Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas melakukan solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu. Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
Ads
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
2. Memelihara Adab Tidur
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
Ads
3. Memenuhkan Dada Dengan Iman & Amal Soleh
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
4. Jauhi Perbuatan Maksiat
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah. Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
Ads
5. Ketahui Kesan Meninggalkan Solat Subuh
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi. Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas. Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Nawi, 69, menceritakan nasibnya yang sanggup menyertai cabutan bertuah di Karnibal Ekspresi @Finas yang telah berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Oktober lalu.
Katanya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan–sama ada kereta mahupun motosikal. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu, dia tidak dapat apa-apa ketika sesi cabutan bertuah itu.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Fauziah Nawi atau sering dipanggil Ibu Fauziah menceritakan cara untuk sertai cabutan bertuah itu. Walaupun tidak menang, dia akur dengan keadaan itu.
“Kalau nak dapat cabutan bertuah, kena beli barang berjumlah RM30. Saya beli dua barang tapi mereka bagi empat baucer cabutan. Saya cuba nasib kalau tak dapat kereta, dapat motosikal pun jadilah dan boleh jual,
“Malangnya saya tak dapat apa-apa. Selepas itu saya cerita kepada adik dan dia pujuk saya. Katanya Allah nak bagi yang lebih besar.” katanya.
Namun, kata-kata adiknya itu seolah-olah menjadi kenyataan apabila Ibu Fauziah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 sewaktu malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA) 2022 pada 30 Oktober lalu. Itu terjadi selepas beberapa hari dia sertai sesi cabutan bertuah di Finas itu.
Pengiktirafan itu menawarkan dia sejumlah hadiah yang yang lumayan. Hadiah yang diterima olehnya adalah berbentuk sebuah kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000, dan juga wang tunai RM10,000 serta trofi.
“Macam tak percaya pun ada. Saya tak pernah beli kereta besar macam ini. Paling besar pun kereta jenis Proton Waja pada 2007. Itu kereta terbaik yang saya ada,
“Semua kawan-kawan artis saya gembira dengan pemberian ini. Maknanya harapan untuk mereka pun ada (untuk dapat pengiktirafan serupa),
“Allah cakap kalau dah rezeki, kita tak perlu risau. Saya rasa dengan ini ada harapan untuk semua orang. Saya percaya kalau kita buat kerja betul lama-lama orang nampak.” ujarnya lagi.
Menurut Ibu Fauziah lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri sejurus kereta Proton Waja miliknya itu musnah akibat terbakar pada fius empat tahun lalu.
Terkejut team Hijabista mendengar perkhabaran tentang pemergian Jezmine Zaidan atau popular dikenali sebagai Jezmine Blossom dalam kalangan pencinta fesyen dan hijabi di Malaysia.
Figura fesyen yang satu ini antara individu yang sering menyumbang idea, busana dan juga penataan gaya kreatifnya tatkala Hijabista bermula sebagai sebuah majalah cetak khusus buat hijabi kira-kira 10 tahun lalu.
Jadi tidak hairan jika gayanya menjadi perhatian terutama hijabi yang mahu tampil berbeza.
Dalam satu hantaran di laman Facebook suaminya, Kay Ghazali, dia memaklumkan yang isterinya telah menghadap ilahi hari ini, Jumaat, 24 Jun 2022, kira-kira jam 3.30 pagi.
“Assalamualaikum semua. Di pagi Jumaat yg mulia ini mohon sedekahkan doa utk mengiringi arwah isteri saya Jezmine Zaidan yg telah menghembuskan nafas terakhir jam 3.30 pagi. Dengan ini saya memohon ampun dan maaf bagi pihak sekiranya beliau ada menyinggung perasaan sesiapa.
“Maafkanlah dia. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Innalillahiwainnlaillahirojiun,” tulisnya.
Allahyarhamah Jazmine sebelum ini sangat popular menerusi jenama fesyennya, The Old Blossom Box Store yang menampilkan gaya rekaan yang chic dan berwarna-warni. Selain itu, dia juga kini terkenal menerusi Yay Kid Store yang menjual pakaian buat kanak-kanak dan bayi.
Allahyarhamah meninggalkan suami dan juga dua orang cahaya mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Menurut sumber, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Islam Kg Melayu Subang.
Al-fatihah…
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.
Walaupun jarang kita melihat kaum wanita yang memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan namun itu tidak bererti mereka tiada dalam bidang ini.
Bagi Farah Nur Syifa, 20, dia pada awalnya memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal hanya sekadar kerja sambilan.
Namun, memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.
“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.
“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.
“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.
“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Selain itu, dia berasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.
“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.
“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.
“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan,” kata Fafa.
Di samping itu, rupa parasnya yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.
“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.
“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” kata pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...