Mungkin anda bercadang untuk menurunkan berat badan namun anda keliru menu apakah yang sesuai untuk diambil. Sebenarnya telur antara sumber makanan yang sesuai diambil jika anda dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Amalkan diet sihat dan seimbang secara berterusan di samping mengamalkan gaya hidup sihat secara menyeluruh. Jaga pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal bagi memastikan berat badan kekal dalam julat normal.

Photo by Giordano Rossoni on Unsplash

Satu makanan yang wajib dimakan setiap hari untuk kurus dan sihat ialah telur. Berikut info dan fakta yang dikongsikan oleh Hafiz Sulaiman

FAKTA
*Telur mengenyangkan kerana lemak tinggi menyebabkan kenyang. 2-3 biji telur lebih kenyang berbanding 3 keping roti.

*Telur tidak meningkatkan gula darah. Bagus untuk diabestes. Bagus untuk kurus. Lulus keto cemerlang.

Photo by Burst from Pexels

*Telur beri tenaga lebih lama berbanding karbo/gula sebab telur lebih lambat serap masuk darah.

IKLAN

*Telur makanan padat nutrisi. Superfood. Protein, lemak kolesterol penting, antioksida zeaxanthin, choline, biotin, sulfur, vitA, vitD, vitB.

*Telur juga akan cantikkan kulit kerana tinggi lemak omega, tinggi sulfur yang akan boost antioksida glutathion. Lama-lama makan telur banyak, kulit jadi glowing. In Shaa Allah.

MITOS
*Telur tinggi lemak tepu bahaya untuk jantung. Banyak kajian menunjukkan lemak tepu telur baik untuk jantung.

IKLAN

*Telur tinggi kolesterol jadi strok dan sakit jantung. Garis panduan pemakanan USDA 2015 menyatakan tiada bukti saintifik kukuh.

*Telur sebabkan kolesterol rosakkan organ macam buah pinggang dan organ hati dakwaan langsung tidak berasas.

Photo by Louis Hansel @shotsoflouis on UnSplash

*Telur tinggi kolesterol jadi sebabkan badan penat dan tekanan darah tinggi. Sebab kolesterol? Ini tidak saintifik langsung.

*Selamat 3 butir seminggu saja. Itu syor lama yang berdasarkan garispanduan outdated (kolesterol bahaya). Jadi, tiada masalah makan telur hari-hari sebenarnya.

IKLAN

INFO TAMBAHAN
*Biasanya yang jadi ‘angin’ lepas makan telur ialah orang ada masalah sistem pencernaan atau alah telur. Biasa berlaku pada orang ekzema, asma, GERD, psoriasis, diabetes.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

*Jangan makan telur lama atau busuk. Telur lama ini tinggi histamin, yang akan berisiko sebabkan keradangan, alahan jadi teruk. Sakit kepala, cirit, loya, sakit gastrik dan muntah.

Jom, kita kurus dengan diet keto. Jom kita makan telur.

HIJABISTA: Jika berhajat untuk menurunkan berat badan, selain menjaga pemakanan, senaman juga perlu dilakukan. Apabila kedua-duanya digabungkan bersama maka usaha untuk menurunkan berat badan menjadi lebih mudah. 

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman Top image: Photo by Jenna Hamra from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI