sebab Sab tak perlu tunggu jumpa doktor jerawat dah hampir 90% pulih. Tinggal parut nipis je lagi.
Korang boleh follow jugak Syahira Farzana sebab Sab study jugak info info yang kak Shiro share! Ada certain produk yang Sab guna pun dari recomendation kak Shiro.
Thank you kak!
Oh yaa jangan lupa doa! Semua ni kehendak dan izin Allah. Sab doa setiap hari tak henti. Alhamdulilah Allah makbulkan.
+ Jaga makan. No oily food + Kurang kan makanan berasaskan susu + Air minimum 3 liter
Try lah ada masa sebelum ni raya ni. #Share & #Tag kengkawan korang. Ikut next posting, sebab Sab nak share banyak lagi tipsss untuk pulihkan kulit dengan pantas!
Baru lahhh selesa nak makeup bila kulit dan cantik. Road to glass skin! Ayuhhhh!
Bibir yang merah, sihat dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Tetapi, terdapat sesetengah wanita mengalami masalah bibir hitam.
Tentunya anda malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, aktiviti seharian yang kita lakukan juga boleh membawa kepada masalah ini.
Ketahui 7 kesalahan kecil yang anda boleh hindari supaya bibir tidak hitam.
1. Guna Produk Yang Salah
Sebaiknya, hindari daripada memakai produk kosmetik yang murah kerana kualitinya yang agak meragukan. Jangan sesekali memakai gincu bibir yang sudah tamat tempoh. Bibir bukan sahaja rosak, malah boleh jadi hitam dan pecah-pecah.
2. Gaya Hidup
Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh membawa kepada masalah ini. Contohnya seperti perbuatan merokok . Biasakan minum air putih dan makan sayuran serta buah-buahan okay!
3. Kurang Air
Kekurangan air akan membuatkan bibir kering dan pecah-pecah, akhirnya menjadi hitam. Perbuatan menjilat bibir juga perlu dihindari kerana ia akan membuat bibir menjadi lebih kering.
4. Alahan
Kadangkala, bibir boleh menjadi hitam kerana alergi dengan sesuatu. Contohnya, ubat gigi yang anda gunakan. Hanya anda yang tahu tahap alergi anda kerana setiap orang berbeza-beza.
5. Kafein
Diakui bahawa mengambil kafein seperti kopi akan membuatkan anda kembali segar. Tetapi, jangan ambil secara berlebihan. Kafein boleh menyebabkan bibir anda hitam dengan lebih cepat.
6. Tidak Menjaga Bibir Dengan Baik
Bibir merupakan satu bahagian yang sensitif. Jadi, anda harus merawatnya dengan berhati-hati. Gunakan pelembap bibir serta skrub bibir untuk mendapatkan bibir yang lebih sihat dan tidak hitam.
7. Pendedahan Sinaran Matahari Berlebihan
Seperti yang anda sedia maklum, kulit akan menjadi tidak sihat sekiranya terkena matahari terlalu lama. Salah satunya juga akan membuat bibir menjadi hitam. jadi, gunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF agar bibir tidak hitam.
Jika anda pernah melakukan semua perkara ini atau salah satu daripada kesalahan ini, hentikan segera. Dengan cara ini barulah anda dapat merawat bibir dengan baik.
Rambut itu sememangnya mahkota setiap wanita. Bila sahaja rambut tak sihat, mood kita juga boleh terjejas hingga hilang keyakinan diri. Don’t worry sis! Sementara belum melarat, masih sempat lagi kita berusaha dan berikhtiar bagi menyihatkan kembali rambut kita.
Di Facebook, Nur Qyna telah menyenaraikan pilihan syampu terbaik yang telah dicubanya apabila rambutnya keguguran teruk dahulu. Untuk hijabi yang mengalami masalah yang sama, ini adalah panduan lengkap buat anda!
Siapa rasa rambut gugur teruk or rasa mcm dah botak. Aku suggest try shampoo ni ? Function teruk ♥️
Mana mana boyfriend yang awek selalu cakap rambut gugur, dah tak payah pening okay ?? Bagi je pakai shampoo ni, confirm elok. Cuba lah, mana tahu okay kan ? tapi aku dah try, results cun habisss ????????
Ni aku senaraikan shampoo ikut warna. Korang beli ikut masalah rambut korang ☺️ Aku attach gambar sekali bagi clear. Boleh cari kat watson. Sebab aku beli kat watson ?
1. Argan Oil Morocco ( warna biru) Untuk membaiki rambut rosak
2. White strawberry and sweet mint ( warna pink) Ni untuk sesiapa yang takde masalah rambut. Just nak jaga keharmonian rambut tu je. Boleh lah pakai yang ini. ?
3. Arabica coffee fruit ( Warna maroon) Ni pulak untuk yang rambut dah nipis dan nak rambut tu tebal
4. Golden Morringa oil ( Warna Gold) Ni untuk rambut kering yang tak bermaya mcm mayat and melembutkan rambut tu semula
5. Rosemary and Herbs ( Warna Purple Cair) Yang ni pulak untuk bagi kelembapan dan tak kan keringkan rambut
6. Passion flowers and rice milk ( Warna dark purple) Untuk suburkan rambut yang kurang nutrients
7. White grapefruit & mosa mint ( warna orange) Untuk rambut nipis dan tebalkan rambut
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.