Bukan hanya wanita, kaum lelaki juga semestinya inginkan tubuh yang ‘fit’ dan sihat untuk tampil lebih berkeyakinan di khalayak ramai.

Pernah berat badan naik mendadak, pelakon yang pernah popular dengan watak Mazli dalam drama Oh My English! iaitu Zhafir Muzani atau lebih mesra disapa Zhaf berkongsikan kepada semua mengenai caranya untuk mendapatkan berat badan 57kg daripada 81kg dalam masa lebih kurang 8 bulan.

Perubahan yang berjaya dilakukan oleh Zhaf!

IKLAN

Sebelum itu, dia telah memberikan penjelasan dahulu pada semua yang cara ini mungkin sesuai untuk dirinya tetapi tidak pada orang lain. Dia juga telah melakukan kajian terlebih dahulu sebelum mengamalkan cara ini agar ia tidak menjejaskan kesihatannya.

Bila mulut sudah terbiasa mengunyah, pasti sukar untuk menukar tabiat itu. Oleh itu, amatlah penting untuk anda kentalkan hati dalam mengawal nafsu pemakanan anda!

Selain itu, Zhaf juga gemar melakukan aktiviti ‘workout’ bagi membina otot pada badannya. Jelasnya, motivasi kita akan teruji sewaktu melakukan ‘workout’. Menangis itu biasalah namun ia mungkin akan lebih mudah jika kita ada teman yang turut mahu sertai sama aktiviti ini.

IKLAN

Pernah cuba untuk menolak pengambilan gula sepenuhnya namun ia menjejaskan pula modnya. Oleh itu, dia cuba mengurangkan pengambilannya dan menggantikan dengan buah-buahan.

Jangan lupa minum air masak dengan secukupnya! Nak makan ‘fast food’ kalau mengidam tu boleh cuma kena berpada-padalah waktu menikmatinya.

IKLAN

Berilah waktu untuk badan rehat. Jangan terlalu asyik nak bersenam hingga abaikan waktu tidur yang berkualiti. Tak menjadi jugak nanti!

Walaupun banyak perkara yang perlu dikorbankan, anda janganlah sesekali mengalah! Kalau rasa lemah semangat, Ingat balik niat kita kenapa kita nak berubah pada awalnya.

kredit: twitter @zhafheybat

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI