Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

TEKNIK-TEKNIK BERJALAN DENGAN BETUL

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkantahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.

*Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yanglain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

*Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.

*Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.

IKLAN

*Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur.Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.


.

*Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaranpada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkankelajuan.

IKLAN

*Sekiranya mampu, boleh gunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan iaakan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiaphari.

*Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kalidalam seminggu.

Walau bagaimanapun dalam satu kajian yang melibatkan 1000 peserta, pengkaji telah mengukur kelajuan setiap individu berjalan.

IKLAN


.

Pemeriksaan kesihatan, fizikal, scan (imbasan) otak, fungsi otak dan fungsi kognitif telah diperiksa.

Keputusannya, didapati individu yang berjalan perlahan memiliki tubuh badan yang tua. Paru paru, gigi lebih tua dan sistem imuniti yang lemah.

Menerusi kajian ini juga, pengkaji telah menghasilkan satu model prediction untuk menentukan tahap IQ seseorang berdasarkan kelajuan berjalan.

Anda masih berjalan perlahan? Mungkin ini masa untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Sumber: Public Health Malaysia dan Hospital Kuala Penyu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI