Kalau Nak Slim Jangan Amik Nasi, Gula Dan Minyak, MENGARUT! Kata Dr. Say Shazril

Share

Pemakanan sihat lazimnya disebut sebagai diet seimbang. Ia mengandungi kombinasi pelbagai jenis hidangan berdasarkan piramid makanan yang boleh membekalkan semua zat diperlukan tubuh.

Menurut Pakar Dietetik Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Chiong Kai Ming, tidak kira kanak-kanak atau dewasa, tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang betul untuk mendapatkan keseimbangan dalam diet harian. Namun bagi mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan, ada perkara yang perlu diberi perhatian.

Berikut perkongsian Dr Shazril Shaharuddin

Kalau hendak kurus jangan ambil nasi, gula dan minyak. Biasa dengar larangan supaya elak kalau korang nak kuruskan badan? Maka korang pun tadah melolong tanpa mempersoalkan kenapa. Meh saya tanya balik, korang rasa korang boleh tahan tak, hidup tanpa nasi, gula dan minyak selama-lamanya? Kalau boleh mai dm nama, saya bagi gula sepaket free.

Tak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak. Yang bersalah sekarang adalah bila korang amik nasi, gula dan minyak MELEBIHI KEPERLUAN HARIAN BADAN. Nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak dan organ lain boleh berfungsi dengan baik. Minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin dan banyak lagi.

Macam mana nak tahu keperluan harian badan? Boleh google “daily calorie requirement” tapi kalau korang jenis nak mudah macam saya yang tak pernah kira kalori sepanjang hidup, ikut sahaja saranan @kementeriankesihatanmalaysia #sukusukuseparuh yakni suku nasi, suku lauk & separuh sayur2an+buah2an. Nk kurus pun biarlah sihat & seronok. Pantang itu ini mahu jadi macam saya suatu masa dahulu yakni “KOYAK aka MEROYAN”.

Diet Suku Suku Separuh (DSSS) Je Ke Boleh?

Saya tahu kat luar sana ada banyak jenis diet Atkin, Keto, Paleo, Polio, IF & banyak lagi. Persoalannya “boleh ke doc amalkan diet lain ke wajib DSSS je?”. Jawapannya boleh, bergantung APA AIM ANDA. Sekiranya aim anda nak kawin, nak naik pentas KLFW, nak photoshoot @maskulinmag by all means dipersilakan.

Cuma apa yang saya perati dengan kesemua diet ini ialah merek sangat SHORT TERM. Saya pernah cuba atkin, tahan sebulan dan cuba IF tahan 2 bulan. Lets be real peeps, Malaysia selain kaya dengan kontroversi politik dan Daie, kita juga kaya dengan makanan.

Dan apa yang saya perati sejak dua menjak ini, Malaysian (termasuk saya) dah pekak dengan nasihat “jaga pemakanan anda ya” maka azam saya dan bini tahun ini tak pom pam extreme hanyalah jaga portion dan go for REAL food.

Kalau korang tengok story saya bermula tahun ini, saya enjoy makan makanan macam tosai telur, lala masak butter coz lets be REALISTIC. Kita nak hidup lama (jika diizinkan) tak kan nak sekat itu ini, pantang itu ini, kira kalori itu ini. Enjoy our Malaysian food tapi berpada-padalah. Berhenti sebelum kenyang, itu sahaja.

Sumber kredit: Dr Shazril Shaharuddin

IKLAN