Janganlah Geli Makan Sup Kaki Ayam, Boleh Boost Tenaga & Tambah Cecair Dalam Tubuh

Share

Tidak dapat dinafikan memang ada orang yang geli nak makan sup kaki ayam. Namun itu bukan bermakna hidangan sup kaki ayam tidak mendapat ‘sambutan hangat.”

Isinya yang lembut jika dibuat sup, kerabu atau masak kicap, bagi yang belum biasa makan hidangan yang berasaskan kaki ayam, bolehlah belajar-belajar makan ya.

Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh tubuh.

Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar

tentang kebaikan dan manfaat makan sup kaki ayam.

Mungkin bagi sesetengah orang, makan macam ini simple. Tak kenyang sangat.

Tapi nak tahu tak nutrisi dalam sup kaki ayam sihat ini berkepuk-kepuk.

Saya selalu pekena sup kaki ayam dengan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries.

Boleh tambah kentang untuk sumber karbohidrat. Memang cukup kenyang.

Sup kaki ayam dengan jujube ini boleh boost tenaga. Dapat naikkan jumlah liquid dalam tubuh. Kaki ayam ini ada tersembunyi kolagen bagus untuk kulit.

Kenapa jujube dengan goji berries yang menjadi pilihan hati?

Jika lihat dalam diet orang Cina, Taiwan dan Korea. Mereka kerap guna kurma merah dalam masakan.

Sebab ada 1001 khasiat dalam ini. Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.

Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting.

Cantikkan balik kulit yang terkesan akibat radikal bebas dan persekitaran

Biasanya kalau banyak duduk terperap dalam rumah. Tak terdedah kepada cahaya matahari lama-lama kulit jadi kusam.

Lebih lebih pada waktu pagi sebelum pukul 10. Matahari sedekah vitamin D untuk tumbuhan dan manusia. Tak kena bayar. Free.

Kulit jadi kering lebih lebih lagi bila lama duduk dalam aircond.

Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam-macam nama pula tu.

Photo by valeria-boltneva form Pexels.

Contoh nama saintifiknya ialah Lycium Barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.

Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan penyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.

Memang padu. Boleh cuba lepas ini.

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN