Tentu rasa tidak selesa apabila ada jerawat di belakang badan. Ditambah pula kulit gelap di bahagian belakang badan disebabkan parut jerawat.

Sebenarnya anda boleh mengamalkan lulur dengan menggunakan limau purut. Bukan sahaja jerawat dan parut jerawat hilang, kulit tubuh pun jadi makin cerah.

BUAT SENDIRI LULUR LIMAU PURUT

Banyak kegunaan limau purut. Bukan sahaja menjadi penyejuk tekak ketika dahaga tetapi juga limau purut amat sesuai dijadikan perawatan kecantikan. Buat mereka yang mengalami masalah jerawat di belakang badan, boleh cuba lulur buatan sendiri dengan menggunakan bahan asas limau purut.

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

1 biji limau purut hiris nipis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras

Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan banyak sangat air nanti cair. Selepas kisar,, tambah 1-2 sudu besar garam halus.  Bolehlah mula sental pada kulit badan. Amalkan seminggu 2 kali.

IKLAN

Jika konsisten diamalkan, kulit akan jadi cerah, celah peha, ketiak, punggung, belakang leher pun jadi cerah juga. Yang penting badan rasa segar bugar. Stres pun boleh hilang!

IKLAN

Kajian mengatakan ada beberapa asid yang terdapat dalam limau purut boleh membantu meneutralkan radikal bebas. Sebatian antioksidan juga memperlambat pemecahan sel dan meminimumkan penampilan kedutan, parut, serta jerawat.

Jadi, siapa ada jerawat belakang badan memang sesuai sangat la sental dengan lulur ini. Sememangnya limau purut banyak kegunaannya untuk perawatan kecantikan. Pokok pangkalnya mesti rajin. Barulah anda dapat keputusan seperti yang diidamkan.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI