Sejak dahulu kita memang selalu perasan ada bintik jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu. Biasanya jerawat tumbuh kerana kedatangan haid atau terlalu stres. Namun situasi ini sebenarnya boleh mengundang bahaya yang tidak kita ketahui memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.

Kulit wajah bersih tanpa cacat cela sering menjadi ukuran pertama tahap kebersihan peribadi individu secara luaran. Jerawat adalah keadaan di mana ada bintik atau benjolan pada permukaan kulit akibat liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Photo by Jenna Hamra from Pexels

Jerawat antara masalah kulit yang biasa dialami setiap orang. Justeru penting bagi kita mengetahui punca bagaimana ia terjadi seterusnya membantu mengembalikan kesihatan kulit wajah.

Hati-hati kalau jerawat tumbuh di bahagian ini.

1. DAHI
Sebaik tahu ada Jerawat bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkir toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan hijau tanpa gula.

IKLAN

2. ZON-T
Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

3. SEKELILING MATA
Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidak seimbang sistem buah pinggang dan nyah hidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

IKLAN

4. PIPI
Bahagian atas : Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan ya itu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti Kobis, tauge dan labu.

Bahagian atas : Unitnya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

IKLAN

5. HIDUNG
Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

6. TELINGA
Deria ini bersambung terus dengan ogan buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. kurangkan pengambilan garam dan kafein.

7. DAGU
Jike ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang di ambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan adalam menu harian.

Sumber kredit: Ana Mahabu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI