Photo by Anna Shvets from Pexels Photo by Shiny Diamond from Pexels

Ramai daripada kita yang menyangkakan semakin lama kita memakai masker di wajah maka kesannya akan menjadi lebih baik. Oh tidak hijabi! Banyak kesan buruk sebenarnya yang akan terjadi jika kita mengamalkan cara yang salah ini.

Kesempatan bertemu dengan aktres dan jurusolek terkenal yang juga beauty influencers dari Korea Selatan iaitu Kim Ki Soo dan Kim Jung Min bagi mempromosikan rancangan Get It Beauty On The Road digunakan sebaiknya.

Bertanyakan kepada mereka mengenai penggunaan masker wajah, mereka mengakui ia merupakan suatu perkara penting untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Bukan apa, jika silap aturan memakainya, kulit kita bukan menjadi makin licin tapi akan menjadi yang sebaliknya.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

 

Pantangnya tak boleh lebih 15 minit !

Masker wajah sangat penting tapi jangan memakainya lebih dari 15 minit. Ada sesetengah kes di mana terdapat orang yang mempunyai terlalu banyak jerawat di wajah dan ianya berlaku kerana kulit terlalu over hydrating. Jerawat itu sebenarnya datang daripada penggunaan masker yang terlalu lama.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

Cuba bayangkan kasut anda sentiasa basah dan lembab, kaki anda pasti bengkak bukan kerana berada dalam keadaan basah yang terlalu lama. Jangkitan bakteria juga akan mudah datang. Samalah juga kisahnya dengan muka. Ianya akan membengkak dari dalam dan bukan hanya luaran kulit wajah jika memakai masker wajah terlalu lama. Konsepnya sama sahaja. Anda haruslah melakukannya mengikut waktu yang tepat. Ini adalah tip yang sangat penting!

IKLAN

Oleh itu sis, janganlah amalkan cara yang salah lagi ya. Sayangi dan jagalah kulit anda dengan sebaiknya!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI