Hari perkahwinan merupakan antara hari yang paling istimewa dalam hidup kita. Segala persiapan pastinya kita mahukan sempurna agar ia menjadi memori terindah dalam sejarah hidup. Gitu!
Busana pada hari itu mestilah kita mahukan yang lain daripada yang lain bukan? Mesti kita mahu kelihatan menyerlah daripada biasa. Oleh itu, pemilihan warna baju pengantin adalah sangat penting agar kita tidak ‘tenggelam’ dengan keadaan sekeliling.
Bunyi macam simple namun jangan sesekali kita ambil mudah tau. Nanti tetamu confuse pula mana satu pengantinnya?
Ads
Kombinasi dengan warna emas atau perak menambahkan kilauan pada penampilan.
Ads
Jika berkulit sawo matang, ini adalah warna yang perlu dielakkan!
Ingat ni sis semua. Jangan sesekali ambil ringan tau. Nanti menyesal pula. Buat yang bakal mendirikan masjid tidak lama lagi, moga dipermudahkan urusan anda dan pasangan! Amin.
Biarpun Covid-19 melanda, namun tak salah bukan jika kita mahu melaram di rumah sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Umum tahu, peningkatan kes Covid-19 membataskan pergerakan kita untuk berkunjung ke rumah mereka yang tercinta, tetapi apa kata kita bergaya sambil ‘ber-video call’ dengan mengikut tip dari penata fesyen terkenal, Faradinana mengenai gaya tudung menarik yang boleh digayakan sempena Syawal kali ini!
“Bagi Nana , penggayaan tudung yang kaum wanita harus tahu ialah perbezaan diantara shawl dan juga square scarf. Tudung jenis shawl amat sesuai kerana lebih mudah berbanding square scarf . Penggayaan nya lebih ringkas dan mudah.”
2. Bagaimana pula dengan lebaran tahun ini? Apakah gaya tudung yang sesuai digayakan untuk lebaran tahun ini dan mengapa?
“Umum tahu, sejak dari tahun lepas lagi kita menyambut hari raya puasa dengan keadaan yang serba sederhana. Jadi, lebaran tahun ini semestinya serba ringkas dan bersahaja. Gaya tudung yang sudah menjadi trend sekarang ialah square scarf. Penggayaan square scarf menjadikan gaya fesyen lebih elegan. Namun, square scarf kadang-kala agak mencabar untuk menggayakannya. Jadi, pemilihan material amatlah penting.”
3. Boleh kongsikan cara-cara untuk menghasilkan gaya tudung pilihan anda ini?
“This is my favourite look for raya! Simple dan hanya menggunakan satu pin sahaja.”
4. Mengenai penggayaan hijab ini, apakah jenis fabrik yang sesuai?
“Material yang tidak terlalu licin. Selalunya ialah satin silk. Kelebihan satin silk ialah berkilat dan akan tampak lebih mahal bila dipakai. Tetapi sekarang banyak cara untuk pakai material satin ini. Dari segi cara lipatan dan juga boleh pakai starch. Material yang saya cadangkan untuk mempercepatkan anda bersiap ialah material satin matte untuk square dan heavy chiffon untuk shawl.
5. Sebagai seorang penata gaya, apakah padanan pakaian yang sesuai untuk digayakan gaya hijab ini?
“Penggayaan ini sesuai untuk semua jenis baju. Jika baju kurung, lebih sesuai dipadankan dengan baju kurung Pahang atau baju yang ringkas dan sangat minimal.Jika baju raya anda terlalu sarat dengan manik, penggayaan tudung ini amatlah sesuai untuk menyeimbangkan keseluruhan look anda.
Cara pin di belakang tidak digalakkan kerana akan menampakkan wajah anda lebih besar. Untuk menampakkan wajah lebih kecil, penggayaan tudung yang flowy amat sesuai untuk menutup bahagian pipi anda.
2. Berwajah bujur dan runcing.
Cara pin di belakang amat sesuai tetapi selalu orang mempunyai masalah jika rambut asyik terkeluar di bahagian tepi anak kepala. Apa yang boleh anda lakukan, gunakan wax and gelsebelum pakai scarf supaya anak-anak rambut yang sering terkeluar itu nampak lebih kemas apabila menggayakan hijab.
Bibir gelap kembali cerah, amalkan 5 petua mudah ini setiap hari. Wanita dilahirkan dengan warna bibir yang berbeza. Namun, bibir sangat mudah terdedah kepada masalah. Salah satunya, kehilangan warna semula jadi dan mudah menjadi gelap.
Ternyata warna bibir anda menjadi hitam mempunyai Banyak faktor yang menjadi puncaa kepada perubahan warna bibir antaranya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu panas, tabiat merokok, terlalu kerap memakai gincu, kerap mengambil teh dan kopi, dan kurang nutrisi.
Untuk mengembalikan warna bibir semula jadi, jom lihat 5 petua mudah ini.
Bersihkan Gincu Sepenuhnya Sebelum Tidur
Gincu merupakan produk kecantikan yang mengandungi banyak bahan kimia, walaupun sesetengah gincu diperkaya dengan pelbagai vitamin. Kandungan utama gincu ialah pewarna. Maka, sebelum tidur bersihkan dan rehatkan bibir daripada bahan kimia.
Urut Dengan Ketulan Ais
Lakukan rutin ini sekali seminggu sebelum tidur. Buat urutan ringan dengan ketulan ais yang disapu pada bibir selama satu minit bagi melancarkan peredaran darah di sekitar bibir. Setelah selesai, tepuk dengan tuala bagi menanggalkan kulit mati dan kotoran pada bibir.
Pengambilan Nutrisi
Selain penjagaan luaran bibir, pengambilan nutrisi untuk dalaman juga penting. Cara paling mudah, kekalkan kelembapan badan dengan meminum air.
Makan buah yang mengandungi banyak air dan vitamin seperti tomato, oren, tembikai dan timun.
Hentikan Tabiat Menjilat Bibir
Selalunya bila bibir kering, tanpa sedar kita akan menjilat bibir melembapkannya. Ini menjadikan bibir lebih kering dan kusam. Penyelesaian, sapu lip balm yang mengandungi pelembap semula jadi untuk melembapkannya.
Lip Balm Dengan Pelindung Matahari
Satu kemestian! Sapu lip balm sebelum menggunakan gincu atau sebelum tidur. Pilih lip balm yang diperkaya dengan pelindung matahari agar bibir terlindung daripada terik matahari.
Pilih juga lip balm yang diperkaya dengan vitamin dan pelembap semula jadi yang boleh melembapkan serta menyihatkan bibir.
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seronok, imaginatif dan ekspresif dUCk ialah jenama gaya hidup aspirasi untuk wanita di seluruh dunia. Impian ikon perniagaan dan usahawan, Vivy Yusof ini terlalu mahal direalisasikan namun semuanya tiada halangan dengan adanya satu kumpulan tenaga pekerja yang cukup kukh dan bekerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan dUCk secara rasmi melancarkan kedai terbesar yang terletak di Bangsar Village 1, kedai utama ini tidak seperti yang lain kerana ia menawarkan kelainan unik pengalaman dalam kedai, yang direka khas untuk rakan-rakan dUCkies.
“dUCk tidak pernah dibina hanya untuk menjual tudung, dUCk dibina untuk meraikan gaya hidup seorang wanita moden yang sederhana. Visi saya adalah untuk menjadi jenama fesyen dan gaya hidup sederhana premium terkemuka dan dengan kedai ini, saya rasa kami semakin hampir dengan visi itu, “ ujar Vivy.
Rata-rata perniagaan menghadapi fasa yang sukar sepanjang Pandemik Covid-19. Begitu juga The dUCk Group yang tidak henti-henti untuk meneruskan misi bagi mengekalkan jenama ini di pasaran.
“Cabaran paling besar apabila, kerja-kerja pembinaan tertangguh dan semua rekaan dan perbincangan dibuat secara maya, perlu adanya kepercayaan penuh kepada pihak bertanggungjawab serta kumpulan kerja.”
Walaupun ia adalah kedai kami yang paling mencabar untuk dibina terutamanya semasa wabak, ia benar-benar impian yang menjadi kenyataan bagi kami. Saya harap orang ramai akan menikmati pengalaman lengkap di kedai ini.” kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama The dUCk Group.
Daripada cara dia berpakaian, cara dia memakai solekan, bagaimana dia mengambil berat tentang dandanan dan hobinya, refleksi dirinya terlaksana di kedai dUCk Bangsar Village. Buat pertama kalinya, kedai dUCk menampilkan kafenya sendiri, salun rambut khusus wanita, perpustakaan mini, dinding dUCk ikonik dan galeri selendang, stesen untuk memperibadikan hadiah dan item dUCk eksklusif untuk dijual. Kedai utama dua tingkat itu juga merupakan kedai ketujuh dUCk di Malaysia, sempena hari jadi ketujuh dUCk.
Disarungkan dengan warna ungu ikonik, kedai baharu itu pasti akan mengujakan para fashionista, penggemar kecantikan dan sudah tentu, rakan-rakan dUCkies. Daripada koleksi sedia untuk dipakai, rumah & kediaman, beg, barangan keperluan, kosmetik dan banyak lagi. Kedai itu juga akan menampilkan koleksi eksklusif yang baru dilancarkan di samping kosmetik terlaris dUCk.
Untuk mencipta pengalaman interaktif, sudut Perpustakaan Ungu ialah salah satu sentuhan khas kedai dUCk. Pelanggan boleh meluangkan masa mereka untuk meneroka kotak ungu Asas Premium dan mencari tudung yang benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Fakta yang menggembirakan, dUCk telah menjual lebih daripada 3 juta dan semakin banyak tudung di seluruh dunia, cukup untuk berbaris sepanjang jalan dari London ke Qatar! Anda juga boleh menonton keluaran baharu dUCk yang mempesonakan pada Ultimate Princess Celebration – siri Disney Snow White!
Manjakan diri anda selepas seharian membeli-belah di salun rambut dan kuku dUCk! Diuruskan oleh A Cut Above, salun dUCk pertama kali memastikan privasi, direka khas untuk dUCkies. Tempah slot anda sekarang di www.getducked.com untuk gunting rambut, blow-dry atau selesaikan kuku anda dengan perkhidmatan mani-pedi.
Anda pasti terujua dengan Dinding dUCk dihiasi yang dengan lebih daripada 300 kotak koleksi Edisi Terhad. Menjadikannya tempat yang wajib OOTD! Menariknya lagi kedudukan dinding ini mempunyai pencahayaan menarik. Janga lupa gayakan koleksi edisi terhad anda!
Memilikinya seorang tidak sah jika tidak dikongsi dengan yang tersayang bukan? Hadiahkan sahabat anda atau orang tersayang anda dengan item dUCk yang diperibadikan dan dipesan lebih dahulu! Pelanggan boleh mendapatkan sulaman selendang dan beg yang dicop dengan nama mereka, dalam bahagian ini.
Diinspirasikan oleh sebuah kafe di London, Pokok Sakura ungu yang besar tempat yang sesuai untuk dimuat turun di laman sosial anda sambil berehat dan menikmati kopi anda. dUCkies juga boleh mengambil buku di sudut bacaan sekiranya mereka ingin berehat. Apatah lagi, anda boleh membawa pulang buku itu bersama anda. Tanpa sebarang kos!
Jadi, jangan lepaskan peluang menikmati hari-hari yang santai dan momen yang indah, pergilah ke DUCk BV Flagship Store yang terletak di Tingkat Bawah dan Tingkat Bawah di Bangsar Village 1, (bertentangan dengan Basil untuk Tingkat Bawah). Jadikan juga pengalaman membeli-belah yang unik dan glamor dengan koleksi dUCk eksklusif, kafe dUCk yang mempesonakan dan salun rambut dUCk.
Sempena sambutan pembukaan kedai terbaharu itu, kumpulan dUCk juga telah melancarkan aplikasi dUCk yang kini boleh dimuat turun di kedua-dua gedung Apple dan Google Play. Dengan akaun berdaftar, terdapat mata ganjaran untuk dikumpulkan dengan setiap pembelian luar talian dan dalam talian, tawaran eksklusif dan pembayaran yang lebih pantas. Terdapat tawaran alu-aluan untuk dUCkies dengan apl untuk dimuat turun supaya mereka boleh membeli-belah dan melihat koleksi terkini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.