Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Usah menyindir suami kita jika dia hanya baca 3 Qul sahaja masa solat tarawih ini.
Lepas solat, salam, cium tangan dia dan ucap terima kasih padanya yang sudi imamkan solat tarawih. Itu yang sebaiknya.
Bahkan jika ada suami yang suruh isteri solat tarawih sendiri-sendiri kerana segan tidak hafal banyak surah, cakaplah pada suami dengan penuh hikmah,
“Abang. Saya tak kisah abang ulang baca ‘Qulhuallahu ahad’ pun dalam setiap rakaat. Saya tahu saya tidak berkahwin dengan Al Hafiz yang hafal semua surah.
Ads
Saya terima abang seadanya sepertimana abang terima saya. Cuma saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan abang. Jangan risau bang, bacaan surah apa pun sah asalkan ada Al Fatihah.”
Bisik begitu pada suami sebelum tidur, peluk dia dengan erat, InsyaAllah malam esok boleh solat berjemaah bersama.
TAK PERLU CANANG AIB SUAMI DI MEDIA SOSIAL
Ads
Rahsia kita laki bini, aib suami, aib isteri tak perlu canang pada media sosial. Tak perlu lah tag suami pada gambar kartun menunjukkan suami tidak tahu baca surah panjang.
Pada kita ianya gurauan. Namun dalam tak sedar orang yang memerhati memandang rendah pada suami kita bahkan memandang rendah pada kita yang tidak tahu menjaga aib suami.
Ads
Sokonglah suami sendiri. Walau macamana pun dia, dia tetap suami kalian yang melafazkan akad suatu ketika dahulu menerima kalian menjadi sebahagian bebanannya.
Seperti yang kita ketahui, doa itu adalah senjata umat Islam. Oleh itu jangan sesekali pernah jemu untuk berdoa. Antara doa-doa yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:
Doa Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!
Amalkan setiap hari
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ
Allahumma Inni As Aluka Al-‘Aafiyah.
Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata:
“Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku doa,” katanya.
Nabi (ﷺ) lalu berkata : “Wahai bapa saudaraku, bacalah:
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ
*Allahumma Inni As Aluka Al-‘Aafiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU ‘aafiyah).
Sekarang apa yang *’Aafiyah* ???
” *Aafiyah* bermaksud :
*Untuk* menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa”.
👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam *’Aafiyah*.
👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam *’Aafiyah*.
👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam *’Aafiyah*.
👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam *’Aafiyah*.
👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam *’Aafiyah*.
Jadi, pada asasnya *’Aafiyah* itu bermaksud :
“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan”.
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.
Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-
“Ya Rasulullah (ﷺ), doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar.”
Nabi (ﷺ) lalu berkata : “Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk *’Aafiyah*, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada *’Aafiyah*. Ia adalah satu do’a yang mudah namun terbaik.”
Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo’a.
“Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah *ENGKAU* menguji aku dan lain-lain yang berat.”
Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-‘Aafiyah*
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : ” *Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.*”
Sumber kredit: Majlis Ilmu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.
Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.”
– Hadis Riwayat Bukhari
Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.
Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.
Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram. Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
Surah al-Baqarah:261
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.
Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.
Jangan sesekali bimbang akan berkurangnya rezeki kerana memberi sedekah kepada orang lain. Sesungguhnya dengan bersedekah akan meluaskan dan membukakan pintu rezeki kepada kita. Sabda Baginda;
“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Sedekah juga merupakan amalan yang pahalanya berpanjangan sehingga meninggal dunia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
Seungguh indah dan ajaib amalan bersedekah ini sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa dengan bersedekah dapat memanjangkan umur pemberi sedekah itu.
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Hadis Riwayat Thabrani
Dengan bersedekah seikhlas hati dapat menyembuhkan penyakit-penyakit orang yang bersedekah itu, kerana sedekah itu dapat membersihkan hati dan fikiran. Namun semua itu adalah dengan izin Allah s.w.t. Baginda bersabda;
“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah.”
Sedekah juga sebagai penolak bala, musibah serta kejahatan terhadap pemberi sedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Sesungguhnya sangat besar ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.
Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan. Hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah bahkan menjauhkan punca rezeki. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa. Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!