Apabila usia semakin meningkat, pastinya wajah akan mula tampak berusia dan kedutan akan muncul pada wajah. Malah, stamina tubuh badan juga akan turut berkurangan disebabkan faktor umur meningkat. Bukan sahaja makan makanan yang berkhasiat mampu untuk menjadikan kamu awet muda, tetapi ada beberapa cara mahupun langkah yang dapat menjadikan rupa paras sentiasa awet muda dan tubuh badan sentiasa segar!

Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda semua langkah-langkah terbaik yang mudah dan bersifat secara semula jadi untuk memastikan anda kekal muda dan bertenaga!

1. Senaman yoga.

Sumber gambar: Do You Yoga

Pastinya ramai yang tahu tentang kebaikan senaman yoga bukan? Senaman yoga bukan sahaja memberi fleksibiliti kepada tubuh badan, malah ia memberi kesegaran kepada minda untuk mengurangkan bebanan pada tubuh badan. Oleh itu, anda disarankan untuk memulakan hari anda dengan senaman yoga yang banyak memberi kebaikan pada tubuh badan. Tidak perlu buntu untuk melakukan senaman yang lasak. Cukup sekadar regangan yoga di pagi hari yang dapat menenangkan otot-otot badan serta fikiran anda. Ambil masa diantara 30 hingga 45 minit untuk melakukan yoga. Antara kebaikan yoga yang kita ketahui ialah ia melancarkan saluran darah dalam badan serta meregangkan otot-otot dalam badan. Berbaloi sekiranya kamu melakukannya setiap hari supaya ia juga membantu kamu untuk tampak muda sentiasa! Jadi, inilah masa yang sesuai untuk melakukan senaman yoga yang menarik!

2. Menghirup udara pagi dan melihat kehijauan alam.

Sumber gambar: MG Grand Day Spa

IKLAN

Kajian mengatakan bahawa apabila seseorang melihat kehijauan alam, ia memberi rasa ketenagan yang tinggi dan sekali gus menjadikan wajah sentiasa tampak muda. Jadi, luangkan masa selama 5 hingga 10 minit selepas bangun pagi dengan menghirup udara segar dan melihat kehijauan alam! Cara ini secara tidak langsung akan memberikan ketenangan pada jiwa dan fikiran, dan menghilangkan kekusutan yang ada di minda. Apabila ruang minda kembali lapang, kesihatan badan akan terjamin dan menjadikan raut wajah tidak makan dek usia! Lakukannya di mana-mana sahaja yang anda selesa! Apa yang penting, pastikan lokasi itu mempunyai kehijauan alam yang indah!

3. Minum secawan kopi

Sumber gambar: Buzz Carribean

Siapa yang tidak suka dengan keenakan secawan kopi? Bukan hanya membero kesan kesegaran, malah kajian juga menyatakan bahawa minuman kopi dapat memberikan tubuh badan ketenangan walaupun bukan dalam tempoh yang lama. Namun, ia membantu untuk merehatkan sel-sel otak serta otot-otot badan dari bebadan kerja mahupun stres. Jadi tidak salah bukan sekiranya anda menjadikan secawan kopi sebagai minuman pagi anda sambil melihat pemandangan di luar rumah?

IKLAN

4. Mendengar lagu

Sumber gambar: Study Breaks Magazine

Siapa kata mendengar lagu hanya boleh didengari pada waktu malam atau terluang sahaja? Tahukah anda, mendengar lagu di pagi hari bukan sahaja dapat membuatkan fikiran anda melayang tanpa memikirkan sebarang masalah, namun ia memberikan ketenangan pada hati dan merehatkan tubuh badan. Luangkan selama 10-15 minit mendengar lagu kesukaan kamu. Untuk kesan yang baik, anda boleh cuba untuk mendengar jenis lagu yang perlahan ataupun melodi piano diiringi dengan bunyi deruan ombak. Tak percaya? Cuba cari Spotify dan lakukannya sekarang!

IKLAN

5. Membaca buku atau novel

Sumber gambar: Calm Moment

Seperti mendengar lagu, membaca buku ataupun novel juga dapat memberikan ketenangan pada diri serta membantu untuk menghilangkan rasa stres di minda. Cara ini membantu untuk menaikkan seri wajah apabila minda tidak kusut, dan tubuh tidak berasa berat. Pilih sahaja apa-apa jenis buku yang kamu minati, dan luangkan dalam 30 minit. Pasti kamu akan berasa lebih lega, aman dan segar!

Jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista Edisi Jawi sekarang! Pembelian boleh dilakukan di www.karangrafmall.com

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI