Siapa yang tidak bimbang apabila melihat jerawat tumbuh di muka. Bukan kecil tetapi jenis besar dan bernanah. Jika dibiarkan akan meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Walaupun menggunakan pelbagai produk, sesetengahnya tidak serasi dengan jenis kulit. Lebih memburukkan keadaan apabila ia meninggalkan kesan kemerah-merahan.

Malu berhadapan orang ramai, pelbagai produk untuk menghilangkan jerawat, tetapi tidak berkesan sebaliknya kulit menjadi sensitif dan gatal. Sebenarnya ada cara untuk merawat jerawat dan parut jerawat.

Berikut perkongsian yang dipetik daripada Facebook Emma Nurraysa

TIP HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT HITAM JERAWAT:

Bila kulit dah cantik mesti kita nak hilang parut jerawat pulak kan jadi kali ni saya nak kongsi tips untuk hilangkan parut jerawat. Semoga perkongsian tips ini dapat bantu atasi masalah parut jerawat anda.

Cuci muka
Disarankan cuci muka 2@3 kali sehari. Untuk elakkan daripada kulit muka berminyak dan timbulnya jerawat yang tidak diundang. Dengan cara mencuci muka dapat memudarkan parut jerawat dan menghilangkan jerawat. Cuci muka dengan konsisten. Sebelum tidur malam wajib cuci muka. Cuci muka biar bersungguh bukan acuh tak acuh sahaja. Dengan cara itu, jerawat tidak berani munculkan diri.

Jangan sentuh dan picit jerawat
Yang ini memang pantang. Asal jerawat naik sahaja, gatal sahaja tangan hendak picit. Kononnya hendak bagi jerawat itu tidak naik lagi. Sebenarnya cara itu mengundang masalah. Apabila kita sentuh jerawat, secara automatik kita rasa geram hendak picit jerawat itu bukan. Betul tak? Lagi kita picit jerawat itu, parut jerawat lagi bertambah hitam. Dan susah hendak hilangkan. Jadi, jangan sesekali sentuh jerawat. Ingat ya!

Faktor makanan
Kalau hendak muka cantik dan bebas jerawat, mesti jaga pemakanan juga ya. Kalau tak jaga makan, semua makanan pun kita ‘bedal’ memanglah jerawat suka naik pada wajah. Kalau boleh cuba kurangkan makan makanan yang berminyak, yang pedas, dan berlemak. Ia mampu mengundang jerawat, kalau kita tak jaga. Ambil makanan yang banyak protein sebab ia mampu mengawal dan menstabilkan kulit muka kita supaya sihat dan segar sepanjang hari, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan.

Putih telur
Tip ini mampu untuk hilangkan parut jerawat. Guna putih telur ayam kampung yang paling terbaik. Cara guna, sapukan wajah dengan kapas muka yang direndam dengan putih telur 2 kali seminggu. Lakukan sebelum tidur. Hasilnya memang menakjubkan. Cubalah!

IKLAN

Air asam jawa
Gunakan pes asam jawa untuk lebih mudah. Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair, nanti susah hendak sapu pada parut jetawat. Buat 3 kali seminggu. Cara ini juga mampu untuk mengecutkan jerawat. In shaa Allah!

SETIAP JERAWAT TIDAK SAMA

Mungkin ada yang beranggapan bahawa semua jerawat adalah sama sahaja sedangkan hakikatnya tidak. Penting untuk kita mengetahui jenis-jenis jerawat kerana ia membantu kita mengenal pasti punca tumbuhnya jerawat di samping memilih rawatan yang sesuai.

KENAL PASTI JENIS-JENIS JERAWAT DI WAJAH ANDA

Jerawat merupakan masalah yg pasti pernah dialami oleh hampir semua orang. Anda mesti pernah ada jerawat bukan? Kebiasaannya, masalah jerawat ni muncul apabila liang-liang pori tersumbat dengan minyak, kotoran dan sel kulit mati. Masalah jerawat nii juga boleh terjadi akibat persekitaran yg kurang bersih yg boleh mengakibatkan bakteria terlekat pada kulit wajah.

Jerawat ada banyak jenis jerawat seperti whitehead, blackhead, jerawat pasir dan macam-macam lagi.

IKLAN

Berikut dikongsikan jenis-jenis jerawat yang kita selalu alami.

1. Whitehead
Tidak dinafikan bahawa masalah whitehead memang merimaskan lagi-lagi di bahagian hidung! Whitehead selalunya berlaku akibat liang-liang pori tersumbat dan biasanya muncul di kawasan hidung, bawah bibir dan dahi! Sebab itulah pentingnya kita basuh muka dengan betul supaya minyak-minyak dan kotoran-kotoran degil hilang pada kulit wajah dan liang-liang pori tidak tersumbat.

2. Blackhead
Blackhead merupakan adik-beradik whitehead yang kebiasaannya muncul di bahagian hidung dan pipi. Dalam sesetengah kes, pengaruh hormon turut boleh menjadi salah satu faktor pertumbuhan blackhead selain menjadi akibat liang pori tersumbat. Ia mempunyai warna yang gelap dan lagi sukar untuk menghilangkannya berbanding whitehead. Blackhead tidak menimbulkan sebarang rasa sakit atau kemerehan seperti jerawat-jerawat lain.

3. Jerawat Pustula
Anda yang pernah mengalami masalah jerawat pustula yang timbul pada kulit wajah mesti tahu bukan betapa sakitnya jerawat ini, lagi-lagi kalau tumbuh pada bahagian atas mulut. Jerawat pustula ini wujud apabila pori-pori rambut yang tersumbat dengan kotoran-kotoran dari udara yang tidak bersih dan dijangkiti dengan bakteria. Sebab itulah terbentuknya nanah! Jadi jika anda mengalami jerawat ini, anda dinasihatkan supaya jangan picit ye! Bimbang kuman nanah itu akan merebak ke kawasan lain pula.

4. Jerawat Papula
Jerawat Papula ini merupakan jerawat yang tiada mata dan terbentuk di lapisan bawah kulit. Tiada nanah kelihatan dan jerawat ini mempunyai bentuk seperti gigitan nyamuk. Anda yang mengalami masalah jerawat jenis ini akan berasa gatal-gatal. Ingat ye! Jangan pandai-pandai picit jerawat anda tanpa kaedah yang betul. Ia boleh meninggalkan parut pada wajah.

IKLAN

5. Jerawat Nodul
Jerawat Nodul terbentuk di bawah permukaan kulit, saiznya lebih besar berbanding dengan jerawat jenis lain dan ianya bersifat lebih keras. Nanah tidak kelihatan pada permukaan luaran jerawat kerana ianya terbentuk daripada lapisan kulit yang sangat dalam. Jerawat ini akan mengakibatkan kesan yang kronik seperti parut yang gelap dan besar jika tidak dirawat dengan betul!

6. Jerawat Batu
Jerawat Batu merupakan jerawat yang paling teruk berbanding jerawat-jerawat yang lain. Ini adalah kerana penyumbatan pori oleh sel kulit mati yang mengakibatkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jangkitan ini pula terbentuk jauh ke dalam lapisan kulit. Jerawat ini juga mengandungi nanah dan cecair seperti lendir yang boleh merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dgn betul. Kebiasaannya, jerawat ini meninggalkan kesan parut. Ye! Hampir semua jerawat boleh meninggalkan parut.

Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat lazimnya berpunca daripada pori-pori yang tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jangkitan bakteria. Jerawat juga mudah merebak jika nanah atau cecair yang terhasil merebak ke kawasan kulit yang lain.

Sebab itulah pentingnya penjagaan kulit wajah kita untuk mengelak daripada pertumbuhan jerawat. Paling sakit jika kita mengalami masalah jerawat yang kronik seperti jerawat batu dan jerawat nodul. Kedua-dua jerawat ini akan meninggalkan kesan parut yang dalam dan gelap.

Jadi selepas ini harapnya anda rajin-rajinlah mencuci wajah dengan bersih. Penggunaan toner dan skrub juga sangat membantu untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat! Pastikan juga bahan-bahan yang terdapat dalam skincare bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.

Sebenarnya, kulit yang sihat dan cantik bermula dengan penjagaan kulit secara teratur dan rapi. Sekiranya anda sudah menjaga kulit dengan sebaik mungkin tetapi kulit wajah masih nampak kusam, pasti ada kesalahan yang anda lakukan.

Sumber kredit: Emma Nurraysa dan Meeracle Mieyza

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI