Masalah jerawat memang menjadi satu masalah yang paling tidak disukai oleh ramai orang. Tidak kira wanita atau pun lelaki, masalah jerawat hanya akan membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Kadang-kadang hendak tengok wajah di cermin pun tidak mahu.

Nak hilangkan jerawat memang mudah sahaja tapi ada caranya. Paling penting anda mesti tahu kenapa jerawat itu terjadi? Maka sebab itulah anda perlu mengenalpasti punca berlakunya masalah jerawat yang anda alami.

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu
Photo by Shiny Diamond fromm Pexels

Antara punca-punca masalah jerawat:
1) Masalah hormon tidak stabil.
2) Gemar makan makananan pedas dan berminyak.
3) Stress akan menyebabkan radang jerawat.
4) Penggunaan alat solek yang berlebihan dan tidak dicuci bersih.
5) Dan lain lain lagi penyebab.

Jerawat boleh dimatikan dengan mengamalkan bahan antioksidan yang terdapat di dalam strawberi dan campuran madu. Jom sama-sama kita cuba petua ini. Yang paling penting ianya mudah dan selamat.

BAHAN-BAHAN:

3 biji strawberi
1 sudu madu

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu

Ads

Strawberi adalah buah yang berkhasiat untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, menjaga kelembapan kuit, mencerahkan kulit dan juga menghilangkan bekas jerawat serta membantu meredakan radang jerawat.

Madu pula dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, membunuh jerawat kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria sehingga jerawat dan parutnya dapat dihilangkan.

KISAR BUAH STRAWBERI SEHINGGA LUMAT

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu

Ads

CAMPURKAN SATU SUDU MADU

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu

TUANG DI DALAM ICE TRAY UNTUK DIBEKUKAN DI DALAM PETI SEJUK

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu

Ads

BOLEH DIGUNAKAN SETIAP MALAM UNTUK KESAN TERBAIK

Jerawat Hilang Dengan Kiub Strawberi Campur Madu, Kulit Pun Jadi Lembut & Gebu

VIDEO PERKONGSIAN

HIJABISTA: Apa jua petua kecantikan yang ingin diamalkan mestilah dilakukan dengan disiplin, barulah mendapat hasil yang memuaskan hati.

Sumber kredit: Esyima Zamri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI