Izreen Azminda Pilih Dress Moden Warna Putih Rai Majlis Persandingan Lepas Setahun Kahwin. So Sweet!

Share

Sudah hampir setahun pelakon Izreen Azminda bergelar isteri kepada pemuzik Ude Wahid. Walaupun kisah perkahwinannya cukup kontroversi dan jadi bualan sepanjang tahun, tetapi selebriti ini tetap tabah mengharungi dugaan. Dan sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, Izreen dan suaminya telah mengadakan majlis resepsi di sebuah villa mewah di Melaka. Memilih persalinan dress

 moden serba putih di majlis persandingan, memang cukup terserlah kejelitaan di wajah pelakon berbakat ini. 

Dengan solekan kemas serta hiasan pelamin berlatar belakang warna kuning diraja bagai sebuah singgah sana indah menjadikan pasangan ini kelihatan sama cantik sama padan.

Izreen yang berkahwin dengan Ude sekitar Ogos tahun lalu kelihatan cukup bahagia di samping suaminya yang juga segak mengenakan baju Melayu warna putih lengkap samping dan songkok.

Hijabista doakan semoga pasangan yang sangat viral di media sosial ini kekal bahagia till jannah.

Lagi Foto Eksklusif Sekitar Majlis Ini:

#1.

#2.

#3.

#4.

#5.

#6.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM IZREEN AZMINDA

IKLAN