Walaupun masalah rambut tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh namun ia tetap mencacatkan penampilan, harga diri, keyakinan dan emosi seseorang.

Tidak ramai menyedari penjagaan rambut sebenarnya sama penting dengan kulit wajah. Malah ramai menganggap penjagaan rambut cukup sekadar memastikan mahkota itu kelihatan ‘sihat’ pada mata kasar sahaja.

Faktor seperti tekanan, kekurangan khasiat pemakanan, cuaca dan penggunaan produk penjagaan rambut tidak sesuai menyebabkan lebih banyak masalah rambut.

Wanita bertudung juga tidak terlepas berdepan masalah rambut seperti gugur, kelemumur, kulit kepala gatal dan berbau walaupun ia ‘dilindungi’ sepanjang masa.

Ramai wanita sering mengabaikan penjagaan rambut dan memandang ringan masalah yang dihadapi bahkan ada yang menganggap kekurangan rambut boleh ditutup dengan hijab.

Sebenarnya rambut perlu dijaga bukan hanya tertumpu pada mereka yang tidak berhijab sahaja tetapi termasuklah wanita yang berhijab. Antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita berhijab ialah rambut kepam.

Berikut dikongsikan 10 cara yang boleh dilakukan bagi memastikan rambut kekal segar, bercahaya dan tidak kusam.

1. Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

IKLAN

2. Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda secara kasar.

3. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6. Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7. Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8. Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika terlalu kerap menyikat rambut, ia akan menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9. Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tidak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10. Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergigi jarang. Ia dapat membantu mengurangkan keguguran rambiut.

Rambut berbau kepam, hapak walaupun dicuci setiap hari? Masalah rambut kepam kerap dialami oleh wanita terutamanya wanita bertudung. Memandangkan rambut adalah mahkota seorang wanita, anda harus menjaga rambut agar sentiasa wangi. Jangan biarkan orang sekeliling anda perasan bau masam, kepam & hapak dari rambut anda!

PUNCA RAMBUT BERBAU KEPAM
1. BERPELUH: Mereka yang kuat berpeluh cenderung memiliki rambut berbau. Peluh yang berkumpul di kepala dan rambut jika anda sering mengikat rambut akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan membangkitkan bau kepam.
2. RAMBUT BASAH: Anda mencuci rambut dan terus mengikat rambut dalam keadaan basah tanpa mengeringkannya terlebih dahulu. Sama ada anda bertudung/tidak, keadaan rambut yang tidak kering akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
3. TIDAK DISYAMPU DAN SALAH SYAMPU: Ramai yang tidak menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut. Ketika rambut tidak dibersihkan, kotoran dan peluh yang berkumpul akan menimbulkan bau kepam. Jangan tinggalkan kesan syampu/perapi kerana ia boleh menyebabkan bau kepam, rambut gugur dan berkelemumur.

KESAN KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN:
1. Rasa tidak selesa
2. Kurang keyakinan diri

Rambut seperti juga wajah perlu dijaga dengan rapi. Rambut yang sihat dan cantik bermula dengan rutin penjagaan yang teratur.