Rutin penjagaan wajah pada waktu malam juga penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan hanya dijaga pada waktu siang sahaja. Ramai yang anggap penjagaan kulit pada waku malam adalah tidak penting.

No! Anda perlu tahu betapa pentingnya penjagaan kulit pada waktu malam agar wajah tidak rosak. Ini antara 5 perkara yang perlu anda hindari.

1. Tidak Membersihkan Solekan

Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Untuk Elak Kulit Muka Jadi Rosak

Ini merupakan satu kesalahan yang sering dilakukan. Memang malas mahu menanggalkan solekan pada wajah. tetapi, solekan yang menempel pada wajah akan membuatkan liang pori tersumbat. Akhirnya, wajah akan mudah ditumbuhi jerawat.

Sekurang-kurangnya, cuci muka anda menggunakan micellar water. Kemudian, gunakan pencuci muka dan diakhiri dengan toner.

Ads

2. Tidak Pakai Krim Mata

Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Untuk Elak Kulit Muka Jadi Rosak

Krim mata berfungsi untuk mencegah garisan-garisan halus pada sekitar mata. Tetapi, jangan samakan krim malam dengan krim mata ya. Anda harus gunakan krim khusus untuk mata jika anda mahu hasil yang maksimum.

3. Mandi Dengan Air Suam

Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Untuk Elak Kulit Muka Jadi Rosak

Ads

Pada waktu malam, memang seronok jika anda mandi menggunakan air suam. Tetapi tahukah anda bahawa kulit anda akan menjadi cepat kering dan bersisik jika anda selalu mandi dengan air suam. Lebih baik sekiranya anda mandi dengan air biasa agar kulit tetap lembap.

(Baca Juga: 6 Tip Awet Muda Tanpa Perlu Lakukan Sebarang Rawatan Wajah)

4. Biarkan Rambut Terurai

Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Untuk Elak Kulit Muka Jadi Rosak

Ads

Sekiranya anda masih belum mencuci rambut, jangan lupa untuk ikat rambut anda kerana rambut yang terkena pada wajah akan buat kulit mudah iritasi. Jadi, sebaiknya sepit rambut anda agar rambut tidak menyentuh kulit wajah anda.

5. Lupa Pakai Krim Malam

Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Untuk Elak Kulit Muka Jadi Rosak

Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan lembap pada keesokan pagi, jangan lupa untuk memakai krim malam sebelum anda tidur. Sapukan krim malam secara rata pada wajah dan leher anda ya!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI