Bila jerawat tumbuh pada wajah tentunya ia akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Kalau boleh 24 jam hendak membelek sahaja jerawat yang hinggap pada wajah sedangkan ‘kehadirannya’ langsung tidak pernah dialu-alukan.

Tutuplah dengan mekap yang tebal sekali pun namun jerawat tetap juga kelihatan. Lalu bagaimanakah caranya untuk mengecutkan jerawat dengan cepat? Sebenarnya selain ubat-ubatan yang boleh di farmasi dan drugstore, anda juga boleh mengamalkan penggunaan bahan semula jadi.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II tentang cara mudah untuk kecutkan jerawat menggunakan manjakani sebagai bahan utama. Seperti yang kita ketahui, manjakani bukan sahaja baik untuk dalaman wanita tetai juga bagus sebagai medium perawatan kecantikan wajah.

Pic: www.viva.co.id

Manjakani bukan sahaja bagus di rebus untuk kesihatan dalaman wanita namun sangat bagus kecutkan jerawat kat muka. Kalau rasa macam baru nak naik jer jerawat tu tepek dekat kawasan tu. Esok tak jadi ia nak naik.

Pic: Pinterest.com.mx

Sangat sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

IKLAN

BAHAN BAHAN: 
1 biji manjakani di tumbuk halus (Kalau  masih kasar boleh tapis ambil yang serbuk
halus sahaja)
1 sudu besar tepung kacang hijau

IKLAN

CARA BUAT: 
Kacau sebati serbuk manjakani bersama tepung kacang hijau yang ditambah sedikit air.

Pic: idntimes.com

CARA PAKAI: 
1. Boleh dijadikan scrub wajah
2. Boleh dijadikan masker wajah
3. Boleh juga skrub badan untuk hilangkan masalah jerawat di belakang badan dan punggung. Bagi yang inginkan kulit yang tegang boleh amalkan masker ini seminggu 2-3 kali waktu malam.

IKLAN

Selamat mencuba!

KHASIAT MANJAKANI:

  • Selain bagus untuk merawat jerawat, manjakani juga sesuai dijadikan lulur dan masker untuk merawat kulit wajah.
  • Sebagai penyembuh luka.
  • Untuk dalaman wanita.

KHASIAT KACANG HIJAU:

  • *Lulur untuk memutihkan kulit tubuh
  • *Masker untuk mencerahkan kulit wajah.
  • *Melancarkan pencernaan
  • *Mengawal berat badan

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II  Top image: pinterest.co.uk

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI