Jerawat pasir yang tumbuh pada wajah pastinya membuatkan wajah terasa kasar. Semua orang mengimpikan kulit wajah yang cantik, tidak bermasalah dan cerah berseri. Namun tidak semua orang memiliki kulit wajah bersih tanpa cela.
Tidak dapat dinafikan, jerawat pasir akan menyebabkan solekan jadi tidak sekata dan kelihatan tidak rata. Cuaca negara kita yang panas dan kering memerlukan mereka yang bermasalah jerawat atau mempunyai kulit sensitif dalam melakukan aktiviti seharian perlu lebih peka dalamm soal penjagaan kulit wajah.
Berikut dikongsikan LIMA Punca Jerawat Pasir?
Perubahan hormon
Jerawat pasir yang kronik sering terjadi kepada remaja yang meningkat dewasa dan juga ibu hamil atau selepas mengandung.
Tekanan (stres)
Ada banyak research yang menghubungkan stres dengan jerawat. Perasan tak apabila musim peperiksaan, jerawat akan mula tumbuh di dahi dan juga dagu.
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Ubat-ubatan
Sesetengah jenis ubat mempunyai kesan sampingan dalam bentuk jerawat. Contoh yang popular adalah seperti beberapa jenis steroid.
Kebersihan
Tabiat tidak mencuci rambut dan wajah boleh menyebabkan kotoran dan minyak berlebihan tersumbat di liang pori. Ini menyebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan berlakunya jerawat!
Produk rambut
Terutamanya pada lelaki, jerawat di bahagian dahi adalah disebabkan oleh produk rambut seperti wax dan pomade. Apabila berpeluh, produk rambut ini akan cair dan meresap di dahi.
HIJABISTA: Pastikan anda membersihkan kulit wajah dengan sempurna. Jika anda seorang yang gemar memakai solekan, gunakan teknik double cleansing bagi memastikan solekan dapat dibersihkan dengan sempurna.
Sumber kredit: By Ayra Umayra Top image: Photo by cottonbro from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI