Secara purata, manusia kentut sebanyak 4 kali sehari. Oleh itu, kentut bukan perkara yang memalukan, sebaliknya orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang pelik.

Punca kentut berlaku disebabkan oleh gas yang terhasil ketika proses penghadaman makanan. Kentut dibebaskan dengan tekanan kuat atau perlahan baik dengan bunyi kedengaran atau sebaliknya.

Dalam kebanyakan budaya, kentut di depan umum dianggap memalukan. Seseorang cenderung untuk cuba menahan melepasakan kentut ketika berada dalam kumpulan, atau cuba menyembunyikan bunyi dan bau kentut yang dilepaskan.

Ketika mengunyah, kita bukan saja menelan makanan, bahkan turut menelan udara. Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali lalu terdapat dua cara gas ini dikeluarkan iaitu sendawa melalui mulut atau pun kentut.

IKLAN

Namun bagaimana pula jika kita terlalu kerap kentut? Berikut perkongsian Dieyaamolek

Selalunya ketika bangun pagi, mesti anda akan terus terkentut bukan? Buang angin terlalu kerap sampai tidak boleh hendak dikawal. Jika hendak diikutkan tiada masalah sakit perut dan angin pun tiada bau. ⠀

Jangan bimbang. Ia normal untuk semua orang. Adakalanya banyak kali dalam sehari. Kadang-kadang bila tidak kentut dalam sehari, boleh jadi risau pula kita.

IKLAN


Kentut juga salah satu proses penghadaman dan cara mengeluarkan angin dalam badan. Angin atau gas yg terkandung dalam badan kita biasanya daripada apa yang kita makan dan minum. Gas-gas lain pula dari sistem pencernaan kita.⠀

Namun itu tidak semestinya kita mesti ‘hentikan’ kentut. Walau bagaimanapun anda boleh mengurangkan kekerapan kentut supaya ianya boleh dikawal.

Jom ikut tip ini mana tahu boleh kurangkan irama angin korang⠀

1. MAKAN DENGAN PERLAHAN⠀

Kunyah makanan dengan cermat dan perlahan-lahan. Cuba tukar tabiat mengunyah makanan yang cepat itu kerana apabila kita mengunyah dengan cepat, perbuatan ini boleh membawa lebih banyak angin dalam badan. Elakkan juga makan ketika memandu dan berjalan.⠀⠀

IKLAN

2. KURANGKAN MINUMAN BERGAS

Seperti yang kita ketahui air berkarbonat memang mengandungi gas yang banyak. Oleh itu sila jauhkan terus dari air berkarbonat dan gantikan dengan air kosong, teh atau jus bebas gula. ⠀


3. BUANG AIR BESAR⠀

Ikhtiar untuk merawat sembelit yang anda alami. Apabila najis terlalu lama dalam usus, ia boleh menghasilkan gas yang berbau. Bukan itu sahaja, keadaan ini juga boleh menyebabkan keadaan jadi tidak selesa tapi bila kentut, terus buang angin yang BUSUK! Banyakkan minum air putih dan lebihkan makan buah-buahan dan sayura-sayuran.⠀

4. BERSENAM

Rajin-rajinkan lah diri untuk bersenam. Sebab dengan bersenam boleh membantu melancarkan proses pencernaan dengan lebih cepat dan efektif. Ketika bersenam juga boleh mengeluarkan angin lebihan dalam perut. Selepas makan, banyakkan berjalan untuk membantu proses penghadaman. Cubalah mana tahu berhasil kurangkan angin dalam badan.

HIJABISTA: Pemakanan yang sihat dan selalu bersenam menjadikan tubuh sihat dan cergas. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk beriadah walaupun hanya setengah jam sehari.

Sumber kredit: Dieyaamolek Top image: Photo by Brett Sayles from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI