Setiap individu mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Rezeki ini luas pengertiannya. Ada rezeki yang datang dalam bentuk material, kesihatan, masa dan banyak lagi.

Ada sesetengah individu murah rezeki dan ada juga yang terasa seperti berat sahaja rezeki nak masuk. Mungkin ada silapnya di mana-mana.

Ada satu perkongsian di mana amalan solat Dhuha dan bersedekah akhirnya memberi kemudahan serta memurahkan rezekinya.

Ikuti perkongsiannya…

Salam korang. Kat sini aku nak share beberapa kisah hidup aku. Sorry kalau ayat aku macam tunggang langgang skit. Kat sini aku nak kongsi ngan korang betapa ajaibnya solat Dhuha dan sedekah dalam kita berusaha mencari rezeki.

Antara amalan yang aku nak share adalah setiap hari aku akan curi waktu untuk solat Dhuha dan aku akan cuba lazimkan bagi makan haiwan, macam kucing terbiar ke. Aku akan simpan makanan kucing dlm bekas kecil dan bagi makan kat mana-mana sahaja aku nampak kucing jalanan yang lapar.

Okay kat sini aku nak cerita beberapa perkara berkaitan rezeki yang aku alami:

Berjaya Dalam STPM

Masa aku nak exam STPM time tu aku diuji dengan parents masuk hospital. Memang kena berulang alik jaga parents kat hospital. Time tu dah final exam. Jujur memang aku tak sempat study sangat.

IKLAN

Malam esok tu nak exam baru last minute study tapi tu pun otak kosong je rasa. Masa jawab exam serius buka sahaja kertas soalan rasa nak menangis sebab aku langsung tak ingat apa-apa yang aku study. Yela study last minute kan. Aku hentam je jawab.

Habis je exam, aku cepat-cepat keluar dewan. Time tu sayu je hati bila terdengar kawan-kawan borak diorang happy yang diorang target keluar dalam exam, kira mcm boleh jawablah. Time tu aku dah down. Dalam hati asyik kata, habislah aku. Dahlah SPM dulu result dah teruk, mesti result STPM aku pun teruk jugak.

Habis sahaja exam sementara nk tunggu result, aku masih menjaga parent aku yang sakit. Tiap-tiap hari lepas solat Dhuha aku doa sungguh moga dapat keputusan cemerlang sebab aku nak masuk U.

Tiba je time result keluar, aku mcaam nak pengsan bila tau aku dapat 4A. Allahu sujud syukur aku dan berkat result cemerlang aku tu, aku dpaat biasiswa sepanjang pengajian aku kat U.

Bantu Kucing Sakit

Kisah kedua ni kisah aku beli ubat kat kucing jalanan yang aku jumpa. Masa tu aku tak tahan tengok dia sakit sangat walaupun masa pergi beli ubat tu duit aku memang dah tahap nazak. Tetapi aku tawakal sahaja janji kucing tu sihat.

IKLAN

Beli ubat kat klinik veterinar harga cecah RM60 lebih jugak, yang penah bawa kucing gi klinik tu taulah ubat kucing ni mahal dia kalah ubat manusia. Sekali sehari lepas tu aku dapat bantuan barang dapur dan duit belanja RM60. Nampak tak kalau kita sedekah Allah akan gantikan balik rezeki kita.

Jodoh Datang Tiba-Tiba

Kisah ketiga ni bab jodoh. Aku lepas abis belajar alhamdulilah dapat rezeki kerja. Ccuma bab jodoh ni aku risau jugak sebab rasa makin tua. Yela aku ni dahla tak reti kawan dengan orang lelaki. Tambahan pula aku selalu rendah diri sebab aku ni gemuk, hitam dan tak cantik.

Ada ke orang nak kat aku? Kadang-kadang jealous jugaklah bila kawan-kawan dok cerita diorang ada orang berkenan. Aku pula dari zaman sekolah, zaman U sampailah masuk alam kerja tak pernah bercinta. Ada orang minat lagilah tak pernah. Yela sebab tak cantik, siapalah nak minat, haha.

Tetapi aku selalu doa setiap kali Dhuha mohon Allah kurniakan jodoh aku dalam kalangan lelaki yang baik agama dia dan paling penting terima aku seadanya, tak pandang rupa.

IKLAN

Aku ingat lagi beberapa hari lepas aku doa tu, aku dapat mesej dari rakan sekerja aku. Dia bagitahu dah lama minat aku dan tengah berusaha kumpul duit untuk halalkan aku. Allahu sebak bila doa kita menjadi kenyataan.

Rezeki Datang Tanpa Disangka

Yang ni pula, aku perasan setiap kali aku ada teringin nak makan apa-apa dalam hati. Alhamdulilah dapat je tanpa aku perlu keluarkan duit. Contohnya ada time hari raya lepas aku teringin sangat nak makan ketupat palas dan laksa.

Masa tu lebih seminggu raya. Mana ada dah nak cari orang buat ketupat kan. Sekali petang tu ada sedara datang rumah bawakan aku bekal ketupat palas siap dengan satu tupperware laksa. Alhamdulillah rezeki.

Dan ada jugak time aku teringin nak makan bihun sup ayam. Time tu aku nak singgah beli masa balik kerja beli duit pun cukup-cukup nak isi minyak je. Elok je aku sampai rumah, time nak buka pagar jiran datang bagi bihun sup ayam.

Itu semua sebahagian je. Yang penting aku nak share kat sini. Ikhlaskan diri untuk solat Dhuha dan sedekah setiap hari. Sedekah kat manusia yang memerlukan, kat haiwan yang kelaparan.

InsyaAllah, Allah akan ganti balik rezeki dengan cara tak disangka-sangka.

Sumber: IIUM Confessions

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI