Bagi setiap wanita bahagian anggota tubuh badan yang paling diambil kita adalah di bahagian payudara dan juga punggung. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kedua-dua bahgian ini nampak cantik dan terletak. Bagi wanita mereka akan sedikit malu jika memiliki punggun besar kerana sering jadi tarikan lelaki, namun sebenarnya itu adalah salah satu aset yang perlu dibanggakan.

Dalam artikel melalui Berita Harian Online dalam ilmu perubatan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.

Jangan Malu Miliki Punggung Besar Kerana Disifatkan Sebagai Wanita Pintar & Boleh Elak Penyakit Berbahaya
Untung wanita yang miliki punggu besar.

Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.

Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.

“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes. Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.

Ads
Jangan Malu Miliki Punggung Besar Kerana Disifatkan Sebagai Wanita Pintar & Boleh Elak Penyakit Berbahaya
Prof Dr Konstantinos Manolopoulos – Sumber Foto: Twitter

Dr Konstantinos berkata, lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.

“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.

Ekstra Info

Makanan yang boleh membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan:

Ads

– Protein – Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.

– Karbohidrat – Beras coklat, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.

– Lemak – Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Jangan Malu Miliki Punggung Besar Kerana Disifatkan Sebagai Wanita Pintar & Boleh Elak Penyakit Berbahaya
Pengambilan oat untuk kekalkan otot yang baik.

Makanan membantu berat badan ideal:

Ads

– Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.

– Sayur-sayuran – Bayam, kailan, brokoli dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.

– Senaman – Rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik seperti squats, butt bridges dan lunges.

via GIPHY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI