Skrub adalah produk perawatan kulit wajah yang mempunyai biji-bijian kasar. Ia berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran, dan menghaluskan permukaan kulit.
Mungkin bagi sebilangan orang, membersihkan wajah dengan pencuci wajah sudah cukup untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan lembut. Sebenarnya dengan melakukan skrub wajah secara berkala iaitu seminggu sekali atau dua kali, impian untuk memiliki kulit wajah yang licin, bebas dari jerawat atau parut jerawat bukan lagi sekadar mimpi.
KEBAIKAN SKRUB WAJAH:
Mencerahkan kulit
Melakukan skrub wajah akan menjadikan wajah kelihatan lebih cerah dan membantu memudarkan parut jerawat.
Menjadikan kulit lebih tegang dan anjal
Skrub wajah juga amat membantu untuk mencegah penuaan pada kulit wajah. Jika anda melakukan skrub wajah secara konsisten, hasilnya kulit wajah bebas kedutan dan terhindar daripada bintik-bintik hitam pada wajah. Dengan cara itu,kulit wajah akan kelihatan lebih awet muda.
Menyingkirkan sel-sel kulit mati
Dengan melakukan skrub pada kulit wajah, sel-sel kulit mati akan terangkat. Secara tidak langsung ia menjadikan kulit bebas daripada mengalami masalah kulit. Setiap hari wajah kita akan menghasilkan sel-sel kulit mati yang jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan pori-pori tersumbat yang akhirnya membawa kepada masalah kulit yang lain, seperti bintik hitam dan juga jerawat.
Ternyata skrub wajah mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kulit wajah. Maka sebab itulah amat penting untuk anda memilih skrub wajah yang tepat. Mungkin masih ada yang masih keliru ketika memilih skrub St Ives ini. Memang skrub ini sudah lama berada di pasaran.
Skrub ini juga mudah di dapati di mana-mana drugstore. Skrub ini ada tiga jenis iaitu Green Tea dan dua jenis Apricot. Skrub Apricot blemish control dan skrub Apricot fresh skin adalah dua jenis skrub wajah yang berbeza. Penggunaannya tentulah berbeza.
St. Ives Apricot Scrub Blemish Control
Skrub Apricot Blemish Control mengandungi kandungan Salicylic Acid di mana salicylic acid ini boleh menghalang kulit daripada blackhead dan jerawat. Ia membersih ke dalam pori-pori jika hendak dibandingkan dengan Apricot fresh skin. Kandungan Salicylic Acid dalam skrub ini ialah 2%. Ianya sesuai elok untuk mereka yang sedang mengalami kulit berjerawat.
St. Ives Apricot Scrub Fresh Skin
Skrub Apricot Fresh Skin ini pula sesuai untuk mereka yang tiada masalah jerawat dan berkulit normal. Skrub jenis ini tidak mengandungi Salicylic Acid. Jadi skrub jenis ini sama sahaja dengan pencuci apricot yang lain kerana ia tidak fokus untuk merawat jerawat. Skrub jenis ini sesuai untuk deep cleansing skin (mencuci wajah dengan lebih berkesan). Penggunaan skrub ini secara berterusan mampu menjadikan kulit sihat dan berseri.
St.Ives Green Tea Scrub Blackhead Clearing
St.Ives Green Tea Scrub ini hanya ada 1% sahaja Salicylic Acid jika dibandingkan dengan St Ives Apricot Blemish Control yang ada 2%. Skrub jenis ini sesuai untuk mereka yang ingin menyingkirkan blackhead. Skrub ini juga sangat membantu untuk mencuci pori-pori pada kulit wajah daripada sisa-sisa minyak yang kotor. Selain itu skrub ini juga mampu meredakan bintik-bintik merah pada kulit wajah.
HIJABISTA: Bagi mereka yang sering melakukan perawatan skrub pada kulit wajah, kulit akan terasa lebih halus, tegang dan lebih cerah. Kulit juga terasa lebih segar bertenaga, tidak kusam dan lembap sentiasa.
Sumber kredit: Aznizan Yusof Top image: Photo by Polina Kovaleva from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI