Amalan skrub kulit tubuh menjadikan kulit kelihatan berseri dan apabila disentuh terasa begitu lembut. Kulit tubuh yang tidak diskrub akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jika terlalu sibuk, cubalah lakukan seminggu sekali. Anda akan nampak kesannya.

MEMBUANG SEL KULIT MATI
Kulit tubuh menghasilkan 50,000 sel kulit mati setiap minit. Untuk mencegah sel kulit mati dari menyumbatkan liang pori, maka sesuailah rawatan skrub badan dan lulur diamalkan untuk mencegah sel-sel kulit daripada terus menempel pada kulit tubuh.

Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, kulit akan nampak kusam, kering, warna kulit tidak sekata, gelap sana sini. Timbul juga masalah blackhead dan whitehead. Hanya dengan rawatan skrub, kulit badan akan terasa halus seperti bayi kerana biji halus serbuk skrub bukan sahaja mengangkat kotoran sahaja malah akan membuatkan kulit rasa segar dan lembut.

IKLAN
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

MENCERAHKAN KULIT SECARA BERTAHAP
Jika sekali rawatan, ia tidak akan dapat mencerahkan kulit 100%. Seeloknya dijadikan rutin 2 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik dan juga konsisten. Dan bagi wanita yang baru lepas bersalin, rawatan skrub dan lulur sangatlah sesuai untuk anda. Ia akan memberikan rasa segar dan rasa bersih.

MEMAKSIMUMKAN PENYERAPAN UNTUK KELEMBAPAN KULIT
Apabila kulit kita bersih selepas diskrub dan lulur, segala produk perawatan seperti losen dan sebagainya yang kita sapukan selepas rawatan skrub akan lebih mudah untuk diserap oleh kulit. Penyerapan nutriennya jadi lebih baik dan maksimum.

IKLAN
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels
Copy

MENCEGAH HYPER PIGMENTASI
Oleh kerana manfaat utama skrub badan ialah untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran, ianya juga mencegah pigmentasi pada tubuh. Hal ini kerana sel-sel kulit yang mati berjaya disingkirkan daripada kulit tubuh.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

MENGHALUSKAN KULIT
Kelebihan amalan melakukan skrub badan ialah untuk melembutkan kulit tubuh. Walau bagaimana pun, ia bergantung pada pemilihan serbuk skrub yang kita gunakan dan warna tona asal kulit tubuh kita.

IKLAN

HIJABISTA: Bagi mereka yang bekerja dalam bilik berhawa dingin, amalkan tabiat menyapu losen pada kaki dan tangan agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara.

Sumber kredit: Nurraysa.com Top image: Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI