
Bibir yang merah, mungil dan bersinar pastinya menjadi idaman ramai kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering juga boleh mengubah warna gincu, selain struktur bibir wanita.
Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.
Berikut perkongsian SuzyHoney bagi mendapatkan bibir yang sihat dan bersinar.
Bibir kering dan kadang jadi gelap dan lebam. Akak nak kongsikan satu resepi seperti biasa dengan bahan mudah dapat dirumah.
Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara alami.
Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
Bahan-bahan:
• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar
*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.
1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.
2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.
3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.
4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.
Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cara Penjagaan Contact Lens Yang Tepat Mengikut Saranan Doktor Pakar Mata, Gara-gara Mata Gadis Ini Hampir Buta

Kanta lekap merupakan pilihan wanita masa kini berbanding kaca mata kerana ia lebih mudah dan nampak cantik bila dipakai. Namun, anda perlu menjaga kanta lekap sebaik-baiknya kerana ia berkait rapat dengan mata dan dibimbangi mata dijangkiti kuman sekiranya ia tidak dijaga dengan betul.
Banyak kes yang Hijabista dengar tentang kes individu yang hampir buta akibat pemakaian kanta lekap. Terbaru, seorang gadis bernama Siti Musliha telah berkongsi pengalamannya yang hampir buta gara-gara kanta lekap sekitar April yang lalu. Nasib baik dia bertindak pantas dan terus pergi ke klinik mata berhampiran. Jika tidak, apa agaknya yang jadi.
Hijabista kongsikan kisah Siti Musliha buat hijabi semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap sebab contact lens (CL). Aku nak share pengalaman nie untuk korang yang pakai CL, then bagitahu sekali cara yang betul jaga CL macam doctor mata bagitahu.
Sebelum aku share pasal cara pakai & jaga CL, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata sekejap. Aku memang jenis pakai CL bila keluar jalan-jalan. Sebab rabun tu masalah utama, selebihnya normal as perempuan nak nampak cantik.
Mata Tak Boleh Buka Langsung
Nak dijadikan cerita, masa buka CL, mata aku kering takde air dekat mata. Then aku cabut CL agak kasar but still tak menyakitkan mata. Esoknya pagi nak bangun, sebelah mata langsung tak boleh buka, pedih sakit yang teramat amat sangat sampai menangis. Menangis pun rasa pedih dan perit gila.
Terus pergi klinik mata terdekat, buat scan mata, pakai lampu biru & mata penuh dgn calar-calar sebab CL . Calar paling teruk dan paling besar lukanya betul-betul kena dekat anak hitam mata dan itu punca mata pedih dan tak boleh buka.
Pekerja tu terpaksa pakaikan bandage contact lens untuk bagi mata kurang rasa sakit buat sementara sebab aku disuruh untuk pergi klinik pakar mata untuk rawatan seterusnya dalam masa 24 jam. Takut jangkitan kuman dan boleh ke arah buta. Masa tu Allah je tahu betapa takut, sedih, menyesal, semua ada.
Lepas tu terus rujuk doktor pakar mata. Macam biasa, dia scan mata then bagi segala ubat-ubat mata yang aku kena guna secara konsistan tanpa skip. Aku dpt 4 ubat; gentamincin eye oil treatment, sterile eye pad, eye drop nicol & last sekali antibiotic amoxicillin.
Setiap 15 Minit Kena Titis Ubat
Setiap 15 minit aku kne drop gentamincin eye oil treatment tu dekat mata. Memang oily gila rasa mata macam kena bubuh minyak. Bayangkan betapa seksanya 15 minit sehari nak kena bubuh dekat mata, sama juga dengan eye drop nicol. Terpaksa kunci jam setiap 15 minit untuk 24 jam sehari.
Doktor pesan kalau nak cepat baik, kena struggle. Masa tu Allah je tahu betapa aku tak tido siang malam demi nak baikkan mata. 4 hari babe aku tidur tak betul. Hari ke-5, alhamdulillah mata dah slow-slow boleh buka dan nampak sekeliling. No more sterile eye pad, dah macam lanun.
Itulah kisah sedih aku pasal CL. So ini cara pakai dan penjagaan CL aku nak share dari doktor mata tu sendiri. Sebelum pakai kanta lekap, pastikan tangan dicuci dengan betul. Seelok-eloknya guna air sabun, bilas dan cuci. Jika masih rasa pedih, cuci lagi kanta lekap.
Tanggal Kanta Lekap Sebaik Sahaja Sampai Rumah
Lepas letak kanta lekap dalam mata, titiskan air Renu yang khas untuk mata yang memakai kanta lekap. Biasanya kita dengar yang penggunaan maksimum kanta lekap selama 8 jam. Jadi ikut peraturan ini. Biasakan selepas balik dari mana-mana terus tanggalkan, cuci dan rendam kanta lekap.
Air Renu atau apa sahaja air rendaman untuk kanta lekap wajib ada! Jangan sesekali guna air paip ya. AWAS!
Mata Itu Anugerah Allah, Jaga Sebaiknya
Kanta lekap hendaklah sentiasa dicuci. Bilas kanta lekap sekurang-kurangnya 3 kali. Bila sudah tanggalkan kanta lekap, jangan biar mata begitu sahaja. Titiskan dengan Eye Glo supaya mata tidak menjadi merah dan kering . Air Renu & Eye Glo beli dekat Watsons okay.
Selamat menjaga contact lens anda & paling penting jagalah mata anugerah Allah bagi.
Korang, mana-mana yang malas nak cuci CL , guna ‘washer lens’. Senang je, letak air saline utk cuci CL. Letak lens kiri & kanan then putar je penutup tu sampai korang puas hati dah bersih lens tu. Putar macam mesin basuh tu. Alat nie jual banyak kat IG . Murah-murah je uols.
Air saline untuk cuci CL sahaja. Seeloknya cuci sehari 2 hingga 3 kali okay. After cuci CL, rendam dengan air RENU multipurpose solution. Take note korang.
Renu multipurpose solution . Setakat nie yang paling best solution untuk rendam CL. Memang function untuk bersih dan basmi kuman. Renu nie bantu CL sentiasa basah & selesa bila dipakai. Jangan sesekali guna solution nie bila dah tamat tempoh. Boleh guna as pencuci dan rendam CL.
Ni normal saline, solution paling murah. Air saline nie hanya untuk cuci CL & jangan sesekali guna as rendaman CL, ianya saline garam yang bukan berfungsi untuk basmi kuman. Ia sekadar mencuci CL. Bekas CL pun jangan cuci guna air paip, cuci guna air saline juga setiap 3 bulan sekali. Take note.
Sumber: Twitter Cik Siti Musliha
Tidak! ‘Blue Light’ Buat Kulit Hijabi Kerepot Sebelum Usia? WAJIB Pakai ‘Benda’ Ni Untuk Mencegahnya Sis!

Di era moden dan serba canggih ini, ramai diantara kita yang merasa kekok dan tidak boleh hidup tanpa peranti digital seperti telefon pintar, tablet dan laptop. Ini kerana ia merupakan satu keperluan dan merupakan ‘sahabat karib’ kepada manusia.
Kehadiran gajet dan peranti digital dicipta dengan tujuan memudahkan urusan seharian kita dalam melangsungkan kehidupan. Namun, tanpa kita sedari peranti ini juga memberi kesan sampingan yang amat berbahaya khususnya kepada kulit kita!
Cuba hijabi kira, dalam sehari berapa lama masa yang anda luangkan tanpa memegang telefon pintar anda? Tahukah anda bahawa penggunaan gajet ini secara berlebihan mendedahkan anda kepada pancaran ‘Cahaya Biru’ (Blue Light) membuatkan kulit tua dan kerepot sebelum usia.
Cahaya Biru (Blue Light), Mimpi Ngeri Buat Wanita! Ini Cara Tanganinya..
Walaupun kesan atau efeknya tidak seteruk menghidapi barah kulit tetapi tanpa hijabi sedar, Cahaya Biru (Blue Light) akan mempercepatkan kesan penuaan (aging process) ia juga menyebabkan peningkatan pigmentasi atau melanin yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit.
Tidak! Ini mimpi ngeri buat kaum hawa. Siapa je yang mahukan kulit berkerepot dan mempunyai pelbagai masalah kan?
Justeru, disini Hijabista berkongsikan cara bagaimana anda boleh terus meluangkan masa bersama gajet dengan lebih selamat, tanpa perlu bimbang kulit anda terdedah kepada Cahaya Biru (Blue Light) yang boleh memusnahkan tekstur atau usia kulit anda.
Jangan Risau! Sunplay UV Brightening Moisture Gel Bantu Lindungi Kulit Sis!
Cara untuk mengatasi dan melindungi kulit dari Cahaya Biru (Blue Light) ni mudah je sis! Penggunaan Sunscreen adalah solusi yang tepat. Hijabista mengesyorkan Sunplay UV Brightening Moisture Gel sebagai item ‘Wajib’ dimiliki oleh setiap hijabi!
Ini kerana, Sunplay UV Brightening Moisture Gel diformulasi dengan menggunakan ekstrak biji Koko yang berfungsi melindungi kulit daripada Cahaya Biru (Blue Light) yang merosakkan kulit hijabi.
Artikel berkaitan: ‘Igari Make-Up’ Kini Trending Di TikTok! Jadi Kegilaan Wanita Asia Jepun Dan Korea
Menariknya, Sunscreen ini bukan sahaja melindungi kulit dari Cahaya Biru (Blue Light), tetapi ia juga mempunyai teknologi Solarex-5 yang mampu memberikan perlindungan anti UVA (Ultraungu A) dan UVB (Ultraungu B) pada spektrum yang lebih luas.
Selain itu, Sunplay UV Brightening Moisture Gel ini turut mengandungi Brightenyl dan Antioksida yang kuat agar dapat mencerahkan dan mengimbangi semula tona kulit tidak sekata, sekaligus mencegah masalah jeragat dan membuatkan kulit kelihatan lebih cerah berseri.
Malah, ia amat sesuai untuk semua jenis kulit. Terutamanya jika anda mempunyai masalah kulit kering, kerana ekstrak Cendawan Chaga membantu melembapkan dan mengunci lembapan di dalam kulit agar kulit kekal lembap, meskipun terdedah kepada sinaran UV setiap hari. Wow, hebat bukan!
Kulit Terpelihara, Kekal ‘Awet Muda’ Dengan Sunplay UV Brightening Moisture Gel!
Bila kulit dah dilindungi, sentiasa lembap dan satu tona lebih cerah. Pastinya kesan penuaan pun akan dapat dilambatkan, kerana sunscreen ini juga mempunyai Peptida iaitu sejenis agen anti-penuaan serta Carnosine yang mempunyai sifat anti-oksida, bakal melindungi kulit anda daripada kerosakan.
Lagi best apabila formula Anti-Pencemaran Berganda di dalam sunscreen ini turut melindungi kulit dari sebarang debu atau kotoran dari melekat pada kulit dan merosakkan kulit kesan akibat pencemaran alam sekitar.
Sunplay UV Brightening Moisture Gel ini juga mempunyai tekstur yang amat ringan serta mudah menyerap ke dalam kulit serta tidak melekit mahupun bercapuk. Ia juga mudah dicuci dengan air dan tidak mengandungi bahan terlarang seperti alkohol, paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral dan MIT (pengawet).
Haa.. Sekarang dah tau kan kenapa Hijabi perlu lindungi kulit dari Cahaya Biru (Blue Light), UVA (Ultraungu A) dan UVB (Ultraungu B) dengan menggunakan Sunplay UV Brightening Moisture Gel yang boleh didapati di farmasi Watsons dan Guardian berdekatan anda, atau hijabi juga boleh membuat pembelian menerusi aplikasi beli belah online Shopee & Lazada! Beli cepat sebelum terlambat sis!
Kulit adalah antara organ terbesar dan anugerah Allah yang tidak ternilai buat kita. Jadi sayangilah ia sebelum terlembat!
Artikel berkaitan: Lakukan 8 Tip Ini, Pasti Mascara ‘Bebas Comot’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!

Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi beberapa drama seperti Hikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.

1. Apakah definisi kesihatan bagi Nabila?
Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2. Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian?
Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa?
Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan?
Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali.
5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym?
Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai.
6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema?
Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.
7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional?
Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.
8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila.
Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak.

9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.
10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata.
Sumber gambar: Instagram Nabila Razali