Setiap hari anda akan menggunakan berus gigi untuk menjaga kesihatan mulut dan gosok gigi. Kalau berbau nanti kan malu. Kalau sakit lagi susahkan. Tahukah anda, terdapat beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai berus gigi yang anda perlu ambil tahu! Betul ke kalau pakai bekas penutup plastik berus gigi tu bersih?

Sumber gambar Google

Rupanya terdapat jutaan bakteria yang berada di dalam mulut kita. Cuma anda mungkin tidak menyedarinya. Menurut HelloDoktor, bakteria yang berada di dalam mulut manusia adalah sekurang-kurangnya 100 hingga 200 spesis bakteria. Ianya berada pada bila-bila masa. Jadi, keadaan mulut yang tidak digosok akan menjadi sangat kotor.

Sumber gambar Google

Jangan fikir kalau mulut rasa  bersih tu tak perlu untuk anda gosok. Tidak! Jika gigi kita tidak digosok, ia dianggap kotor seperti lantai bilik mandi. Jadi anda bayangkan jika anda berkongsikan apa-apa dengan orang yang tidak menggosok gigi. Geli bukan? Tahukah anda, berus gigi juga terdapat bakteria, iaitu lebih daripada 100 juta bakteria termasuklah dengan bakteria staphylococci dan E.Coli.

Artikel Berkaitan: Mahukan Nafas Segar? 8 Cara Mudah Ini Hilangkan Bau Mulut Malah Bau Durian Pun Hilang

IKLAN

Penutup plastik berus gigi tidak berguna langsung

Sumber gambar Google

Pasti anda akan memikirkan jika anda memakai penutup plastik pada berus gigi itu sudah menghalang berus gigi daripada kotoran. Akan tetapi hakikatnya menutup berus gigi anda daripada kotoran itu lebih cepat mendorong kepada pembiakan bakteria. Selain itu, jika anda meletak berus gigi bersama juga akan membuatkan bakteria boleh tersebar antara satu sama lain.

Tidak disarankan untuk meletak berus gigi berhampiran dengan kawasan pam atau aliran air.

Sumber gambar Google

Kebanyakan bilik mandi di Malaysia mempunyai ruang yang kecil. Jadi selalunya ia akan menyebabkan anda meletakkan berus gigi berdekatan dengan sinki atau tandas. Apabila anda mengepam tandas, ketahui la bakteria yang berada di tandas akan terperangkap dalam udara dan mendarat pada berus gigi anda. Ini sama seperti jika anda mencuci tanga. Bakteria yang ada pada tanfan akan tersebar terus kepada berus gigi anda. Jadi, jangan sesekali meletakkan berus gigi anda berdekatan dengan tempat mengepam atau aliran air kumbah.

Dilarang berkongsi berus gigi

Gambar Google

Pasti anda tidak tahu bahawa bakteria boleh hidup selama tiga ke lima hari pada berus gigi kita. Menurut Hellodoktor jika anda sakit dan menggunakan berus gigi, virus yang terdapat dalam berus itu akan hidup selama lima hari. Akan tetapi, ini bukan bermaksud anda akan berasa sakit semula sekiranya menggunakan berus tersebut. Sebaliknya jika anda jenis berkongsi ia akan menyebabkan virus dari berus gigi anda merebak kepada orang yang menggunakannya dan mereka akan jatuh sakit. Jadi, tak perlu nak berkongsi pun daripada awal!

IKLAN

Bilakah berus gigi saya perlu digantikan?

Sumber gambar Google

Artikel Berkaitan: Elak Mulut Berbau Ketika Berpuasa, Pakar Kongsi Jenis Makanan Yang Harus Dielakkan!

Pada dasarnya, berus gigi anda perlu ditukar selepas tiga atau empat bulan selepas penggunaannya. Akan tetapi, ramai yang tidak menyedari waktu mereka membeli berus gigi baru. Seeloknya, sebulan atau dua bulan pun sudah memadai. Lebih selamat dan korang tak perlu risau! Malah, berus gigi yang sudah haus juga tidak boleh bantu untuk melindungi kesihatan mulut anda.

IKLAN

Sumber: Hellodoktor!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=djBasHocr4Q&t=15s

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI