‘Kalau Macam Ni, Hari-Hari Nak Tengok TV!’- Netizen Teruja Apabila Siti Nurhaliza Jadi Pembaca Berita

Share

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza telah diundang sebagai pembaca berita Komuniti Awani di saluran Astro Awani. Kehadirannya menarik perhatian kerana bicaranya yang mencairkan hati semua penonton.

Sememangnya netizen di Twitter dan Instagram berasa teruja dengan penampilannya yang disifatkan sangat istimewa. Manisnya Tok Ti!

Ujar Siti, nasib baiklah rancangan itu dilakukan secara rakaman dan bukan siaran langsung kerana beliau terlupa untuk memakai kanta lekap pada hari itu.

Kata netizen, kalau macam ni, hari-hari nak tengok berita!

kredit: twitter @IniAlannn, instagram @ctdk

IKLAN