Ramai yang beranggapan bahawa kurang tidur menjadi penyebab kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Sebenarnya, ia bermula daripada penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi kulit wajah masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.

Hakikatnya masalah kulit kusam bukan hanya disebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup. Terdapat beberapa faktor lain yang mungkin selama ini anda terlepas pandang atau pun anda mungkin tahu tapi tidak mempraktikkannya dalam kehidupan harian.

Photo by cottonbro from Pexels

KURANG MINUM AIR

Photo by Pixabay from Pexels

Sekiranya anda tidak minum air secukupnya, ia akan mempengaruhi kulit anda.
Minum banyak air akan membantu meningkatkan penghidratan dari bawah permukaan kulit anda. Selain itu, menggunakan serum wajah yang menghidratkan dapat membantu mengikat kelembapan ke lapisan atas kulit anda.

DEHIDRASI

Photo by Gabb Tapic from Pexels

Kulit yang kering akan mempercepatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perkara ini berlaku terutamanya ketika udara sejuk dan kering. Oleh itu pastikan anda memastikan yang kulit anda sentiasa lembap dengan cara minum air yang cukup serta memakai pelambap wajah dengan mencukupi.

IKLAN

KURANG PAKAI PELEMBAP WAJAH

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Pelembap wajah amat penting diaplikasikan pada kulit wajah. Ia bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan anjal. Jika anda tidak memakai pelembap wajah dan anda memiliki kulit jenis kering, ia boleh menjejaskan kesihatan kulit anda. Menggunakan pelembap dua kali sehari dapat membantu menghidrat kulit anda dan melindungi lapisan atasnya yang halus.

SEL-SEL KULIT MATI YANG TERKUMPUL KERANA JARANG BUAT SKRUB

IKLAN
Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Kulit anda secara semula jadi menghasilkan sel kulit mati secara berkala untuk memberi laluan kepada sel baru. Tetapi kadangkala sel kulit mati tidak keluar sebagaimana yang sepatutnya. Sebaliknya, ia terkumpul dipermukaan kulit anda. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kusam dan kelihatan tidak bermaya. Maka sebab itulah amat penting untuk anda melakukan skrub pada kulit wajah agar sel-sel kulit mati dapat disingkirkan.

GEJALA PENUAAN

Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Walaupun anda tidak dapat mengawal proses penuaan, anda boleh menggunakan rutin penjagaan kulit yang membantu memberi nutrisi dan penghidratan yang diperlukan oleh kulit anda untuk kekal sihat dan bertenaga. Oleh itu sebaiknya mulakan perawatan kulit wajah seawal yang mungkin bagi memastikan kulit wajah kekal terpelihara. Barulah anda kelihatan awet muda sentiasa.

IKLAN

KURANG TIDUR

Photo by ketut-subiyanto from Pexels

Ya! salah satu faktor mengapa kulit kelihatan kusam ialah kurang tidur. Jangan amalkan tidur lewat malam. Dapatkan waktu tidur yang cukup agar kulit wajah dapat ‘berehat’ pada waktu malam. Waktu malam juga merupakan proses pemulihan kulit. Jadi, jika anda kerap berjaga hingga lewat malam atau hingga ke awal pagi, hentikan tabiat buruk ini.

HIJABISTA: Kulit gelap yang terawat bakal terlihat lebih bercahaya daripada kulit putih yang kusam. Inilah yang biasa terjadi jika anda jarang menggunakan pelembap. Kulit yang kekurangan nutrisi akan memiliki rona kusam dan terlihat lebih gelap.

Top image: