Mask wajah sebenarnya ada banyak jenis antaranya clay mask, peel off mask, sleeping mask, dan sheet mask. Clay mask perlu dicuci, peel off mask pula hanya perlu tarik sahaja. Manakala bagi jenis sheet mask hanya perlu dipakai pada wajah dalam tempoh 15 minit hingga 20 minit.

Mask wajah berfungsi untuk menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih dalam berbanding krim biasa yang digunakan sehari-hari. Apabila bangun pagi, kulit wajah akan terasa lebih lembut, anjal dan licin.

Namun tahukah anda bahawa mask wajah jenis sheet mask tidak boleh dipakai dalam tempoh terlalu lama atau dibawa tidur hingga ke pagi? Berikut perkongsian lelaki ini.

PAKAI MASK SEMINGGU SEKALI

IKUT ARAHAN PENGGUNAAN

JANGAN BIAR MASK SAMPAI KERING

MASK BOLEH BERTUKAR JADI SPONGE APABILA DIPAKAI TERLALU LAMA 

IKLAN

PAKAI 20 MINIT DAH CUKUP

MASK SEPATUTNYA MEMULIHKAN KULIT WAJAH

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan tabiat memakai mask membawa hingga ke pagi atau membiarkan mask kering pada wajah, hentikan tabiat ini serta-merta. Sayangilah kulit wajah anda!

Berikut antara face sheet mask yang boleh anda tambah dalam senarai produk perawatan wajah anda.

IKLAN

Garnier Skin Naturals Serum Mask

Sheet mask yang sangat nipis ini diperkaya dengan serum yang mengandungi pelembap ini berupaya memberi penjagaan secara menyeluruh buat kulit wajah anda. Hanya dalam masa 15 minit sahaja, kulit wajah anda akan tampil sihat dan segar tanpa perlu melakukan rawatan kulit secara intensif. Terdapat 3 variasi face mask dari Garnier ini yang boleh dijadikan sebagai pilihan utama anda. Hydra Bomb – untuk kulit kering yang dehidrasi, Light Complete – untuk kulit kusam dan kurang glowing dan Sakura White – kulit tidak bermaya dan tampak keletihan.

Hada Labo Vitamin Face Mask (1pcs)

Face mask ini mengandungi 4 jenis asid Hyaluronik yang berbeza untuk memberi hidrasi dan lembapan serta membaikpulih kerosakan pada kulit dengan berkesan. Terdapat 3 variasi face mask boleh dipilih daripada jenama Hada Labo ini samada Vitamin C, E atau H yang mempunyai fungsi berbeza. Vitamin C dengan kandungan ekstrak Yuzu Seed untuk mencerah dan sekatakan tona kulit. Vitamin E pula mengandungi minyak Almond yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas. Manakala, Vitamin H dengan kandungan esen Japanese Soy Milk mengekalkan lembapan berpanjangan.

Nivea Extra White 3 in 1 Make Up Starter Whitening Pore Minimizer

IKLAN

Berfungsi 3-dalam-1, face mask daripada Nivea ini mampu mencerahkan kulit anda selepas beberapa kali anda memakainya. Ianya mempunyai 3 efek yang berlainan untuk kulit wajah seperti efek pencerahan yang bertindak untuk membaikpulih kerosakan dan menghapuskan kulit kusam serta menghilangkan bintik hitam dengan kandungan Vitamin B3 dan B5. Gliserin bertindak sebagai agen lembapan yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit. Manakala, efek toner pula melindungi kembali liang pori yang terbuka dengan melakukan pembersihan secara aktif. Kulit anda akan tampil awet muda!

The Face Shop Real Nature Face Mask (1pcs)

Bunga Calendula adalah bunga yang berkembang pada hari pertama setiap bulan. Face mask ini juga mengandungi bunga emas yang digelar ‘Marigold’ yang mewakili warna diraja dan digunakan sebagai wreathes pada zaman Greek Roman. Ianya mempunyai lubang udara untuk memudahkan kulit wajah anda bernafas semasa memakai face mask ini. Dengan memberi lembapan dan nutrisi tambahan buat kulit wajah anda, face mask ini dapat menenangkan kulit sambil melembutkannya. Yang penting, bebas paraben.

Innisfree It’s My Real Squeeze Mask Sheet (1pcs)

Sheet mask daripada Innisfree, salah satu rangkaian produk berjenama terkenal di Korea ini menawarkan rawatan kulit bermasalah serta garis halus untuk mengekalkan lembapan dan mencerahkan. Diperkaya dengan bahan-bahan Jeju Green Complex iaitu Jeju Green Tea, Tangerine, Cactus, daun Camellia dan Orchid. Sesuai untuk semua jenis kulit, ianya dapat mengembalikan keserian pada kulit wajah anda. Tiada lagi penampilan kulit kusam dan tidak bermaya. Anda akan kelihatan segar sepanjang masa.

Secret Nature Soothing Coconut Mask Sheet (1pcs)

Seperti yang anda ketahui, face mask lebih baik dipakai pada waktu malam terutamanya sebelum tidur. Tetapi pastikan anda mencuci kulit wajah terlebih dahulu bagi menghapuskan kotoran yang melekat pada liang pori. Ini kerana jika kulit wajah tidak bersih, keberkesanan face mask tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Face mask ini mengandungi ekstrak kelapa dengan Jeju Complex yang akan mengembalikan kesegaran pada wajah anda sambil melawan masalah kulit kusam dan keletihan. Wajah anda akan tampil segar dan bermaya.

Sumber kredit: Naufal Antezem  Top image: Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI