Siapa yang tidak bimbang apabila melihat jerawat tumbuh di muka. Bukan kecil tetapi jenis besar dan bernanah. Jika dibiarkan akan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan.

Walaupun menggunakan pelbagai produk, sesetengahnya tidak serasi dengan jenis kulit. Lebih memburukkan keadaan apabila ia meninggalkan kesan kemerah-merahan.

Malu berhadapan orang ramai, pelbagai produk untuk menghilangkan jerawat, tetapi tidak berkesan sebaliknya kulit menjadi sensitif dan gatal.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa semua jerawat adalah sama sahaja sedangkan hakikatnya tidak. Penting untuk kita mengetahui jenis-jenis jerawat kerana ia membantu kita mengenal pasti punca tumbuhnya jerawat di samping memilih rawatan yang sesuai.

KENAL PASTI JENIS-JENIS JERAWAT DI WAJAH ANDA

Jerawat merupakan masalah yg pasti pernah dialami oleh hampir semua orang. Anda mesti pernah ada jerawat bukan? Kebiasaannya, masalah jerawat ni muncul apabila liang-liang pori tersumbat dengan minyak, kotoran dan sel kulit mati. Masalah jerawat nii juga boleh terjadi akibat persekitaran yg kurang bersih yg boleh mengakibatkan bakteria terlekat pada kulit wajah.

Jerawat ada banyak jenis jerawat seperti whitehead, blackhead, jerawat pasir dan macam-macam lagi.

Berikut dikongsikan jenis-jenis jerawat yang kita selalu alami.

1. Whitehead
Tidak dinafikan bahawa masalah whitehead memang merimaskan lagi-lagi di bahagian hidung! Whitehead selalunya berlaku akibat liang-liang pori tersumbat dan biasanya muncul di kawasan hidung, bawah bibir dan dahi! Sebab itulah pentingnya kita basuh muka dengan betul supaya minyak-minyak dan kotoran-kotoran degil hilang pada kulit wajah dan liang-liang pori tidak tersumbat.

2. Blackhead
Blackhead merupakan adik-beradik whitehead yang kebiasaannya muncul di bahagian hidung dan pipi. Dalam sesetengah kes, pengaruh hormon turut boleh menjadi salah satu faktor pertumbuhan blackhead selain menjadi akibat liang pori tersumbat. Ia mempunyai warna yang gelap dan lagi sukar untuk menghilangkannya berbanding whitehead. Blackhead tidak menimbulkan sebarang rasa sakit atau kemerehan seperti jerawat-jerawat lain.

IKLAN

3. Jerawat Pustula
Anda yang pernah mengalami masalah jerawat pustula yang timbul pada kulit wajah mesti tahu bukan betapa sakitnya jerawat ini, lagi-lagi kalau tumbuh pada bahagian atas mulut. Jerawat pustula ini wujud apabila pori-pori rambut yang tersumbat dengan kotoran-kotoran dari udara yang tidak bersih dan dijangkiti dengan bakteria. Sebab itulah terbentuknya nanah! Jadi jika anda mengalami jerawat ini, anda dinasihatkan supaya jangan picit ye! Bimbang kuman nanah itu akan merebak ke kawasan lain pula.

4. Jerawat Papula
Jerawat Papula ini merupakan jerawat yang tiada mata dan terbentuk di lapisan bawah kulit. Tiada nanah kelihatan dan jerawat ini mempunyai bentuk seperti gigitan nyamuk. Anda yang mengalami masalah jerawat jenis ini akan berasa gatal-gatal. Ingat ye! Jangan pandai-pandai picit jerawat anda tanpa kaedah yang betul. Ia boleh meninggalkan parut pada wajah.

5. Jerawat Nodul
Jerawat Nodul terbentuk di bawah permukaan kulit, saiznya lebih besar berbanding dengan jerawat jenis lain dan ianya bersifat lebih keras. Nanah tidak kelihatan pada permukaan luaran jerawat kerana ianya terbentuk daripada lapisan kulit yang sangat dalam. Jerawat ini akan mengakibatkan kesan yang kronik seperti parut yang gelap dan besar jika tidak dirawat dengan betul!

6. Jerawat Batu
Jerawat Batu merupakan jerawat yang paling teruk berbanding jerawat-jerawat yang lain. Ini adalah kerana penyumbatan pori oleh sel kulit mati yang mengakibatkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jangkitan ini pula terbentuk jauh ke dalam lapisan kulit. Jerawat ini juga mengandungi nanah dan cecair seperti lendir yang boleh merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dgn betul. Kebiasaannya, jerawat ini meninggalkan kesan parut. Ye! Hampir semua jerawat boleh meninggalkan parut.

Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat lazimnya berpunca daripada pori-pori yang tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jangkitan bakteria. Jerawat juga mudah merebak jika nanah atau cecair yang terhasil merebak ke kawasan kulit yang lain.

Sebab itulah pentingnya penjagaan kulit wajah kita untuk mengelak daripada pertumbuhan jerawat. Paling sakit jika kita mengalami masalah jerawat yang kronik seperti jerawat batu dan jerawat nodul. Kedua-dua jerawat ini akan meninggalkan kesan parut yang dalam dan gelap.

IKLAN

Jadi selepas ini harapnya anda rajin-rajinlah mencuci wajah dengan bersih. Penggunaan toner dan skrub juga sangat membantu untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat! Pastikan juga bahan-bahan yang terdapat dalam skincare bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.

Sebenarnya, kulit yang sihat dan cantik bermula dengan penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi kulkit wajah masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.

Hijabista kongsikan 7 amalan yang menjadi punca kulit menjadi kusam. Selepas ini anda yang boleh hindari daripada melakukan amaln-amalan ini ya!

1. Malas Membersihkan Wajah
Setelah seharian melakukan aktiviti di luar rumah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan wajah secara menyeluruh. Sebaiknya, lakukan double cleansing agar wajah benar-benar bersih daripada solekan. Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel pada wajah hingga menyebabkan wajah menjadi kusam dan berjerawat.

Tetapi, perlu anda ingat bahawa mencuci wajah dengan terlalu kerap juga tidak bagus kerana ia mampu menghilangkan minyak alami yang dihasilkan oleh kulit wajah. Jadi, cuci dalam 2 hingga 3 kali sehari.

IKLAN

2. Kurang Menggunakan Skrub
Membersihkan wajah sahaja tidak cukup. Anda juga perlu menggunakan skrub wajah untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah. Lakukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.

Selain itu, cari skrub wajah yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan menggosok kulit wajah dengan terlalu kasar. Takut terluka pula wajah anda.

3. Tidak Menggunakan Pelembap Secukupnya
Salah satu punca kulit kusam adalah kulit kurang terhidrat. Cara paling mudah untuk menghidrat kulit adalah dengan menggunakan pelembap. Paling penting, pilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau.

Cadangan kami, gunakan pelembap daripada bahan krim untuk kulit kombinasi dan berminyak. Manakala, untuk kulit kering sebaiknya gunakan pelembap berbahan gel.

4. Sering Tidur Lewat
Tidur yang cukup sangat penting hijabi!! Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Tidur anda juga harus berkualiti. Seeloknya, jauhkan diri daripada stress dan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur anda lebih nyenyak.

5. Produk Mekap
Cuba perhatikan produk serta peralatan makeup yang selalu anda gunakan. Anda lebih kenal kulit anda, jadi pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Peralatan makeup juga perlu dibersihkan dengan kerap agar kuman tidak menempel pada wajah anda.

6. Persekitaran Yang Kotor
Anda berada di luar rumah sepanjang hari dan pastinya wajah terkena sebarang pencemaran dan sinar matahari yang tidak elok untuk kulit. Pastikan anda menggunakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan.

7. Kurang Minum Air Putih
Jangan ambil mudah dengan khasiat air putih ya. Salah satu kebaikannya adalah dapat menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam. Oleh sebab itu, ambil mair putih 8 gelas sehari supaya tubuh kita menerima air yang secukupnya.

Sumber kredit: Meeracle Mieyza

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI